Friday, January 24, 2014

Addin Nawal 2

"Tiga perkara yg tidak boleh dilewatkan:
1. Solat lima waktu 
2. Pengkebumian org yg tlh meninggal
3. Pernikahan perempuan yg belum bersuami tetapi sudah mempunyai calon."

Itu teks Ayyad kepada Nawal subuh tadi. Bukan dia tidak mahu berbincang dahulu bersama Nawal, tetapi dia sendiri tak tahu bagaimana harus dia mulakan. Bukankah lebih elok dia terus bertanyakan kepada ibu bapa Nawal. 

Nawal diam seribu bahasa. Dia tenung skrin iPhonenya untuk beberapa minit. Dia cuba menaip sesuatu, tetapi serba tak kena. Dia bangun, dan biarkan iPhonenya di atas katil. 

"Addin, pagi bangun hari ni?" En Ilyas meneguk air kopi panas sambil menjeling anak gadisnya itu. Muka serabut je pagi-pagi buta nih mesti masalah nih. Addin, manja. Masalah besar kuman pun bolh serabut macam masalah besar gajah. 

Addin hanya diam. Dia buka peti sejuk, keluarkan susu manis dan tutup peti sejuk itu semula pakai badan. Tangan kanan pula mencapai tupperware biskut hup seng yang ada di tepi meja dapur. Dia letakkan semua atas meja. Tarik kerusi dan duduk. 

Tin buttercookies yang En Ilyas sedang makan pun dia main tarik, dan keluarkan satu keping. En Ilyas masih lagi perhatikan anak gadisnya itu. 

"Care to share..?" En Ilyas membuka bicara sekali lg. 
"Hurmmm.... Mama tk de story apa-apa kat daddy ke?"
Berkerut dahi En Ilyas. Dia geleng kepala. 
Bertambah monyok Addin Nawal. Addin teruskan makan. Satu biskut hup seng dia amek, ceduk sedikit susu, dan sapukan atas biskut tadi. Makan. 

"Kenapa ni Addin?"
"Hurm. How to say..?"
"Cerita je lah. Daddy dengar." En Ilyas menuang air kopi dari teko. 
"Daddy, kalau Addin nikah before graduate, Daddy marah tak?" Pergh! Soalan berani mati kau Addin Nawal. 
En Ilyas yang sedang meneguk kopi tersedak sedikit. Kenapa budak nih. 

Addin dah takut. 
"Err, tak apa lah Daddy. Forget it."
En Ilyas lap mulut dengan sapu tangan. Ehem. Ehem. 
Satu yang dia sedari- anak gadisnya sudah besar. Kalau dulu, masalah Addin adalah apabila tak dapat beli baju, ke tudung ker, handphone ker, ataupun Mamanya tak bagi keluar dengan kawan-kawan. Kali ni, masalahnya dah lain. Ok, agak besar masalah kali ini. 

"Kenapa tanya Daddy soalan tu? Addin dah ada calon ke?"
"Err tak ada apal lah Daddy. Forget it"
"Kalau Addin dah ada calon, jemput ke rumah, jumpa Daddy ngn Mama. Then I'll scan through dulu, baru boleh izinkan Addin nikah kalau pass."

Addin senyum tiba-tiba.
"Tapi, last time Daddy kata Addin kena habis study dulu. What makes you changed ur mind?"
"Daddy tak nak Addin buat maksiat pulak kat luar. Dating tu pun actually dh tak boleh. Sebab, kalau berdua, yang ketiga tu syaitan, no?"
"Ooohhh."
Addin garu kepala. Baru soalan bahagian A. Soalan bahagian B yang pasal Ayyad bukan duduk di Singapura, tu lagi satu hal besar. Hurmm. Addin teruskan makan. 

"Okaylah, Daddy dah nk pergi kerja ni." Addin bangun, dan salam tangan En Ilyas. En Ilyas, tunduk mengucup dahi anak gadisnya itu. 

Whatsapp. 

Nawal
Daddy macam bagi green light. But you have to meet my parents before dtg merisik.

Ayyad
:)
Alhamdulillah.
Tggu kjp. 

Ayyad buat sujud syukur. 

Ayyad 
Fetch me nnt ptg kat Changi T2, boleh?

Nawal
Kenapa nk dtg tk bgtahu?

Ayyad
Dah bgtahu lah ni ✌️

Nawal
Arrival pkl brp? Gate?

Ayyad
Scheduled arival time - 2.30pm

Nawal 
Noted. See you.

Ayyad
Jumpa nnt. 
Assalamualaikum :)

Nawal
Waalaikumsalam. 



"Nawal.." Lepas menjemput Ayyad dari airport, mereka singgah Arab St. Singgah untuk makan tengahari dan saja nk jalan-jalan. 

"Nawal, I have something to ask you."
"Cakap je lah." 
"Nawal, pandang I."
Addin dongak. Mata mereka bertemu. Terus Addin tundukkan pandangan. Dia tk boleh. 

"Addin Nawal Ilyas, mungkin, sebelum keluarga saya betul2 merisik awak nnt, saya sendiri nk tanyakan persetujuan awak. Addin, saya tahu, saya tak sebaik mana, sealim mana, tapi, sudi tak awak utk setia jadi makmum kekal saya, dan saya setia jadi imam awak sampai bila-bila..?"

Addin terdiam. Dia tak tahu nak kata apa. 



No comments:

Post a Comment