Friday, March 16, 2012

Twisties 23

"Irhaz. Tak ada ker ruang in your heart for me?" Berkerut pelipis Irhaz mendengar soalan daripada Fati yang sedang duduk kat bar dapur. Irhaz baru keluar toilet, basuh kaki. Irhaz tenung wajah sendu Fati. Dia tarik nafas panjang. Irhaz ikut sama duduk, berhadapan dengan Fatiha.

"She was something for me." Air mata Fatiha mengalir perlahan, tapi dia senyum. Fatiha tahu dia ada peluang.

"Thanks." Fati bangun dan beredar naik ke atas, ke biliknya. 'I will make him love me' detik hatinya.

Dia tak pernah jatuh cinta pada sesiapa. Oleh itu, bila Mama dan Papanya suruh dia berkahwin dengan lelaki pilihan mereka, dia terus setuju. Masa itu, Fati baru habis pengajian ijazah di UM dalam undang-undang.

Lepas kahwin dia ikut suaminya ke Australia. Mereka ke Australia atas dasar urusan syarikat Naufal, suaminya. Kat sana, Fati sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Namun, Fati tahu sejak hari pertama perkahwinan lagi, Naufal seakan tidak sukakannya. Atas alasan apa Naufal setuju untuk menikahinya, dia sendiri tidak mengerti. Tiga tahun dia sabar dengan perangai dan sikap Naufal. Kat rumah, mereka jarang sekali bercakap, spend time macam pasangan yang lain. Nak kata tak kenal, orang lain pun ada jugak yang kahwin atur macam ni, tapi kebanyakannya Alhamdulillah, bahagia jer. Mereka?? Cakap pun tak, apa lagi nak date, kongsi masalah ker, ramah mesra ker. Harapanlah.

Satu hari Fati balik rumah, dia terperanjat dengan keadaan rumah yang agak bersepah, tv tak off, lampu still on, bersepah paket-paket titbits kat atas meja. Dia angkat
bantal-bantal kecil yang berterabur kat lantai.

"Haila, orang dah lah tengah penat. Siap overnight kat campus lagi nak siapkan tesis pny pasal, balik bersepah. " Fati melangkah ke dapur, dia lihat macam ada orang baru lepas masak semalam. Dahinya berkerut.

"Naufal." Fati mencari Naufal. Dia panjat tangga menuju ke tingkat atas. Dia lihat pintu bilik Naufal tak tutup rapat. Fikiran Fati masa itu dah melayang, fikir perkara-pekara yang bukan-bukan. Dia jadi takut. Takut nak terima kemungkinan kalau apa yang dia fikirkan itu adalah satu kenyataan. Dengan perlahan, dan teragak-agak, Fati tolak pintu bilik Naufal.

Bila pintu terbuka luas, Fati tergamam depan pintu. Dia menutup mulutnya. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Dia terpaku kat depan pintu melihat kenyataan yang didepannya kini. Air mata mengalir deras, tetapi tiada satu suara pun yang keluar.

Twisties 22

He takes your hand, I die a little.
My tongue gets tied. The words get trashed.
Oh how I wish that was me.

Irhaz terkaku disitu bila terlihat Maia dan Edz berdua. Dia seolah-olah tergamam tak tahu nak buat apa. Nak kata dia cemburu, macam bukan. Nak kata dia sakit hati pun tidak. Hatinya cuma sedih saat itu. Ya, dia sedih. Irhaz tarik nafas dalam.

"Irhaz, whats wrong?" Pertanyaan dari Fatiha menyedarkan semula Irhaz. Dia toleh melihat Fatiha yang sedang memandangnya dengan tangan memegang buku-buku panduan awal pregnancy. Irhaz geleng kepala. Fatiha lihat ke hadapan - ke tempat yang dilihat Irhaz tadi.

"Are you done?" tanya Irhaz. Fatiha hanya mengangguk. "Jom bayar. "
"Takpe, I dah bayar" Irhaz terus jalan. Fatiha sedikit terasa dengan perangai Irhaz kali ini. Irhaz, bukan duit you I nak. Fatiha bergerak menyusul Irhaz.

"Maia, you. nak apa-apa?" Maia geleng kepala. Dia sememangnya sudah kenyang dan sudah terlampau penat tahap tak boleh angkat.

"Edz, cepat lah. Im exhausted.." Kan dah terkeluar tone merengek kat sebelah.

