Wednesday, September 25, 2013

Ku terima walau sakit hati.

Dua jam setengah. Perjalanan pulang ke kampung. Tak lama mana, namun dengan keadaan jalan yang belok-belok penuh dengan selekoh tajam, dengan hujan, malam pulak tu, agak sukar dan mencabar. Ini pun boleh kira laju jugak lah.

"Assalamualaikum.." Tangan dihulur. Senyum. Mereka macam biasa, tak pernah berubah, menerima dengan hati terbuka. Penuh ramah.

"Sampai pun kau. Berani kau drive malam-malam macam ni eh." Mereka risau. Tahu, memang dah pernah kena tegur dahulu. 

"Takpelah, dah biasalah mummy." Senyum lagi.

"Dah lah, masuk makan. Tu daddy dah sempat gorengkan ikan."

"Laa, susah-susah je" Dia masuk dan bersalaman dengan Daddy. 

Mummy Daddy - ibu bapa saudaranya. 


Aman. Damai. Tenang. Dia pandang luar. Duduk sorang diri kat anjung. Kaki terjuntai ke bawah. Dongak langit. Langit hitam, kosong. 

"Addin, kenapa sampai sini?" Shan tanya.

"Care to share?" Khaii. 

Dia toleh, senyum hambar. Dia lari sebenarnya. Well, a short gateaway kot. Dia penat. Lelah. Sesak dgn segala macam perasaan, seribu satu emosi. Hmm.

Dia ingat lagi masa tu,

"Awak, terima kasih atas segala pengalaman."

"Awak, terima kasih atas segala perasaan."

"What happened between us, Zara?

Cuma dia panggilnya dengan nama Zara. Hanya dia.

"Entah. Awak rasa?"

"Kita tak okay ke?"

"Awak busy. Saya tk nk kacau lama-lama. Saya penat tunggu."

"Itu alasan semuanya Zara. Kenapa sekarang..? Please Zara. Please. Jangan buat saya macam ni lah Zara. Kita okay. Tolong Zara."

Kalau saya mampu untuk beritahu. Kalau saya berani untuk cerita. Awak, saya pun tk tahu nak cakap macam mana. Tolong faham saya. 

Bagi Addinur Zara:

Aku tahu ini semua tak adil.
Aku tahu ini sudah terjadi.
Mahu bilang apa aku pun tak sanggup.
Air mata pun tk mahu lagi menitis.


"Zara?" Zara mendongak bila namanya dipanggil. Rasanya mcm dia tak ada nak jumpa sesiapa hari ni.

"Ini Zara kan?" Zara senyum teragak-agak. Dia kenal pak cik ni. Kenal sangat. Tak ada yang lain yang kenalnya dengan nama itu kecual mereka. 

"Dato' Rafiq." Orang itu memperkenalkan dirinya. 

"Zara bangun tanda hormat. Dia pandang kiri kanan sebab macam rasa awkward gila. 

"Jemput duduk Dato' " Yelah, dah dia sendiri perkenalkan diri dgn pangkat itu. Guna je lah. Hormat. 

"Terima kasih." Dato' tu pun tarik kerusi starbucks dan duduk. Sandar. Silang kaki.

"How can I help you Dato'?" Zara lagak professional.

"Tak ada apa pun. Tak susah mana pun. Tak banyak. Cuma satu." Dato' Rafiq pandang tegas Zara dihadapannya. Confident. Bagus. Sopan. Elok. Tapi..  

"Takpelah Dato', cakap je."

"Leave him. Pulangkan dia balik kepada keluarganya. Itu sahaja." Pandangan Dato' Rafiq tepat pada Zara yang terdiam seribu bahasa. 

Zara. Dia terdiam. Tak tahu kata apa. Mungkin pernah dia agak. Tapi cuma tak tahu bila. Dan hari ni, jelas semuanya. Perlu dia apa lagi. Sudah terang lagi bersuluh dia tidak diterima. Zara masih diam. Dia sedih. 

"Zara..? Faham maksud saya?" Dato' Rafiq mengetuk meja untuk mengembalikan Zara ke realiti.


Zara mengangguk perlahan. Mata dah merah. 

"Saya cuba Dato'"

"Jangan cuba sahaja. Tak cukup itu. Assalamualaikum." Dato' Rafiq bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah pergi. 



Jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati....


Bagi dia:
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda. 





No comments:

Post a Comment