Thursday, March 11, 2010

Bukan Milikku: Cerpen

Bermulalah sebuah cerita cinta...

Kisah seorang gadis yang tanpa diduga jatuh cinta dengan rakan seperjuangannya di sebuah kolej swasta. Pertemuan demi pertemuan membangkitkan sebuah ikatan perasaan. Dari benci ia mengundang sayang. Akhirnya, janji diikat. Ungkapan cinta dilafazkan.

Masa berlalu, tanpa disedari, setahun sudah mereka mengungkapkan kata, menjalin cinta, merapatkan hubungan dua buah keluarga. Begitulah saat‐saat indah kisah cinta Nia dan Almy. Dan tanpa diduga, sesuatu berlaku mengubah segalanya. Panas yang diharap hingga ke petang, rupa‐rupanya hujan di tengahari. Ketika mereka seperti pasangan yang lain menyambut kejayaan sebuah ikatan sempena Hari Kekasih, sebuah kemalangan berlaku. Meragut kebahagiaan dua insan yang baru bersatu.

Kemalangan jalan raya yang berlaku menyebabkan nyawa Almy diragut. Nia pula menderita amnesia. Seolah‐olah sebuah kesulitan yang teramat berat buat Nia. Walaupun dia tidak dapat mengingati kisah lalunya, dia tetap berusaha. Keluarga Nia juga tidak pernah berputus asa dalam membantu Nia mengembalikan ingatan Nia. Namun, mereka cuba untuk tidak membangkitkan hal Almy. Tidak sanggup rasanya mereka mahu melihat Nia merasa kehilangan kekasih hati yang sangat dia cintai. Apakah agaknya reaksi Nia apabila mendapat tahu bahawa dia pernah mempunyai tunang yang meninggal dalam kemalangan yang sama. Oleh itu, pada mereka apa yang mereka lakukan itu adalah untuk kebaikan Nia. Bagi Nia pula, dia merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan keluarganya, oleh itu, hari‐hari yang dilalui seperti ada yang hilang. Yang sebelum ini menjadikan hidupnya lengkap‐tetapi tidak lagi kini. Dia cuba berusaha untuk mencari kembali sesuatu yang hilang itu.

Sehinggalah suatu hari, pencariannya berakhir apabila bayangan seorang lelaki menjelma. Namun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu bahawa bayangan itu sentiasa mengunjungi Nia.Almy. Lelaki yang dahulunya pernah hadir dalam hidupnya. Semenjak itu, kehidupan Nia seolah‐olah tidak berpijak di bumi yang nyata.Pertemuannya dengan bayangan Almy membangkitkan rasa cinta yang dahulunya pernah ada walaupun kisah semalam tidak mampu diingatinya. Cinta mereka tidak pernah luput walau sekadar bayangan Almy yang ada disampingnya kini.

Bagi Almy pula, kehadirannya semula bukanlah bertujuan untuk mengganggu kehidupan baru Nia. Almy hanya mahu haknya sebagai bekas tunang Nia dipertahankan. Dia hanya mahu Nia tahu bahawa dia adalah lelaki yang dahulunya pernah bersama menjalin cinta dengan Nia. Dia hanya mahu Nia tahu bahawa mereka dahulu pernah mencipta memori indah. Dan yang paling penting, Almy hanya mahu Nia jadikan memori itu sebagai sebuah kenangan indah, bukan dilupakan, bukan diabaikan, bukan juga untuk dirahsiakan. Bagi Almy, Nia berhak tahu bahawa wujudnya istilah cinta antara Almy dan Nia suatu ketika dahulu. Cukuplah sekadar dia menjadi kenangan. Dan selepas itu dia sanggup mengundurkan diri walaupun itu adalah yang paling berat yang terpaksa dia lakukan.

Dalam pada itu, setiap tingkah Nia yang manja tanpa disengaja telah mengundang tarikan seorang jejaka lain, Edan Faremy. Lelaki yang dari jauh sering melirik pandang kepada Nia ketika Nia menjalani rawatan di hospital.

