Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Gateaway -teaser-

Dua hari lagi sebelum datangnya bulan Ramadhan, NurIsle Ann Esdanea, yang menetap di Singapore, telah dihantar oleh papanya ke satu perkampungan di Johor kerana papa ingin dia mengubah sikapnya yang terlampau rebellious setelah pemergian arwah mamanya 4 bulan yang lalu. Pada mulanya, Isle amat tidak setuju dan mengugut untuk lari dari rumah. Namun, setelah papa mengugut untuk menarik semula credit card dan menghentikan semua allowance-nya, dia mula berfikir dua kali. Isle setuju setelah papa menawarkan iPhone4 kepadanya.

Semasa hendak berangkat ke Johor, pelbagai jenis barang diangkutnya bersama. Barang yang tidak pernah lupa adalah, MacBookPro-nya, iPhone4 yang Papa baru belikan, baju-bajunya yang bertimbun, pelbagai jenis shade, kasut-kasut, beg-beg tangannya yang berjenama - dah macam orang nak pindah. 3 beg melancong diangkutnya. Papa hanya menggelengkan kepala melihat sikap anaknya itu. 'She's too spoilt'

"Isle darl, you are only away for 1 month, and to Johor. Not somewhere in Europe. Apa pasal gi angkut semua benda ni?" Tanya papa.
"Its Johor, that's why Im bringing all those. If its Europe, Im sure I can get everything I want anywhere, anytime." Balas Isle.

Mana ada gadis berumur 17 tahun memakai Prada, Chanel, Dion Voon Furstenburge, Armani dan macam-macam lagi. From top to toe barang yang melekat kat Isle, semuanya berjenama dan mahal-mahal belaka.

Hari itu, Isle dengan t-shirt ala Korean - abit vintage style pink colour with corak bunga kecil-kecil, dengan faded skinny jeans from RiverIsland dan a green scarf from Dion Von Furstenburge melilit di lehernya. Oleh kerana cuaca agak terik, Isle mengenakan Christian Dior shade yang baru dibeli semalam dan heels from Aldo.

Isle yang mula-mula ingat dia akan dihantar ke rumah dikawasan bandar ataupun perumahan taman, sangat kecewa dan marah apabila mendapat tahu bahawa rumah kawan papanya itu berada di kawasan perkampungan. Dia hampir sahaja menangis saat kereta papa memasuki jalan tidak rata di kampung itu.

"Pa, where the hell are you sending me off? A forest?" sindir Isle.
"Baby, watch your language! Its not what you think it is." balas papa.
Dan, Isle hanya boleh mencebikkan bibir dan memandang ke luar tingkap.

Namun begitu, setelah tiba betul-betul di rumah kawan papa, dia akhirnya berasa sedikit lega kerana rumah kawan papa bukanlah yang seperti dijangka. Rumah kawan papanya merupakan sebuah villa yang tersergam indah - terletak cantik berhadapan dengan tepi bukit dan berhadapan dengan bendang sawah yang terbentang luas. Permandangan sekitarnya membuatkan Isle kelu lidah. Dan kata papa, ada sebuah pantai yang berhampiran dengan kawasan itu. Isle hanya senyum didalam hati.

Kedatangan mereka di villa itu disambut ramah oleh kawan papa sekeluarga; Uncle Aiz, Umi Nadia, NurQesha Amani, anak perempuan mereka dan kembarnya, Ameen Edanique. Anak-anak Uncle Aiz dan Umi sebaya dengan Isle. Namun begitu, Isle sudah ke polytechnic tetapi mereka masih lagi bersekolah menengah - tingkatan 5. NurQesha seorang gadis yang tidak banyak bercakap dan juga bertudung - sangat kontra sekali dengan Isle yang banyak mulut dan agak kebaratan cara pemakaiannya. Ameen Edanique pula seperti agak peramah. Ameen lah yang mengajaknya berbual-bual sedang papa, Uncle Aiz dan Umi Nadia bersembang.

Di villa itu, mereka memanggil Isle dengan nama Danea. Mula-mula Isle tak suka, kerana terlalu cliche katanya. Namun, setelah mendengar cerita yang mamanya yang berikan nama itu, Isle mengalah. Dan Isle pula memanggil Amani dengan nama Qesha dan Ameen dengan nama Edan - sengaja mahu membalas dendam kerana nama panggilannya ditukar.

Hari pertama di villa itu, Isle merasa amat kekok setelah kepulangan papa pada sebelah petang. Isle hanya terperap di dalam biliknya. Nak online, dia segan nak tanyakan
password wireless. Nak keluar dia tak tahu nak kemana. Lalu, dia berfikir ada lebih baik dia turun ke bawah dan mengajak Umi Nadia berbual.

Didapur, kelihatan Umi dan dua orang pembantu rumah sedang sibuk menguruskan sesuatu. Setelah melihat mereka agak sibuk, Isle bergerak ke luar villa. Dan dia berhasrat untuk bersiar-siar ke kawasan kampung. Sedang dia berjalan-jalan seorang diri, tiba-tiba kakinya tersadung batu dan terjatuh. Dan tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju menuju kearahnya tanpa disedari. Nasib baik kereta itu dapat dihentikan tepat pada masanya. Namun, dahi Isle telah terhantuk sedikit di bonet kereta itu.

Pemandu kereta itu juga amat tergamam. Dia keluar setelah 2minit tergamam di dalam kereta. Setelah keluar dari kereta dia melihat Isle yang sedang mengadu kesakitan
sambil memegang dahinya yang sedikit bengkak dan berdarah bersama kakinya yang sudah terseliuh dan lututnya yang berdarah dek kerana tersadung batu tadi.

