Thursday, May 7, 2009

Bukan Milikku - 2

“Ehm, Papa da buat keputusan,Papa rasa ada baiknya Nia sambung belajar. Study Nia yang tergendala dahulu, harus Nia teruskan. Apa pendapat Nia?” tanya Datuk Haizam.

“Ehm, mama pun rasa ada baiknya Nia teruskan study Nia, tak lah Nia terus kena berfikir pasal urusan syarikat papa dahulu buat masa ni.”sahut Datin Farah yang amat bersutuju dengan cadangan suaminya itu.

Nia yang hanya berdiam sedari tadi hanya menganggukkan kepala bersutuju. Tak lama kemudian, keningnya berkerut memikirkan sesuatu. “Tapi, ma pa, Nia dulu study kat mana? Course?”

“Oh,Nia sebenarnya berada dalam semester pertama di NUS dalam bidang IT in Architecture. Nia minat sangat kat bangunan-bangunan. So, oleh kerana, sekarang zaman ICT, Nia decided of taking that particular course.”

“Ehm..I see..” sekali lagi, Nia hanya menganggukan kepala. Kalau dia tidak setuju pun tiada gunanya, bukannya dia dapat mengingati masa silamnya itu. Walaubagaimanapun, Nia terasa seperti ada yang tidak lengkap dalam kehidupannya kini. Seperti ada yang hilang. Tetapi dia tidak tahu apa-apa. Termenung dia seketika. Namun, lamunannya hanya seketika. Teguran Afel mengembalikan Nia ke alam nyata. “Nia, are you okay?”

“Ehm? Its okay, Im alright, don’t worry. Takpe lah, Nia letih lah. Ma, pa, abang, kak, Nia naik bilik dulu lah eh? Nak rehat jap.” Dengan segaris senyuman, Nia bangun dari tempatnya dan mengorak langkah ke tingkat atas. Semua disitu hanya menganggukkan kepala dan mengiringi langkah Nia dengan pandangan yan berbeza.

Di atas, Nia tidak terus ke kamar tidur, sebaliknya, dia membawa langkah ke taman mini mama yang bertentangan dengan ruang rehat. Disitu, Nia duduk sendirian mengenang nasib dirinya dan cuba mengingati kisah silam. ‘Apa agaknya yang sering aku lakukan pada waktu lapang? Siapakah agaknya teman baikku? Sudah berpunya atau belum aku ni?’ Saat ini, baru Nia perasan bahawa mama dan papanya malah tidak seorang pun antara ahli keluarganya bercerita tentang dunia sosialnya. Ingin ditanya soalan itu, Tetapi tidak tahu ingin diajukan pada siapa. Mama? Mama masih bersedih atas apa yang terjadi kepada aku. ‘Ah, tak kisahlah’

“Nia, betul Nia okay? Do you have something that borders you? You can ask me, you know.” Tegur Kak Leia.

“Ehm, how old am I?” Soal Nia tanpa yang masih lagi termenung kearah taman.
Walaupun terkejut dengan pertanyaan Nia, Leia tetap tersenyum. “ Going to be titled as adult, so yeah, you will be 21 on this coming June 11.”

“Kak, Im wondering, do you know any of my friends? Bestfriend perhaps? I have one right?” tanya Nia lagi.

“Ah, yeah. Ehm, FYI, your BFF is Myra. She’s not any near here for this moment. She’s been overseas for awhile.” Leia senyum lagi.

“Oh, dia tahu Nia macam ni? I mean, Nia ditimpa kemalangan?” ‘Sebenarnya banyak soalan yang ingin kuajukan.Takpe lah, mungkin langkah demi langkah lebih baik buat masa ini.’sambung Nia dalam hati.

“Myra tahu. Tapi, dia cuma dapat kirim salam takziah dari jauh. Dia ada hal yang lebih penting disana.” ‘Oh, mungkin dia ada hal yang mustahak yang harus dia selesaikan, yang lebih penting daripada aku.’ Sambung Nia lagi.

Selepas itu, tiada lagi pertanyaan yang keluar dari mulut Nia. Dia hanya bisa berdiam diri sambil termenung kosong. Melihat Nia yang membisu, Leia mengorak langkah untuk beredar dari situ. Baginya, adiknya itu perlukan masa untuk bersendirian. 'Dik, semoga adik cepat sembuh' getus hati Leia. Mengalir juga air mata yang telah sekian lama ditahan. Sebagai seorang kakak yang terlalu rapat dengan Nia suatu ketika dahulu, dia amat sedih ketika mendapat tahu berita kemalangan adiknya itu, tiga bulan yang lalu. Namun begitu, dia tabahkan diri untuk tidak menangis ketika berdepan dengan mama dan papa. Leia berpura-pura tabah berdepan dengan semua ini. Hanya Shy sahaja yang mengerti bahawa dirinya itu sering kali menumpahkan air mata ketika bersendirian. Dan kerana dorongan lelaki itu juga lah, hingga kini Leia tabah menghadapi ini semua. Kini, dia harus lebih tabah untuk menenangkan emosi mamanya yang terganggu sedikit semenjak Doktor Danel memberitahu bahawa Nia mengalami amnesia akibat daripada hentakan kepala yang amat kuat semasa kemalangan terjadi. 'Ya Allah, tabahkan lah hati ini, kuatkatlah semangat hambamu yang lemah ini. Amin.' Bisik hati Leia.

No comments:

Post a Comment