Monday, December 26, 2011

Twisties 20

Sinar matahari membuat Maia terjaga dari tidurnya. Mata dibuka perlahan. Ceiling direnung seketika. Pejam celik, pejam celik. The surrounding looks different. Feels different. Maia toleh ke tepi. Ooookaayy, this is so not her room. Different colour, different setting. Maia terus terduduk. Dia tunduk. Nafas lega dilepaskan bila lihat bajunya masih lagi tersarung kemas.

Baru dia terdengar bunyi shower from the toilet. Maia tepuk dahi. Cepat-cepat dia turun dari katil dan ingin lari masuk ke dalam biliknya. Malu. Merah jer muka. Lepas kemaskan katil, ketika baru sahaja hendak keluar dari bilik Edz, Maia terdengar pintu toilet dibuka. Cofirm Edz baru keluar dari toilet.

"Good morning." Edz tegur. Maia tak toleh pun kat Edz. Lepas dia jawab "Good morning" jugak, dia terus keluar dan masuk ke dalam biliknya. Edz senyum, geleng kepala.

Maia turun ke dapur setelah selesai mandi. Hari ini dia tak kerja, its Saturday, besok pun, Sunday and Monday ganti sebab Christmast falls on Sunday. Its a long weekend yeah! Time dia masuk dapur, Edz pun ada kat situ tengah buat hot milo. Edz toleh.

"Duduk. " Arah Edz. Maia pelik, tetapi dia ikutkan jer, tarik kerusi dan duduk. Edz datang kat meja, dengan dua mugs. Yang milo diletakkan depan Maia, teh panas dia punya. Dia pergi balik kat microwave pulak keluarkan dua bungkus nasi lemak. Satu diserahkan kepada Maia.

"Bila keluar?" Tanya Maia sambil bukak bungkusan nasi lemak itu.

"Tadi. Knocked your door but you're still bathing maybe." Maia angguk dan teruskan makan. Nikmat! Dah lama gila tak breakfast Nasi Lemak. Asek kena bantai sandwich or cereals jer kalau kerja.

"Balik kampung nak?" Tanya Edz tiba-tiba. Mai terdongak.

"Since when ada kampung?" Lain ditanya lain dijawabnya.

"Adalah. Im on leave. Nak tak?" Jawab Edz.

"Berapa lama? Coz, Im not." Maia stop kunyah dan capai milonya.

"Till monday lah." Maia pandang atas, fikirkan of any hold task, macam tak ada. Hmm. Maia angguk.

"Boleh jugak."

Edz senyum. "Ok, pukul 10 gerak lah ehh." Sambil jeling kat jam tangannya. Sekarang pukul 8. Ada dua jam untuk pack. Hmm boleh lah tu. Maia angguk.

Kampung Edz kat Johor rupanya. This journey is so unplanned. So, apa yang ada jer Maia bawak. Before start journey dorang singgah kedai, beli titbits. Takut lapar tengah jalan. Cheh, macam takde RnR jer. Takpe, Edz laaynkan jer kepala Maia nih.

Edz drive the whole journey. Maia pulak kadang-kadang terlelap kadang-kadang terjaga. Banyak jugaklah mulut dia tanya itu ini kat Edz sepanjang jalan. Edz ni yang setahu Maia macam pendiam layankan jer kepala dia.

"So, you study kat UM dulu eh?" Edz angguk.

"I thought overseas? Macam Irhaz?" Itu yang pernah dia dengar dari Irhaz lah kan.
"Kat UM setahun, pra-U, then baru overseas." Edz jawab sambil drive. Maia hanya mengangguk-angguk.

Setelah 2jam lebih perjalanan mereka, akhirnya sampai juga ke kawasan kampung Edz. Jalan masuk kampung tidak berapa rata sangat membuat Maia yang terlelap tadi terjaga. Maia betulkan rambut dan dudukannya. Edz toleh kat Maia dan senyum. "Dah nak sampai"

Kereta Edz berhenti betul-betul di depan sebuah rumah. Maia bukak seatbelt, dan keluar dari kereta. Dia terpegun tengok pemandangan depan rumah itu. Ada sawah padi yang terbentang luas. Rumah papan itu pun cantik jer. Tak lama kemudian, ada seorang wanita yang keluar dan menegur mereka.

"Ya Allah, anak aku balik. Bertuah tak cakap tak telefon dulu." Wanita separuh abad itu meluru ke Edz yang sedang berdiri di sebelah Maia. Edz salam tangan tua itu. Maia masih diam tapi dia hanya mengikut rentak Edz.

"Maia, ni Mak Laila. Mak, ni isteri Shah, Maia." Maia senyum manis.

"Shah, ini bini kau yer?" Tanya Mak Laila. Edz mengangguk. Pipi Maia dipegang dan tangan Maia dibawa dalam genggaman.

"Lawa bini kau. Hari tu maaf lah Mak tak dapat datang majlis kau." Maia masih lagi senyum.

"Eh, naik lah Shah, Mai." Maia dah pelik nama Edz Mak Laila ni panggil lain. Lagi pelik bila nama dia pun jadi Mai jer. Dia toleh tengok Edz. Edz senyum jer. Edz pergi kat boot kereta keluarkan beg mereka.

Lepas kunci kereta, "Apasal tak naik?" tanya Edz kat Maia yang masih lagi tercegat.

"Waiting for you. Segan."

"Dah jom naik. "

No comments:

Post a Comment