Segala kudrat dan tenaganya, Faremy berusaha menarik perhatian Nia. Daripada di hospital hinggalah ke rumah, Nia dijejakinya. Setiap hari kehidupannya adalah untuk Nia, masanya juga adalah buat Nia. Bagi Faremy, dia tidak sedar kadang‐kadang caranya sedikit keterlalauan. Namun, dia sudah tidak ada cara lain lagi, melainkan cuba menambat hati keluarga Nia. Dia sedar bahawa kehadiran cinta untuk Nia dalam dirinya telah banyak mengubah gaya hidupnya. Dia yang dahulu suka berfoya‐foya, kini sudah tidak mahu lagi membuang masa. Apabila dia tidak bekerja, dia akan cuba mencari peluang bertemu dengan Nia. Cuma satu yang dia masih tidak mengerti. Sering sahaja ucapan “ Awak tidak mampu tandingi dia” bermain dibibir Nia saat Faremy cuba menduga hati Nia.

Faremy, baginya, tiada apa yang dapat menyurutkan perasaan cintanya terhadap gadis Amnesia itu. Dan maka dengan itu, Faremy memulakan pencariannya akan siapa ‘Dia’ itu, Faremy dapat rasakan si ‘Dia’ yang dimaksudkan Nia adalah seseorang yang pernah menjadi orang penting dalam hidup Nia.

Bagi Nia pula, Faremy hanyalah musuh utamanya kini. Kedatangan dan kepandaian Faremy menarik perhatian keluaraganya amat merimaskan. Apa yang dia tahu dia amat benci Faremy saat ini, kerana baginya bukan begitu caranya kalau hendak mencuri hati Nia. Walaupun masanya yang terluang banyak dihabiskan bersama Faremy, namun dia tetap berhubung dengan bayangan Almy. Kini Nia mula mengingati Almy sebagai bekas kekasih hatinya. Ah, Faremy dan Almy sangat jauh perbezaan mereka. Bagai langit dan bumi. Walaupun suatu ketika dahulu dia pernah membenci Almy,namun Almy tidak pernah mahu mengambil langkah mudah untuk memikat hatinya. Almy tidak pernah cuba menggunakan ibu bapa Nia sebagai alasan. Almy tetap berusaha memikat hati keras Nia tanpa berputus asa. Ah,semuanya tentang Almy adalah sempurna. Tiada cacat celanya. Bagi Nia, Almy tetap yang terbaik. Tetap di tangga teratas dihatinya. Caranya, senyumnya,gelagatnya, guraunya itulah yang memikat Nia. Saat ini, Nia sangat merindui kehadiran Almy disisi. “ Almy , Nia rindu Almy” tanpa diduga mengalir air mata rindunya. Saat ini bayangan Almy muncul menemani Nia disisi.

Nia, seperti selalu, hidup didalam alamnya sendiri. Almy,tidak pernah lupa menemani.
Faremy,seperti selalu hanya menunggu saat terbukanya hati Nia untuk menerima kehadiran cintanya yang suci.

Tika ini, Almy mula menyedari adanya seseorang yang layak menggantikan dirinya. Sudah sampai masanya dia mengundurkan diri. Nia juga sudah dapat mengingati dirinya dan kisah cinta mereka kembali. Dan berjanji tidak akan sesekali melupakan semua itu.

Maka dengan perlahan dia menjauh. Bagi Nia, “ Cukuplah sekali saya merasai kehilangan awak Almy. Bagi saya awak tiada tandingannya. Dia hanyalah dia.” Begitulah ucapan Nia saat Almy menyatakan keputusan untuk mengundurkan diri. Sarat Almy berfikir. Dia perlu pergi. Pergi meninggalkan Nia. Biarlah Nia bahagia bersama seseorang yang realiti. Lantas dia perlahan‐lahan menjauh.

Dua bulan berlalu. Nia kini sudah mulai bisa melayari kehidupannya tanpa Almy disisi. Namun begitu, dia menyedari ada perubahan yang terjadi. Faremy tetap Faremy, tetap ada disisi,menanti. Namun,Faremy kini tidak lagi memaksa. Hilang sudah desakan‐desakan yang dahulunya merimaskan. Faremy kini lebih banyak berdiam dari berbicara seperti selalu. Kini, Nia melihat diri Almy di dalam Faremy. Tingkahnya, senyumnya, gayanya, semua mirip Almy. Adakah ini kerana dia rindukan Almy dan jadikan Faremy sebagai ganti. Ah, Nia sendiri tidak tahu.Keliru,hanya itu yang dia tahu.