"Kejap lah. Im hungry.." Edz buat bayaran hot dog roll yg dia tempah tadi. Time Edz nak buat bayaran, dia ternampak Irhaz yang sedang berjalan dengan seroang perempuan. Edz toleh tengok Maia. Nasib baik Maia tengah pandang tempat lain. Kang dari mood dia baik, terus hilang mood ganti pendiam seribu bahasa.

"Dah jom balik." Edz tarik tangan Maia. Maia dah jalan seret-seret kaki. Nampak sangat dah pemalas dia nih.

"Maia cepatlah sikit, you kata penat tadi "

"Sebab penat lah ni. Haizh. Singgah sana sini. Lepas tu nak membebel. "
Edz dh tergelak. Dia cuit hidung Maia. "Membebel jugak you ni eh." Maia tepis tangan Edz.

"Fati, you nak lunch dulu ker terus balik?"

"Tak pe lah, Mama masak kan. We have our lunch at home jelah" Fatiha bergerak ke kereta manakala Irhaz singgah ke machine parking coupon dulu.

"Iyaz! " Irhaz toleh belakang. Edz. Hmm. Jumpa jugak. Mereka bersalaman.

"Kau dgn siapa?" step tanya nampak.

"Aku dengan. . . . "

"Wife kau?" Tanya Edz. Irhaz tengok Edz dan mengangguk akhirnya. Edz tepuk bahu Irhaz.

"Sabarlah bro, mesti ada hikmahnya. Btw, dah lama tak lepak kan? Nanti malam dtg rumah aku. "

"Aku tak tahu lagi Edz. Fati kan pregnant. Nobody's at home. "

"Bring her along then. "

"Maia..?"

"She needs to face the fact. It wont make any difference kalau yer pun dia sakit hati ker apa."

"InsyAllah. "
Edz mengangguk. "Cool! Kay, see ya tonight. Datang tau. "




"Maia, Fati...." Fati tunduk. Gelas kat tangan dipusing-pusingkan perlahan. Maia terlampau tenang bila berhadapan dengan dia tadi.

"Fati, Maia masih lagi ingat agama. And I always think, if He didnt allow me to do something, by any means, sampai bila-bila pun I tak kan dapat apa I nak. And you are just another reason. Kalau tak you, might be orang lain or might be another case. But at least I dont need to worry much coz even Irhaz ngan I tak dapat bersama, but I know he'll be good in ur hands, yes? " Maia senyum lembut. Fatiha mendongak semula melihat Maia. Matanya berair.

Sunday, March 11, 2012

Walk away.

You were there,
I could feel it somehow.
Yet, we're far apart
and I couldnt reach your heart anymore.

How things turned out,
could figure it myself - not
Our story wasn't a happily ever after
neither it was a happy ending.

Here I am
wiping my tears
on my knees
eyes closed,
praying.

Building up my faith,
from a crashed dream
Wishing for something to hold on to;
to stay strong.

Days.

Weeks.

Months.

The eyes are shut,
Heart stops beating.

I have realised now,
My eyes are open,
My heart abides.
That was not a hope that turned to pieces,
It was just not meant for me.

I stand up.


I smile.


and walk away -
move forward.


Friday, March 2, 2012

Tentang Dia 7

"Asha. " Asha toleh bila ada yang memanggil. Jannah. Hmm. Jannah duduk sebelah Asha. Mereka berdua jer yang tinggal kat dalam banglo itu. Edd dan Anas keluar menjemput Adam pulang. Alhamdulillah Adam berjaya daripada pembedahan tersebut.

"Asha. " Panggil Jannah lembut sekali lagi.
"Kenapa?" Asha macam tiada mood nak layan Si Jane ni sangat. Yes, Jane! Baru semalam dia teringat. Jane pernah hantar mesej kepada Anas. Pernah call-call Anas. Dan semenjak daripada itu, Anas seakan lain. Muka serabut Nauzubillah. Asek termenung jer sepanjang masa. Siapa Jane ni?

"Yes, Im Jane. " Asha terus tertoleh melihat Jannah. Macam psikik jer dapat baca hati orang. Hish. Seram. Edd, where are you?!

