Thursday, May 7, 2009

Bukan Milikku - 1

“Kenapa perlu kita berpisah Efan?” Dengan air mata soalan yang sama diajukan sekali lagi. Dia seolah-olah tidak mengerti mengapa semua ini perlu terjadi. Disaat mekarnya cinta dihati, disaatnya kasih mereka bersemi, perpisahan menghalang mereka untuk bersama. ‘Dunia mereka berbeza’,hanya itu alasan yang kerap diberikan oleh Tengku Efan Shah Al-Muazzam. Namun, Nia masih lagi tidak mengerti.
“Jawapannya hanya satu, Nia perlu pulang ke tempat asal Nia. Dan sesungguhnya, tempat Nia bukan lah disini. Pergilah Nia. Jikalau Nia merasakan perlunya Nia kembali, Efan disini akan tetap setia menanti, walau selama manapun jua” Dengan kata-kata akhir itu, Tengku Efan lantas menghilangkan diri kedalam hutan belukar,menuju kearah jalan pulang Istana Utama. Nia ditinggalkan di tempat dimana buat pertama kali dia terjumpa gadis itu.

Nia, terduduk melutut saat ditinggalkan keseorangan. Dia tidak mengerti dan
takkan pernah mengerti. Hidupnya seperti pelarian yang berpindah dari satu dunia ke dunia yang lain. Dari mana asalnya, dia tidak pernah tahu, mahupun diberitahu. Lantas, Nia cuba mencari kekuatan untuk kembali semula ke’dunianya’ seperti yang dikatakan oleh Tengku Efan. Setelah penat berjalan, Nia duduk bersandar di satu pokok kelapa ditepi pantai diraja, Pantai Bersiram. Disitulah, dia tunduk menangisi nasib diri. Oleh kerana terlalu penat, Nia tertidur dalam duduknya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cahaya terik yang terpancar dimatanya membuatkan Nia tersadar dari lelapnya. Nia cuba untuk membuka matanya, namun entah mengapa, perit rasanya. ‘Cuba sekali lagi Nia.’ Detik hatinya. Cubaan kali kedua itu juga gagal.

“Nia, Nia..” Dalam keadaan itu, Nia dapat mendengar suara seseorang memanggil namanya. Nia cuba sekali lagi untuk mencelikkan mata. Mungkinkah dia telah dibawa semula ke istana Utama? Lalu, dia bertekad untuk menggagahkan diri sekali lagi untuk membuka mata. Alhamdulillah, kali ini dia berjaya. Namun begitu, penglihatannya masih lagi kabur. Walaupunbagaimanapun, Nia dapat merasakan terdapat beberapa orang disekelilingnya. ‘Efan? ’ getus hatinya. Nia pejamkan semula matanya. Dan kali ini, dia merasakan dia lebih bersedia. Sekali lagi Nia mencuba untuk membuka mata, dan berharap agar penglihatannya kali ini lebih jelas.

“Alhamdulillah. Abang panggil Doktor Danel, beritahu dia, Nia dah sedar.Alhamdulillah.” Suara itu lagi. Lalu, ada seorang wanita yang rasanya berusia dalam lingkungan 40an tunduk kearahnya dan lantas memberi satu kucupan di dahinya. ‘Eh, siapa pula wanita ni. Yaiks, sesuka hati dia je, nak cium-cium aku.” Getus hati Nia. ‘Mana Efan? Mana dia?’ getus hatinya lagi. Matanya memandang satu-persatu wajah yang ada disitu. Tiada satu pun wajah yang yang dikenalinya. ‘Ya Allah, bantuilah aku kali ini, dimana aku berada kali ini.’ Dalam hati dia berdoa.

Tidak lama kemudian, datang seorang doctor untuk memeriksanya.”Nia, can u hear me?" tanya doctor itu. Sebagai jawapan, Nia menganggukkan kepala. ‘Macam mana pulak dia tahu nama aku ni’. “Alhamdulillah,. Sekarang lihat pen ini okay?” Nia hanya menurut, walaupun Nia sendiri tidak mengerti apa yang sedang doctor cuba lakukan. Pen itu dibawa ke kiri dan ke kanan. Mata Nia hanya mengikut arah pen itu.