“Kenapa saya lihat awak macam dia?”
Sering sahaja ucapan itu diungkapkan pada Faremy. Buat Faremy, biarlah dia mengubah rentaknya. Mimpi yang dialami membuat dia dalam diam berubah. Dan perubahan itu membuatkan Nia mula menerima dirinya sedikit demi sedikit.Dan akhirnya Nia menerima Faremy, tanpa diketahui adakah dia menerima Faremy sebagai Faremy sendiri ataupun sebagai bayangan Almy,..?

Akhirnya,hampir tiga bulan berlalu. Faremy membuat keputusan untuk melamar Nia menjadi isterinya. Dalam malu‐malu, Nia menerima lamaran Faremy itu. Janji dua buah keluarga diikat. Persediaan menuju kearah hari bahagia disediakan. Dengan sekali lafaz, Nia kini sudah sah menjadi isteri Faremy. Hubungan ini direstui oleh dua keluarga. Keluarga Almy juga turut datang untuk memberi restu. Sempat Mama Almy berjumpa dengan Nia pada hari pernikahan Nia dan Faremy. Maka terungkailah segala rahsia. Kini barulah Faremy tahu siapa itu ‘dia’. Mulai dari hari itu, hidup Nia dan Faremy bahagia. Bersama Faremy, buatkan Nia mula merasai kembali erti sebuah kebahagiaan yang telah lama diimpikannya.

Namun, sekali lagi, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Almy merasakan sudah tiba saatnya dia mengundurkan diri daripada Faremy. Biarlah Nia dan Faremy melayari rumahtangga mereka dengan sendiri. Salam akhir yang diutuskan kepada Nia membuatkan Nia mula menyedari akan segala‐galanya. Terungkai sudah persoalan diri yang selama ini buatkan dirinya dalam dilemma. Keliru dia kini adakah dia hanya jatuh cinta kepada Faremy kerana Faremy dikuasai oleh bayangan Almy? Kerana itu, Nia mula menyendiri. Sukar baginya untuk menerima Faremy setelah semua ini terjadi. Tanpa disedari Faremy diabaikan.
“Kenapa awak perlu berubah Nia? Awak buat saya kenal manisnya cinta dan awak juga yang beri saya pahitnya cinta.” Pahit bagi Faremy untuk menerima ini semua. Dia fikir Nia sudah bisa menerima dirinya seadanya. Dirinya sebagai Edan Faremy bukan sebagai Almy. Namun dia silap. Nia kini bukan lagi Nia yang dinikahinya. Kenapa Nia berubah, dia sendiri tidak dapat mengerti. Saat dia mula mengetahui bahawa dia bakal menimang cahaya mata, Nia ingin meninggalkannya. Bahkan Nia sanggup untuk menggugurkan kandungannya itu. Faremy bingung. Adakah dia sekeji itu hinggakan Nia sanggup untuk membahayakan diri sendiri untuk membuang anak pertama mereka. Faremy tidak lagi dapat menahan perasaan. Kini dia benar‐benar patah hati. Dan dia merasakan dia perlu pergi untuk meredakan semua ini. Sedih hatinya diperlakukan sebegini rupa. Entah dimana silapnya dia tidak tahu. Setiap kali ditanya, Nia hanya berdiam diri. Mengalir juga air mata lelakinya saat ini.

Lantas, dia mengambil keputusan untuk bersendiri.Kebahagiaan bukan lagi miliknya. Biarlah Nia sendiri membuat keputusan. Dia sedia untuk menerima apa pun jua keputusan Nia. Seandainya perpisahan pinta Nia , dia terpaksa redha. Asalkan Nia bahagia. Itulah sahaja yang bisa dia lakukan untuk membalas cintanya terhadap Nia.