"Janganlah ada benci pada saya. Ingin sekali nak anggap Asha sebagai kakak saya. Takpun sepupu ker?"
Asha muka pelik.
"I anak tunggal. Tak pernah rasa ada adik dan tak nak. " Asha masih dingin. Cold hearted spesis lah konon.
"Hidup ada adik beradik ni seronok tahu. I used to wish I could have one mcm all my cousins. Nak2 bila time nak raya. " Mungkin Si Jane ni sekadar nak berbasa basi setelah perasan yang Asha mcm tolak dia mentah-mentah.
Asha sekadar angkat bahu bila Jane ckp macam tu.
"Adam bukan anak I" Asha terus berkerut kening seribu.
"Adam anak kakak sepupu I, Diana. "
Asha masih lagi terdiam, terkedu. Hilang kata-kata.
"Anas macam angel from the sky yg dtg entah dari mana, tiba-tiba ada kat tempat kejadian. He's the one who offered help to Diana. Tapi Diana tolak masa tu sebab dia kata dia masih lagi boleh manage on her own." Asha tengok Jannah dengan pandangan yang tak tahu nak kata apa. Berkerut juga lah keningnya ketika itu. 'Abih sekarang, she couldnt manage on her own dah ker?'


"Asha, tolong pasangkan." Asha yang sedang mengemaskan tudungnya di depan meja solek menoleh. Iskandar tunjukkan butang baju Melayu. "Please."
"Kejap." Lepas dah selesai dengan tudungnya, dia ambil butang baju Melayu itu dari Iskandar. Time dia pasangkan butang itu, dia tak perasan Iskandar ralit memerhatikannya. "Dah." Asha dongak tengok Edd, pandangan mereka bertemu. Diam.

Tuk,tuk,tuk.
"Asha, dah siap? Bonda nak minta tolong kejap." Asha baru tersedar, dia mengigit bibir bawahnya. Malu kejap. "Dah ma." Asha terus berlalu ke pintu dan keluar dari bilik.

Hari ini Bonda ada buat kenduri sedikit buat Adam. Kenduri kesyukuran setelah Adam berjaya dari pembedahan hari itu. Iskandar termenung sekejap setelah Asha keluar dari bilik. 'Your heart is sure an ice-cold. Hard. Or has it turned into pieces, coz it seems hard to fix it back.' Iskandar capai songkok dari atas meja soleh, sarungkannya dan melangkah perlahan keluar dari bilik.

Sampai kat bawah, dia tengok sekeliling ruang tamu, cari Asha.

"Assalamualaikum." Asha yang sedang ralit susun kuih kat atas dulang mendongak. Anas. Asha tunduk balik.
"I heard, someone dah tahu the real story, the truth." Anas tarik kerusi tinggi dan duduk berhadapan dengan Asha. Asha masih diam.
"I thought I have told that someone to trust me." Anas masih lagi dalam nada menyindir. Dia tenung Asha yang diam tak berkutik kat depan dia.
"So.. jom kahwin?" Asha terdongak. Terkedu. Dia macam nak sepak jer Anas nih. Mata Asha jelas marah. Tapi Asha masih lagi diam.
"You pun bukan suka kan kahwin dengan Iskandar." Anas capai satu kuih, muka buat selamba cicak jer. Tak fikir ker apa yang dia baru katakan tadi.
"Bonda, nampak Asha?" Jelas suara Iskandar kat ruang tamu mencari Asha.
"Edd, Asha kat dapur." Asha menyahut setelah terdengar Iskandar mencari dia. He is one real life savior.
"Edd, tolong Asha angkatkan dulang-dulang ni ke depan, takut kena kacau dengan lalat, ker semut nanti" Iskandar pelik. Semut, lalat, mana ada kat dapur rumah Bonda ini. Tapi Iskandar sekadar mengangguk. Asha serahkan dua dulang kepada dia dan Asha bawa satu.

Dalam perjalanan ke khemah kat luar rumah, Iskandar sempat berbisik, "Thanks sayang" Asha toleh tengok Iskandar. Dah kenapa pulak dia nih. Dua beradik ni memang-memang boleh buat aku gila.

Tuesday, February 7, 2012

Tentang Dia 6

Asha termenung lama di sisi katil ward budak lelaki itu. Dia semacam tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang. Adakah ini hikmah atas semua yang berlaku kebelakangan ini. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia marah. Dia kecewa. Dia sedih. Tetapi kenapa? Sebab Anas rahsiakan perkara ini? Sebab Anas tidak jujur kepadanya akan rahsia ini? Tapi, dia bukan dengan Anas lagi, dia sudah berkahwin. Ini ker sebabnya Edd berkahwin dengannya? Edd dah tahu dahulu tentang perkara ini dan Edd berkahwin dengannya atas dasar simpati? Atas dasar ingin menolongnya? Tanpa Asha sedari, air matanya mengalir.

