Friday, January 27, 2012

Tentang Dia 2

Semalam berjalan dengan baik. Setelah perisitiwa dingin itu, Edd belum ada pernah menganggu. Dunia mereka berbeza. Malam tadi, Edd sambung dengan urusan syarikatnya manakala Asha turun ke bawah berbual-bual dengan pembantu rumah Tan Sri Adam.

Pagi tadi, sedang mereka semua bersarapan pagi, Asha hanya tunduk diam menikmati sarapannya tetapi, Asha sendiri sebenarnya tiada selera makan. Dia rasakan hamba-hamba Allah di dalam rumah ini semuanya tiada perasaan. Bukan dia tidak pernah ke sini sebelum menjadi isteri Edd. Selalu. Dengan Anas. Malah, Tan Sri Adam dan Puan Sri Laila pun cukup kenal dengan dirinya.

"Iskandar, how long is your leave?" tanya Tan Sri Adam.
" A week, papa." Tan Sri Adam mengangguk.
"Asha, how about yours?" Pertanyaan Tan Sri Adam tidak didengar. Asha masih ralit dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba ada tangan yang merayap dipehanya. Dia menoleh memandang Edd disebelah. Berkerut kening Asha. Nak marah, tapi depan keluarga mertua. Haizh, susahnya hidup jadi robot ni.

"Sayang, Papa tanya, how long is your leave?" Edd repeated the question. Asha toleh memandang Tan Sri Adam.

" Sorry Uncle. A week. Asha cuti seminggu." Jawab Asha.

"Papa, Asha. Panggil Papa jer." Asha hanya mengangguk. Mereka sambung makan.

* * * *


Asha duduk seorang diri di taman bunga Bonda. Teremenung lagi.

"Asha, sekarang Asha asyik termenung jer. Asha okay?" Tegur Bonda yang datang entah dari mana.
"Sorry, Bonda. Asha okay. "
"Asha.." Puan Sri Laila membawa tangan Asha ke dalam genggamannya.
"Maafkan Anas Asha. Bonda minta maaf bagi pihak Anas." Bonda menangis. Asha geleng kepala.
"Bonda, jangan sedih. Bonda tak perlu minta maaf bagi pihak Anas. Asha tak marahkan Anas pun. Asha tahu ini semua terjadi atas kehendak Allah. Tiada siapa yang dapat melawan ketentuanNya kan?" Ya, Asha tak pernah sekali pun marah dengan Anas. Asha tahu ini semua rancangan Edd. Memang dari dulu.

"Tapi, Bonda pasti Iskandar akan dapat bahagiakan Asha, percayalah." Asha hanya senyum. Bonda, do you know that your elder son is one manipulative lil creature?


Pintu bilik ditutup rapat. Asha lihat Edd hilang dalam urusan kerjanya. Ya ampun bosan! Nak keluar merayap, dia hilang mood nak jadi Asha yang dahulu. Asha yang terlampau bersuka ria, Asha yang hanya kenal dunia.

Asha menuju ke katil, capai iPadnya dan online twitter. 'Where'd u go. I miss u so.' Posted.

Tiba-tiba Edd bangun dari kerusi dan menuju kearah katil. Edd duduk sebelah Asha. Asha diam kaku. Sebelah tangan Edd merangkul pinggang Asha dan sebelah lagi menyebak rambut panjang Asha ke sebelah kanan.

"I didnt go anywhere. Im here." Bisik Edd perlahan. Edd sandarkan kepalanya di bahu Asha.

"May Asha belongs to you. But her heart is Anas' forever." Asha bersuara tegas. Edd mendengus marah. "Whatever you say, lady."


* * * *

Honnnnnnnn!! Asha toleh ke kanan, ada kereta yang datang laju kearahnya. Asha tergamam, dia tak boleh nak fikir apa. Dia nak lari ke bahu jalan, tetapi dia tak seakan terpaku di situ. Dia tidak sempat mengelak. Tiba-tiba dia rasa sakit, dia terbaring di atas jalan. Gelap.

"Nurse, panggilkan En.Iskandar, isterinya dah sedar." Asha terdengar suara-suara yang tidak dikenali. Silau. Dia cuba membuka untuk membuka mata dengan perlahan. Akhirnya berjaya, tetapi pandangannya agak kabur. Dia pejamkan mata. Dengan bismillah, sekali lagi dia cuba untuk membuka matanya. Alhamdulillah, kini pandangannya lebih jelas. Wajah pertama yang dilihatnya adalah Edd. Asha mengeluh. Dia toleh ke kiri berpaling dari menghadap Edd. Edd genggam tangannya.

"Isk, she's awake now, she needs full observation. She needs a lot of rest though. " Suara lelaki tadi kedengaran lagi. She believes that he is a doctor. Doctor? Damn it! She's in the hospital. -,-'
But why? She just couldnt figure that out. " What happened to me?" Asha bersuara, perlahan.

"You've got yourself in an accident last two days, dear. Your arm please?" Doktor tadi menyuntik sesuatu pada lengan Asha.

"Asha, you need to rest a lot. I suggest you dont move too much, drink plenty of water and ring the nurse if you need something." Doktor tadi sambung kata-katanya sambil menunjukkan alat memanggil nurse yang diletakkan di tepi katilnya sebelah tangan kiri.

"...and that includes if you need to clear your bowels. And I shall leave you two for a moment." Doktor tadi tarik selimut dan tutupkan badan Asha. Kemudian dia keluar dari bilik ward Asha.

Kini hanya tinggal Edd dan Asha berdua. Edd masih lagi diam. Dia baru sahaja selesai menghantar sms kepada kaum keluarganya tentang keadaan Asha.

"What happened to me?" Asha bertanya kepada Edd.
"Being you, being reckless." Jawab Edd.
"Oh, thanks." Orang tengah sakit, dia lagi sakitkan hati. Kalau tak ikhlas jangan ada sini lah. Pergi duduk kat office tu habiskan kerja yang tak pernah habis tu.
"Next time, be more careful, will you?" Edd bersuara lagi.
"Baliklah. Just mind your own business." Asha dah mula sedih. Anas, awak tak tahu ker saya macam ni?
"Dah lah tu. Anything to order? Bonda is on her way here."
"Yeah, Ive got one. Call kan Anas, I need him at my side now."
"Anas tak ada kat Malaysia, tak faham ker?" Edd terus keluar dari ward Asha.










No comments:

Post a Comment