Sebelum dia melangkah pergi, sempat dia menyatakan hasrat hati. “ Kalau terusan begini, baiklah saya undurkan diri. Nia, janganlah awak bandingkan saya dengan dia, kerana antara kami takkan pernah ada persamaan. Almy ada cara tersendiri, dan saya lain rentaknya. Hanya satu saya pinta,walaupun awak terlalu membenci saya janganlah sekali lagi mencuba untuk hapuskan anak kita dari bumi ini. Sesungguhnya dia tidak bersalah. Saya akan jaga dia nanti. Saya harap awak tolong jaga anak kita ini hanya untuk sembilan bulan ini. Jangan bimbang, sepanjang ketiadaan saya nanti, nafkah akan tetap saya kirimkan. ” Daripada mana dia mengambil Nia, disitu Nia dipulangkan. Dengan penuh tanggungjawab Nia dihantar kerumah keluarganya, walaupun berat rasa hati untuk berpisah dengan Nia yang dicintai sepenuh hati. Semua keluarga Nia turut bersedih. Mereka semua tidak dapat mengerti apa yang telah terjadi hingga Faremy perlu pergi. Sebelum ini mereka tidak pernah melihat Nia dan Faremy bergaduh besar. Setahu mereka Faremy seorang suami yang sempurna. Ah, mungkin Nia ada alasannya tersendiri. Sebelum melangkah pergi, Faremy tunduk memberi Nia satu kucupan syahdu di ubun‐ubun. Tanpa bertoleh lagi, Faremy melangkah pergi. Dia takut sekiranya rasa cinta buat Nia menghalang dirinya dari membawa diri.

Dan Nia, dia hanya terdiam setelah ini semua terjadi. Itulah kali pertama dia melihat Faremy mengalirkan air mata lelakinya. Kerana itu, dia terpaku. Dia juga tidak tahu apa yang membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk menggugurkan anaknya itu. Ah,kini dia betul‐betul berada dalam dilemma. Namun saat Faremy mengatur langkah, meninggalkan teratak indah milik keluarga Nia, entah mengapa air mata dititiskan buat langkah itu.
Hari demi hari yang dilalui selepas itu dilalui dengan penuh sepi. Perginya Almy disusuli Faremy. Almy pergi bukan dipinta. Faremy pula pergi kerana keadaan yang memaksa. Mahu dicerita apa yang terjadi sebenarnya, Nia takut tiada seorang pun yang akan percaya. Nia bimbang mereka katakan dia masih belum sembuh. Lalu,dia berhasrat untuk hanya berdiam diri. Tetapi sampai bila harus dia begini? Dia sendiri tidak pasti. Lalu, dia teringat akan kandungannya.

“Ah, aku tidak bisa lemah sebegini. Aku harus bangkit demi anak ini.” Saat ini dia teringat akan pesanan Faremy supaya menjaga kandungannya dengan penuh kasih sayang. Kini, dia merasakan yang dia merindui kehadiran Faremy disisi. Dimana agaknya suaminya itu berada, dia sendiri tidak pasti. Almy juga sudah tidak menjelma lagi selepas kali terakhir Almy mengundur diri. Ah, kini Nia betul‐betul keseorangan. Tiada siapa yang bisa dia jadikan teman. Ah,silapnya sendiri kerana membiarkan Faremy pergi. Tetapi, ketika itu, dia sendiri masih di dalam dilema. Masih lagi keliru antara Almy dan Faremy.

Tetapi tika ini dia menyedari bahawa dia amat memerlukan Faremy disisi. Almy adalah kenangan masa silam. Manakala Faremy pula adalah realiti yang perlu dia tempuh kini. Berdosakah dirinya kerana telah sengaja mengabaikan Faremy semasa suaminya itu disisi? Berdosakah dirinya kerana telah membuat Faremy berkecil hati? Berdosakah dirinya kerana mencuba untuk menggugurkan anak mereka? Ah, Nia tidak bisa memikirkan itu semua. Hanya satu yang dia tahu adalah Nia mahu Faremy disisi. Kerinduannya terhadap Faremy sudah tidak dapat ditanggung lagi. Lalu,Nia bertekad untuk menjejaki dimana Faremy bersembunyi.