Asha masih lagi memerhatikan raut wajah budak lelaki itu. Adam Shah Putra namanya. Adam Shah Putra Bin Anas Shah Putra. Memang sah anak Anas.

Pintu ward terbuka, Asha toleh. Anas. Asha bangun dan ingin keluar.

"You must've been hating me now." Anas bersuara. Langkah Asha terhenti. 'I cant hate you. I loved you all this while' detik suara hatinya. Tapi tak kan itu yang dia nak cakap kat Anas kan? Asha berpaling menghadap Anas.
"I dont hate you. " Asha paksa diri untuk senyum. "Terima kasih sebab kenalkan saya dengan Edd" Asha buka pintu dan terus keluar dari ward itu. Sebaik sahaja dia keluar dari ward, air matanya yang ditahan dari tadi jatuh. Asha menangis. Dia duduk di kerusi menunggu yang disediakan. Jauh dari ward anak Anas.

Tiba-tiba ada tangan yang mengenggam jarinya. Asha toleh kanan. Edd. Edd tarik dia ke dalam pelukan. Asha tak menolak. She badly needs that now.

"Is this why you kahwin dengan I?" Asha bertanya dalam sedu sedan. Edd diam. "Edd.." Asha dongak dan tarik diri daripada pelukan Edd. Edd tak jawab apa-apa. Edd tengok dia lama. Kemudian Edd geleng kepala. Dahi Asha berkerut. "Cut it out. Cards on the table"
Asha kesat air matanya dengan belakang tangan. Edd keluarkan sapu tangan dari kocek seluar.
"Berapa kali I nak kena bilang. I.Love.You" sambil kesatkan air mata Asha. Asha terdiam. Dia tak tahu nak balas apa. Macam tak percaya.

"But you knew about this kan?" Edd geleng kepala lagi. "I dapat tahu pun dari bonda, semalam. "

Haizh. Asha mengeluh panjang.
"Sudah lah tu.."
Asha angkat bahu.
"At least Anas didnt look like a good guy anymore" Edd bersuara perlahan.
"Sorry?"
"No. Nothing. "
"So.. Your heart still belongs to him now?" Edd tanya sekadar mengusik siap ada tersengih kat hujung soalan dia. Asha tengok Edd dan tarik nafas panjang. "My heart belongs to Him forever." Asha tunjuk atas. Edd senyum.

"Iskandar, Asha." Mereka toleh. Bonda. Mereka bangun dan salam Pn Sri Laila. Di sebelah bonda ada seorang gadis. Manis berbaju kurung.

"Jannah, ini anak sulung bonda. Abang Anas, Iskandar. Dan ini isterinya, Asha."
Gadis itu bersalaman dengan Asha dan hanya senyum kepada Edd.

"Bonda masuk dulu nak tengok Anas dan Adam" Asha dan Edd hanya menganggukkan kepala.

"Is she?" Asha tak dapat nak habiskan soalannya. Edd hanya mengangkat bahu. "May be"
"Jealous ker?"
"Buat apa?"
"May my .. is yours, but my heart is Anas forever. " buk!
"Adoi! Ganasnya." Refleks. Asha tepuk abdomen Edd dengan belakang tangan.

Tentang Dia 5

"Terima kasih"
"Its okay" Bila lihat gadis itu mahu berlalu, dia bersuara.
"Anas" Gadis itu toleh sekali lagi dan membalas.
"Asha" Anas menganggukkan kepala dan tersenyum. Kali pertama mereka berkenalan di depan masjid. Time tu Asha baru balik daripada majlis ceramah Maulidur Rasul. Dengan telekung putih, she looks so suci. Anas jatuh hati pada pandangan pertama. Mulai hari itu Anas makin selalu ke masjid dengan harapan agar dapat bertemu sekali lagi.

Satu hari, akhirnya Allah makbulkan juga doa Anas. Mereka terserempak lagi. Kali ini di depan pintu shopping mall. Wajah Asha yang manis bertudung amat dikenali. Penampilan Asha yang ringkas dan santai memikat hatinya. Dia kedepan memberanikan diri untuk menegur. Setakat tegur jer kot. Sebelum ini bukan main manis mulut lembut lidah bila mengayat. Pantang jumpa yang lawa sikit.

