Sunday, January 8, 2012

Twisties 21

Pintu bilik air diketuk. Irhaz sandar kat dinding belakang sementara menunggu pintu bilik air itu Fatiha dibuka. Lama dia tunggu sebelum Irhaz mengetuk pintu itu sekali lagi. Namun, masih juga tiada jawapan. Irhaz cuba buka pintu itu dari luar, gagal, its locked. Dia ketuk lagi. Risau pulak dia.

"Fati, Fati, open the door please." Pintu diketuk kasar. Diam. Irhaz melekapkan telinganya dipintu. Dia tahu Fatiha ada didalam bilik air itu. Pembantunya ada memberitahunya tadi bahawa Fatiha naik ke bilik setelah sarapan pagi tadi.

"Fati!"Sekali lagi dia memanggil. Apabila tiada juga jawapan, Irhaz cuba membukanya dengan kasar. Cubaan beberapa kali akhirnya Irhaz berjaya membuka pintu itu. Bila dia masuk, Irhaz lihat Fatiha terlantar di dalam ruang shower. Muka Fatiha pucat. Dia cempung Fatiha keluar dari bilik air dan meletakkannya di atas katil.

"Your wife tak ada pape. Dia cuma penat dan kurang tenaga. I think its best if you bring her to the clinic. She needs more vitamins through out her pregnancy." Irhaz hanya mengangguk kepala mendengar nasihat daripada Dr.Haikal doctor keluarganya sejak dari dahulu lagi.

"Mak Ja, nanti masakkan bubur dan bawakan susu HL tu naik atas, berikan kepada Fati. Saya nak keluar sekejap." Pesan Irhaz kepada tukang masaknya. Kunci kereta dicapai dan memandu keluar dari perkarangan rumahnya.

Fatihah sedar dan dia dapat lihat Irhaz tertidur ditepinya. Fatihah cuba bangun, dia hendak ke tandas sebentar. Pergerakannya yang perlahan itu mengejutkan Irhaz yang terlelap di birai katil.

"Where're you going?" Irhaz gosok matanya.
"Toilet."
"Careful." Mata Irhaz memerhatikan sahaja Fatiha.

Bila Fatihah keluar dari bilik air, Irhaz telah bersiap hendak keluar agaknya. Fatihah berlalu ke wardrobenya. Dia nak ambil baju, nak mandi. Dah belengas dah ni dari tadi.

"You shower cepat sikit. We're going out." Terkedu Fatihah dengan kata-kata yang baru sahaja dia dengar.

"You heard me kan? I wait for you kat bawah." Irhaz spray perfume dan terus turun ke bawah.

Fatihah cepat-cepat masuk bilik air dan bersiap. Apa aje lah ni.

3 comments:

  1. bila nak sambung....plizz2...sambung cepat2..tak sabar nak tahu kesudahannya...huhu

    ReplyDelete
  2. Episode 22 dan 23 sudah di post. Maaf kerana mengambil masa yg agak lama untuk reply dan update blog ni :x Busy sikit. InsyAllah, cuti akan datang, akan ada updates. Terima kasih sebab sudi membaca. Kalau ada salah silap harap ditegur. :D

    ReplyDelete