Seluruh pelusuk dijejaki. Namun begitu, Nia masih belum dapat menjejaki kemana Faremy membawa diri. Kandungan Nia kini telah meningkat lima bulan. Nia takut sekiranya saat dia bertarung nyawa melahirkan anak mereka, Faremy tiada disisi. Nia takut hayatnya tidak panjang tika itu. Nia takut dia tidak sempat memohon maaf dari Faremy. Mengalir air matanya saat memikirkan itu pelbagai kemungkinan yan bakal terjadi.

Saat Nia menemui jalan buntu, datang seorang pria kacak yang sudi menghulur bantuan. Farha,sepupu Almy yang telah lama ingin menjejaki Nia kerana ingin melaksanakan beberapa wasiat Almy yang diamanahkan kepadanya. Beberapa bulan sebelum meninggal, Almy pernah bercerita tentang Nia kepada Farha. Dan Almy juga sempat meninggalkan pesan kepada Farha andai suatu hari dia tiada lagi di bumi. Namun hanya nama dan sekeping gambar ditinggalkan. Tanpa sebarang maklumat untuk menghubungi Nia. Lalu,Farha yang dahulunya menetap di London mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air demi melaksanakan wasiat arwah Almy. Apakah agaknya wasiat arwah sepupunya itu, hanya dia yang tahu.

Dengan izin Allah, dua hambanya itu ditemukan dalam keadaan dimana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Pertemuan Nia dengan Farha seolah‐olah memberi semangat kepada Nia untuk meneruskan pencariannya. Farha pula, setelah mendengar cerita sebenar daripada Nia, dia bertekad untuk membantu Nia dalam pencarian cinta sejatinya. Walaupun apa yang diceritakan Nia kepadanya, kadang‐kadang sukar untuk diterima akal, namun, apabila melihat kesungguhan dan kesedihan yang dialami Nia tika itu, dia jatuh kasihan terhadap wanita comel ini. Tanpa disedari, dalam diam Farha menyimpan perasaan kasih terhadap Nia. Namun dia pantas sedar, dia tidak layak memiliki cinta suci itu. Nia milik seseorang. Dan seseorang itu amat bererti kasihnya terhadap Nia.Lalu dia gagahkan diri juga untuk membantu Nia mencari Faremy. Seluruh pelusuk Faremy dijejaki. Akhirnya, dengan bantuan seorang kawan, Farha berhasil juga bertemu dengan Faremy. Tetapi entah kenapa, dia seperti ingin menumbuk Faremy atas apa yang telah dilakukan Faremy terhadap Nia. Namun, rasa geram dihati ditahan. Dia tahu bahawa Nia tidak akan pernah setuju jikalau dia bertindak sedemekian.

Setelah berjaya membuat temu janji dengan Faremy, akhirnya bertemu juga Farha dengan lelaki bodoh didepannya itu. ‘Harap mka aje handsome, tapi stupid tak boleh angkat’ Setelah berhadapan dengan Faremy,Farha menyatakan apa niat sebenarnya. Pada mulanya Farha masih boleh bertahan dengan perangai kerek lelaki ini.

Namun, apabila Faremy mencurigai kejujuran dan kesetiaan Nia, Farha mula naik berang. Dan, akhirnya, kejadian yang sangat dia kesalkan terjadi. Kerana terlalu marah dan geram dengan perangai Faremy, Farha telah terhadiahkan satu tumbukan dimuka Faremy. Faremy yang tidak bersedia terdorong kebelakang. Pada mulanya, Faremy ingin sahaja membalas tumbukan lelaki yang dirasakan terlebih rapat dengan isterinya. Sakit hatinya apabila mendapat tahu daripada spynya yang Nia, isterinya kini rapat dengan lelaki yang bernama Farha ini. Tak cukup rapat dengan Nia, dengan keluarga Nia juga,dia rapat mengalahkan dirinya sendiri, suami kapada Nia.

Namun begitu,niatnya terbatal apabila Farha membuka mulut.