"Rasanya tadi saya tak sempat nak langgar kan?" Soal pemuda itu tadi kepada Isle.
"Ssss... Huh??" Isle dengan blurr hanya mendongak.
"Awak okay?" Tanya pemuda itu lagi.
"Im okay? Cant you even see? My forehead, my knee, my ankle..am I okay?" Tanya Isle semula sambil menyindir.

Isle cuba untuk bangun namun dia terjatuh semula kerana kakinya tidak larat untuk berdiri dengan betul.
"Any help, perhaps?" Pinta Isle kepada pemuda itu setelah melihat pemuda itu hanya berdiam dan melihat.
"Oh,okay. Come lemme send you back home." Pemuda itu memapah Isle masuk ke dalam keretanya.

"Btw, Im Iman. and you're?" Tanya Iman setelah mereka berada di dalam kereta.
"Danea. No. Isle. You can call me Isle." Isle kalut tiba-tiba.
"okay, Isle, malay?" Tanya Iman lagi. Isle hanya mengangguk.
"Mix ker?" Isle mengangguk sekali lagi.
"Rumah kat mane?"
"Not anywhere near"
"Ohhhkaaay.. and where should I send you then?"
"Oh, villa grey colour kat tepi bukit, opposite ada padang pokok beras" Jawapan Isle membuatkan Iman ketawa terbaha-bahak.
Isle hanya berkerut kening. Apa yang kelakar seh.

"Do you mean bendang sawah?" Tanya Iman setelah ketawanya reda.
"Huh, what's that?" Tanya Iman.
"Paddy harvest?" Tanya Iman lagi
Isle hanya mengangguk.
"OOh.. Villa Uncle Fariz eh?"
Isle mengangguk sekali lagi.
"You're his niece ker?" Tanya Iman lagi.
"Nope. He is my papa's friend. And Im stuck here for this whole month of Ramadhan. How great?!"
"Well, okay perh. Try something new, something different."

Saat itu, kereta Iman telah pun berhenti betul-betul didepan Villa Uncle Aiz. Iman keluar untuk menekan bell. Tak lama kemudian, Amani muncul dan membuka pagar untuk membenarkan kereta Iman masuk ke perkarangan villa itu. Setelah kereta diiberhentikan betul-betul di depan pintu masuk, Amani memapah masuk Isle yang kakinya terseliuh, lututnya luka dan dahinya bengkak dan melecet sedikit.

"MasyaAllah, apa sudah jadi dengan kamu ni Danea?" Tanya Umi yang terperanjat apabila Amani memanggilnya dari dapur meminta bantuan.
"Isle tripped in the middle of the road just now, then, his car which was quite speedy almost hit me. Lucky he could stop it on time, and it only hit me on my forehead." Jelas Isle.
Isle dh terbiasa berbahasa Inggeris, so sedikit kekok untuk berbual dalam bahasa melayu.
"Sorry Umi, Iman tak sengaja. Tadi Iman saja nak test power kereta Papa. Iman tak agak yang petang-petang camni ada orang terbaring kat tengah-tengah jalan.
Selalunya kan budak-budak sibuk duk gi sekola agama time macam ni.Tu yang sikit lagi nak terlanggar tu." Iman hanya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal itu
kerana tahu dirinya bersalah.
Umi hanya menggeleng kepala sambil tangannya pantas mengubat dahi dan lutut Isle yang melecet itu.
"Lain kali, hati -hati Iman. Nasib baik sempat. Kalau tak apa Umi nak jawab dengan Papa Danea ni. Baru sampai dah luka-luka anak dia."
"Alaa.. Kalau Umi tell papa pun, I bet he'll do nothing. Infact, later, he'll put the blame on me instead." Jawab Isle yang seang terbaring.
"Ni kaki kenapa?" Tanya Umi.
"Iman rasa kaki Danea tu terseliuh." Jawab Iman bagi pihak Isle.
"Astaghfirullah.. Iman tolong Umi send her to your dad? Kang masuk angin susah pulak?" Umi dah membantu Isle untuk bangun semula.

Sedang mereka sibuk pasal Isle, Ameen terjengah di muka pintu. Pelik dia melihat Iman ada disini.
"Hey, Abang Iman. Bila balik? Awat hang ada kat sini? Rindu kat Ameen ker?" Tanya Ameen yang sedang membuka kasutnya.
"Rindu kat hang buat ape? Ni, hah, Abang terlanggar Danea tadi." Sambil memuncungkan bibirnya menunjuk Isle yang sedang dipapah oleh Umi dan Amani.
"Hahh?? Terlanggar Danea?? Teruk ker budak tu?" Baru sampai dah buat hal.
"Tak lah, dia tadi dah memang tersungkur kat tengah jalan, then nasib baik abang sempat brake. Kena dahi jer. Tapi ni nak bawa gi jumpa Papa, kakinya terseliuh sebab jatuh tu."
"oooh.... Alaa, manjanya, baru terseliuh." Isle hanya menjeling kat Ameen.
"Amani, kamu temankan Danea ni kejap. Hah, kamu Ameen, pun sama, tak kan nak biarkan adik kamu sorang-sorang."
"Alaa.. Umi, Ameen penat lah.. Baru balik ni."
"Sat je lah, nanti dah dibalutnya tu nanti dah lah tu. Pergi"

"Iman, go and meet your dad? What for?" Tanya Isle.
"Well, let papa check your ankle and apply treatment and make sure its okay." Jelas Iman.
"Is he a doctor?" Iman hanya mengangguk.
"Ahh,.. I see.."

No comments:

Post a Comment