Tetapi peluangnya dilepaskan pergi. Dia seperti terasa rendah diri hendak berhadapan dengan Asha ketika itu. Anas dapat agak yang Asha bukanlah gadis sebarangan yang biasa dia dampingi sebelum-sebelum ini. Asha lain. By looking at her dress code, he could guess that she's hard to get. Aint just another girl out there. She wouldnt be layan any guy that will approach setakat nak usha-usha ni.

Satu hari, setelah 3bulan berlalu, Anas kali ini sudah lebih bersedia.
"Salam alaik" Anas tegur Asha yang sedang tekun membaca. Asha mendongak melihat Anas yg ketika itu berdiri di tepi meja.
"Waalaikumsalam"
"If you dont mind, may I ?"
Asha tengok meja sebelah yang kosong. Nak kata pack, banyak tempat kosong. Nak kata ada lunch date, tak ingat pulak. Hmmm.
"Anas, ring a bell?" Anas masih berdiri.
Berkerut dahi Asha yg sedang tercari-cari siapa Anas dlm kotak memorinya. Well, dude, I dont.
"Depan masjid?" Dude, I met a lot of people depan masjid. Duhhh! But suddenly, Asha teringat! Oh mamat cap tu. Orang pergi masjid pakai songkok ke kupiah, dia ni boleh bantai B-Boys cap tu. Yang kena sindir dengan ustaz yang kasi ceramah time Maulidur Rasul hari itu. Ohhhh..,ingat!
"Haa, ingat punn!" eh, dia ni, aku tak ckp pun aku ingat dia siapa. Anas tarik kerusi depan dia dan duduk.

Tentang Dia 4

"Why me? " Asha tak lepas pandang mata Edd yang sedang memandu. Kadang-kadang dia naik pening bila fikirkan tentang Edd yang sampai memaksanya. Edd pulak tak layan dan buat endah tak endah pertanyaan Asha.

"Answer me, please" Suara Asha sentiasa mencairkan naluri lelakinya, sedari dulu. Bila sampai traffic light yang kebetulan showing red, Edd stop. Edd toleh tengok Asha kat sebelah.
"I love you, satisfied?" Edd pandang ke hadapan semula.
Jawab pun macam tak ikhlas jer. Asha geleng kepala. "Tak percaya"
Tak kan lah tiba-tiba kan? Dari dulu time perkenalan dia dengan Anas, Edd selalu macam tak suka, setiap kali itu jugalah terdengar sindiran pedas dari mulut Edd kepada Anas dan juga pandangan sinis Edd padanya.
Edd tersenyum sinis. "Dah agak dah.."
"What?!"
"Dah agak dah you tak akan percaya"
"I sayangkan Anas seorang jer" Asha sengaja provoke.
"Hmm. Tau. But I pun sayangkan Asha seorang aja. " Edd teruskan pemanduannya. Asha kat sebelah terdiam seribu bahasa. Bagi Edd, bila Asha sudah mulai tanya itu ini dengan dia, mula berbual-bual, pun kira okay lah tu. At least there's a start which is better than nothing kan. Teringat dia time dua tiga minggu perkahwinan dia dengan Asha. Asha terlampau senyap sampai ada kalanya dia takut akan keputusannya sendiri. Berkat doanya kepada Allah, Alhamdulillah, ada perubahan.

When I see you with him slow dancing
Tearing me apart coz you dont see
Whenever you kiss him,
Im breaking
Oh how I wish,
How I wish,
That was me.


Di Teratak Tan Sri Adam dan Pn Sri Laila.


"Anas, kenapa sampai hati Anas buat macam ni? Anas tak fikir agama ker masa tu? Astaghfirullah. " Pn. Sri Laila sudah pun menangis tak henti semenjak mendengar pengakuan tersebut dari mulut Anas sendiri.
"Anas minta maaf bonda. Tapi itu dulu. Anas dah berubah."
"Tapi Anas, memang itu cerita dulu. Tapi tengok sekarang apa jadi?" Anas hanya berdim diri. Dia tak tahu nak kata apa lagi. Terang-terang dia bersalah dalam hal ini.
"Ini ker sebab abang kahwin dengan Asha?"