“Ehm, Sorry. Kalau Nia tahu aku tumbuk kau, nanti aku pulak ditumbuknya. Tapi, kau sedarlah sikit Faremy. Nia bukan seperti yang kau sangkakan lah. Dah lebih setahun kau bersama dengan Nia, takkan kau tak tahu perangai dia. Sanggup kau sebagai suami menuduh perempuan sebaik, sesuci Nia curang. Mana perginya kewarasan kau kali ini. Dan, kau ingat, dengan cara kau tinggalkan Nia seorang2 terkontang‐kanting hidup sendiri, membesarkan kandungan yang juga merupakan anak kau, sorang2, Nia boleh bahagia walaupun pada mulanya Nia marah dengan kau? Faremy, Faremy. Pergi balik Nia ke klinik,tak pernah kau ambil tahu. Suami jenis apa kau ni? Macam ni ker perangai seorang lelaki yang akan bergelar ayah? Ada pernah kau terpikir apa agaknya perasaan Nia ketika seorang2 pergi klinik? Pergi beli persiapan baby dia? Ade? Kalau aku jadi kau, aku akan cuba rebut kembali hati Nia, bukan tinggalkan dia, Lari, itulah jalan penyelesaian yang paling bodoh sekali. Dengan tinggalkan Nia, bukannya hubungan Nia dengan kau boleh baik semula. Sudahlah, Faremy, malas aku nak ceramah kat kau. Aku just nak bagitahu, Nia sekarang tinggal beberapa hari aje nak due. Kalau kau rasa ada lagi perasaan cinta dan sayang kau kat Nia, aku harap kau ada disisinya ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak kau. Kalau tak, lepas Nia habis edah, kau lepaskan lah dia, aku boleh jaga Nia kalau kau tak nak terima dia lagi dalam hidup kau. I love her, and for your information I can bet I can make her fall in love with me.” Farha terdiam seketika memikirkan ayat yang baru sahaja terkeluar dari mulutnya. “ Ehm, bagus jugak idea tu. How about let the best man wins?”

Setelah panjang lebar Farha berceloteh, lalu dia terus mengorak langkah keluar dari café itu meninggalkan Faremy yang masih lagi termangu dek terkena ‘hadiah’ daripadanya.

Faremy hanya bisa berdiam diri setelah menghantar pemergian Farha dengan pandangan mata. Termenung dia seketika. Saat ini, malu, sedih, kesal membelengu diri. Malunya kepada Farha, sedih dia mengenangkan keadaan Nia, dan kesal dia akan sikap dan keputusannya sendiri yang meninggalkan Nia dalm keadaan berbadan dua itu. ‘Nia, maafkan Edan sayang..’ Hanya itu yang terungkap dihati. Tak sanggup rasanya untuk berdepan dengan Nia dan keluarga Nia saat ini. ‘Aduhai Allah, kau berikan lah aku kekuatan untuk melalui semua ini.’ Doa Faremy sendiri. Lalu kaki diangkat melangkah keluar dari café itu.

Selepas peristiwa di café hari itu, Faremy masih lagi memikirkan sama ada untuk pulang ke Nia atau melepaskan sahaja Nia. Namun begitu, sesuatu telah berlaku yang membuat Faremy bertekad untuk berjumpa Nia.

Disebabkan masih lagi confuse kerana memikirkan kata‐kata Farha, Faremy sengaja mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu diganggu oleh siapa‐siapa pun, termasuk panggilan dari tempat kerja. Namun, saat dia menghidupkan kembali telefon bimbitnya, ada satu pesanan yang membuat hatinya tekad untuk kembali. Pesanan dari Nia. Pada mulanya, dia terkejut apabila terdengar suara Nia saat mendengar voicemail telefon bimbitnya.

“Askum Edan.” Nia senyap seketika menarik nafas, dan kemudian kembali menyambungkan kata‐kata “Kalau Edan terdengar pesanan ni, Nia nak minta maaf tetang kisah kita, Nia tahu Nia bersalah dalam hal ni, Nia masih lagi lagi dilemma waktu itu. Tapi sekarang Nia tahu dan Nia pasti, Nia sayang dan cintakan Edan seorang aje. Almy adlah kisah silam. Nia minta maaf sekali lagi, dan doakan Nia agar Nia selamat melahirkan anak kita. Kalau Nia tak sempat jaga anak kita, Edan sampaikan salam kasih, sayang Nia pada anak kita, eh. Bye..”