“Alhamdulillah, Nia awak selamat, namun begitu, awak perlu banyak berehat.” Kata jururawat yang baru sahaja menanggalkan alat bantuan daripadanya.

“Doktor, err..tetapi, dimana saya sekarang? Dan,siapakah mereka ni semua?” Saat Nia mengajukan soalan cepumas itu kepada doktor, semua yang ada didalam bilik terpempan. Doktor Danel yang baru sahaja merasa lega setelah pesakitnya itu sedar selepas tiga bulan berada dalam koma akibat kecelakaan, juga terpana. Sangkanya, Nia sudah sembuh. Tetapi, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kini, semua mata terarah kepada Nia. Dan, wanita yang mengucupnya dahi Nia tadi, tidak lagi dapat menahan air mata lalu berlari keluar.Diikuti seorang lelaki yang rasa-rasanya seusia dengan wanita itu tadi.

‘Oops! Aku dah tersalah cakap ke? ‘Nia mengetap bibirnya dan hanya tunduk memandang lantai. “Saya rasa baik kamu semua kosongkan bilik ini dahulu, dan tunggu diluar. Biar saya periksa dia dahulu. Setelah itu, barulah saya akan beritahu kamu semua apa yang telah terjadi. “ kata Doktor Danel. Lalu, semua orang hanya menurut tanpa berbicara apa-apa. Kini, hanya tinggal Nia , Doktor Danel dan juga dua orang jururawat. Nia diarah untuk baring dan pemeriksaan dimulakan.

*********************************************************


“Nia, masuklah. Ini bilik Nia. Nia, you rest first okay darling? Mama have something to do. If you want anything, you can just call Umi okay? Mama will be in my room.” Ubun-ubun Nia dikucup syahdu. Lalu, wanita yang mengaku sebagai mamanya itu pun berlalu pergi.Setelah ditinggalkan seorang diri,Nia mengorak langkah ke kamarnya. Dia cuba untuk mengingati masa silamnya yang entah bagaimana ceritanya.Bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia koma? Lalu saat itu, kata-kata Doktor Danel pada hari dia sedarkan diri terlintas difikiran. Dirinya itu telah mengalami koma selama tiga bulan dan kini, oleh kerana impak yang kuat semasa terjatuh, dia mengalami amnesia.Nama Nia yang sebenarnya adalah Nia Annaleigh. Pelik namanya. Dan ini semuanya adalah keluarganya. Dan wanita tadi adalah mamanya. Lelaki yang seusia mama tadi adalah papanya. Dan seperti apa yang diceritakan mama, Nia mempunyai seorang kakak, Leia Delilah dan juga seorang abang Afel Zafrien. Ah, kusut! ‘Biarlah memori yang tak bisa aku ingati itu menjadi kenangan. Walau apa pun yang terjadi, aku terpaksa redha. Dan kini, aku hanya perlu menempuh semua yang bakal terjadi dengan tabah.’ Bisik Nia di dalam hati.

Lalu, dia meneruskan langkahnya kearah kamar mandi. Setelah mandi, dia bertekad untuk bertanya sesuatu kepada mama. ‘Apa agaknya yang harus aku lakukan kalau aku tak terlibat dalam kemalangan itu?’ terlintas difikiran tentang masa silamnya. ‘Ah, bukankah aku berjanji untuk meninggalkan masa silamku? Stop Nia, past is past! ‘ Dengan segaris senyuman terukir diwajahnya, Nia mengorak langkah keluar dari kamar tidurnya dan menuju kearah ruang tamu di lantai bawah.

“Hai ma, pa, kak..?” Alamak, kenapa aku boleh terlupa nama kakak aku ni..
“Kak Leia, dik. Dan ini, Abang Afel. Adik macam mana? Sihat?" sambung Kak Leia, apabila dia lihat aku seperti kurang selesa dengan keadaan aku sendiri. Aku hanya senyum sebagai balasan dan lantas mengambil tempat disebelah mama. Ingin ku peluk mama ketika itu, namun aku rasa seperti kekok disebelahnya. Entah kenapa. Dan saat ini, aku dapat rasakan yang semua yang berada di ruang itu, sedang memerhatikanku. Aku tidak tahu harus bagaimana, lalu hanya tunduk memandang lantai.

No comments:

Post a Comment