Saat itu, sekali lagi terjatuh air mata lelakinya tatkala mendengar kata‐kata sayu daripada Nia. Tanpa berfikir dua kali, Faremy lantas mengambil kunci kereta dan bertekad untuk menemui Nia. Tetapi, dimana? Edan faremy buntu. Aiman, spynya! Sudah tentu aiman tahu dimana Nia akan melahirkan anak mereka. Lantas, pantas jarinya mendail nomor telefon Aiman untuk mendapat bantuan.

Nia kini sudah berada dihospital, terbaring dia diatas katil yang ditempah dihospital itu. Disisinya, Farha duduk sambil merenung kosong kearahnya. ‘Ah, sepatutnya Edan, suaminya yang berada ditempat Farha, seharusnya, Edan yang menemaninya disisi di saat‐saat yang bahagia ini. Saat mereka bakal mendapat cahaya mata, dan disaat dia bakal bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Edan, Nia minta maaf sebab buat Edan kecil hati. Kalaulah dirinya tidak terlalu lancang untuk menggugurkan kandunagannya itu dahulu, sudah tentu Edan dan dirinya sedang merasai saat‐saat bahagia ini bersama‐sama.

Saat ini, air matanya yang ditahan selama ini, tertumpah jua, membasahi pipi. Farha disisi masih lagi terdiam bisu. Bagi Farha, bukan dia tidak perasan bahawa Nia menangis ketika itu. Dia tahu, namun, dia hanya membiarkan Nia menangis.Farah merasakan bahawa Nia perlu menangis, biarlah dengan tangisan itu, sedikit sebanyak dapat mengubat sedikit sebanyak hati Nia yang tengah sedih menahan rindu kali.

Nia, masih lagi mengalirkan air mata. Dan, dipejamkan matanya, tak mahu Farha melihat bahawa dirinya sedan bersedih, sedang rindu kepada kehadiran seseorang. Seseorang bernama suami.

Ketika Nia memejamkan mata, dia dapat merasa kehangatan ditangannya. Nia tahu dirinya sedang bermimpi. Tak mahu dia membuka mata. Nia takut kalau dia membuka matanya, mimpi indah ini akan hilang sekelip mata. Saat itu, di mimpimya, Nia terlihat Edan disisi, menggenggam tangannya. Erat. Kehangatan dari genggaman Edan seolah‐olah memberi Nia kekuatan memberi Nia semangat. Edan disisi hanya tersenyum memandang Nia. Ketika ini, hati Nia terlalu gembira, terlalu bahagia. Hanya senyuman yang bisa dihadiahkan kepada Edan Faremy, suaminya yang kini telah kembali.

Kembali setelah lama pergi. Pergi meninggalkan dirinya yang bersalah. Pergi Faremy untuk merawat hatinya yang terluka, terluka dek kerana perbuatan lancangnya suatu ketika dahulu. Tapi, kini, Edan Faremy ada disisi. Air mata bahagia mengalir menggantikan air mata rindu itu tadi.

Namun, Nia seperti dapat merasa ada jari‐jemari yang mengesat air matanya. Lantas Nia membuka mata. Saat Nia membuka mata, tangisan Nia semakin kuat. Tangisan bahagia. Bahagia kerana Nia tahu bahawa dirinya tidak lagi bermimpi. Kini, Edan benar‐benar ada disisi. Senyuman bahagia seorang isteri dihadiahkan buat Faremy yang sedari tadi hanya merenungnya.

“Edan......” Ingin sekali dia meneruskan kata‐katanya. Namun, tangisan menenggelamkan segala‐galanua. Kata‐kata Nia hanya terhenti disitu. Saat itu, Edan sudah menarik Nia kedalam pelukannya. Tangisan Nia menjadi‐jadi. Terlerai sudah rasa rindunya yang terpendam. Rindu akan kehadiran Edan, Rindu terhadap suaminya.

“Edan minta maaf, takkan pernah Edan tinggalkan Nia sekali lagi.” Hanya itu yang bisa Faremy ungkapkan. Kepala Nia diusap. Dihadiahkannya satu kucupan diubun‐ubun Nia. Nia yang masih lagi didalam pelukannya masih lagi menangis. Dan, Nia hanya tersenyum. ‘Terima kasih Ya Allah, kau telah kabulkan permintaan hati ini’ Bisik hati Nia. Permintaanya yang menginginkan Edan ada disisi saat dia melahirkan anak mereka berdua. Hari itu, Nia selamat melahirkan puteri sulung mereka - Nur'ain Anayra bersama Edan Faremy, disisi.

Kebahagiaan akhirnya milik Nia. Nia kini adalah Nia yang sebenar. Nia yang dahulu. Nia yang sebelum Amnesia. Nia yang terkenal dengan keletah nakal dan manjanya. Namun, nakal Nia kini adalah nakal seorang isteri kepada suami. Manja Nia kini adalah manja seorang mama kepada puterinya..

Dan, suatu hari, Nia menceritakan segala-galanya tentang kisah silam Nia dan Almy kepada Edan Faremy hinggalah peristiwa bayangan Almy muncul kembali. Nia juga menceritakan siapa Farha dalam hidupnya semasa Faremy membawa diri. Nia tidak mahu ada lagi keraguan ataupun kesangsian antara dia dan Faremy. Nia takut itu semua mengacau kebahagiaan yang baru sahaja dikecapi musnah sekali lagi.

Dan, bagi Edan Faremy, adakalanya cerita Nia meragukan. Hanya dia mampu untuk seboleh-boleh ikhlas menerima, ikhlas mempercayai Nia. Dan Faremy juga bersyukur Nia tidak lagi membanding-bandingkan dirinya dengan Almy. Sempat juga Faremy bertemu dengan Farha untuk mengucapkan terima kasih atas kesedaran yang telah diberi. Tanpa Farha, mungkin bahagia tak akan dirasa kini. "Well, the best already won" Senyum.

Buat Farha, Nia bukan miliknya. Dia tahu itu - sedari dulu. Lantas, Farha mengutuskan coretan salam bahagia buat Nia dan Faremy. Salam pergi tak kan kembali lagi. Mungkin masih ada kebahagiaan buatnya lain hari. Yang pasti, bukan hari ini. Bukan bersama gadis ini. Bukan disini. Kepulangan Farha ke kota London dihantar Nia, Faremy dan juga keluarga Nia dan Almy. Saat itu, keluarga Almy bertanya kapada Nia akan siapa sebenarnya Farha. Nia dan Faremy terdiam. Begitu juga keluarga Nia. 'Bukankah Farha sepupu Almy?'

Buat Almy "Salam perpisahan ditujukan kepada Nia, Faremy dan Nayra. Tempat Almy bukan disini. Bukan dibumi nyata ini. Terima kasih Farha atas 'pertolongan'.." Akhirnya, Almy mengambil keputusan untuk bersemadi semula ke alam barunya.

'Selamat tinggal Nia, semoga awak bahagia. Dan sememangnya Almy sedar, Nia memang untuk Faremy. Nia memang milik Faremy. Dan bukan milikku.'


Di dalam kapal terbang menuju ke London,

Farha tiba-tiba tersedar daripada mimpi. Mimpi yang terlalu lama. Farha menoleh ke kiri dan ke kanan. 'Bagaimana dia boleh berada di dalam kapal terbang? Apa yang terjadi? ' Farha runsing. Dia pening.

......and that's how another story ends.....


Credits to
Miss Editor: Ms Wuteva

**Ana cuba untuk jadikan cerita ini sebagai satu novel. Ehm, tapi masa amatlah tidak mengizinkan. Anyway, I'll try. This is my very first story ever. Time tu Ana Form 5. Ana just dunno how boleh ter-imagine this storyline all. Ana cerita pat my friend, Ms Wuteva. Then, my friend gave me this as a birthday present. Ana happy. (:
Thanx fren!

No comments:

Post a Comment