Thursday, March 11, 2010

Kalau Hati dah Suka

Kalau Hati Dah Suka

Kalau hati dah suka, apa lagi nak dikata – kan?
Tapi, bila keadaan yang memaksa?
Haiz, lain pula ceritanya..
Macam mana kalau tiba-tiba bekas kekasih zaman cinta monyet dahulu,
dipaksa terima sebagai suami?
Kena pulak ego masing-masing kalah Mount Everest,
Hati masing-masing keras, kalah Gua Batu Caves.

Tapi, tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula si dia yang pernah membuka pintu hati,
Apatah lagi hati seorang wanita, sekeras mana boleh pergi?
Setingging mana iman seorang lelaki bernama suami boleh bertahan kan?

Walaupun dua-dua membantah keras pada awalnya,
Namun begitu, sudah lumrah hidup manusia,
Mana boleh menang bila lawannya itu adalah harta dan wang ringgit – kan?

Lalu, di saat pertemuan pertama merungkai segalanya,
Setelah lima tahun memisahkan mereka,
“Aku dah agak, satu hari, kau sure datang balik pada aku” Sombongya Danel.
“Excuse me, ingat I nak sangat ker terhegeh-hegeh kat U” Kiss pun tak nak kalah.

Tapi, bila dah duduk serumah,
Share toilet, share dapur,
Tipulah kalau kata,
Tak tercuit sedikit pun rasa hati.
Hari-hari ngadap muka dia,
Tak timbul ke rasa sayang?

Dia yang pernah disayang,
Dia yang pernah dirindu,
Walau masa dan keadaan memisahkan mereka,
Tak kan tak ada secebis pun rasa tertinggal?
Kenangan manis berdua,
Tak kan telah dilupakan macam tu ajer?
Tak ker rasa macam dejavu bila kadang-kadang ianya datang tanpa disengajakan?
Tak ker hati tercuit tatkala rasa itu datang kembali saat mata bertemu?
Tak ker hati terdetik saat hanya pandangan berbicara?
Mana pergi kata-kata sinis Danel masa itu?
Mana hilangnya jawapan-jawapan sombong Kiss yang biasa melawan semula?

Makin hari makin terasa
Namun ego masing-masing masih lagi utuh dipertahankan.
Entahlah……


Bagi lelaki bernama Danelshah Edanique –
Memang dia mula rasa sayang,
Dia mulai rasa cinta,
Tapi ego seorang lelaki bernama suami
Membuatkan dia berlaku tidak adil.

Buat Nurqeth Adelia Dannes pula –
Cinta? Memang dia cinta,
Kasih sentiasa ada dihati,
Tak pernah hilang walau puas dicuba.
Namun, kenangan pahit yang dialami,
Membuatkan dia takut untuk mempercayai Danel kali ini.
Serik – adalah kata yang lebih tepat lagi.
Serk dia hendak bercinta lagi,
Serik dia hendak katakan sayang lagi,
Serik dia hendak angankan perkara yang tak akan mungkin terjadi.

Lalu, dalam diam Danel mengorak langkah.
Dalam diam Danel cuba untuk menunjukkan rasa hatinya,
Dalam diam, Danel cuba untuk menawan semula hati Kiss.
Baginya, mungkin kali ini tidak lah sesukar mana,
Kerana pengalaman banyak mengajar dia mengenali gadis itu.
Tapi itu semua dahulu,
Time tu Kiss budak baru belajar cinta,
Time tu Kiss dan dia tak ada sejarah hitam,
Time tu hati Kiss tak pernah kecewa,
Time tu Kiss tak ‘kenal’ Danel,
Time tu Kiss tak benci Danel,
Time tu Danel tak pandai selingkuh,
Time tu belum ada yang cemburu,
Time tu mereka bahagia,
‘Banyaknya ‘time tu’, time ni macam mana?’
Haizh – Danel mengeluh…
‘Bukan mudah rupanya’ detik hatinya.
Danel BUNTU…..

Kiss pula, lain cerita hatinya,
Kadang-kadang dia perasan bila Danel tunjukkan rasa sayang,
Kadang-kadang dia tahu bila Danel bisikkan kata rindu,
Kadang-kadang dia sedar bila Danel mula menghargainya semula.
Tiap kali jelas Danel mempamerkan rasa,
Pengalaman menghalang dirinya menyambut huluran kasih Danel.
Pengalaman juga mengajar dirinya berhati-hati.
Lalu, kerana tak nak sekali lagi rebah,
Kerana tak nak sekali lagi dia jatuh
Kerana tak nak sekali lagi hilang semangat,
Kiss merasakan cukuplah sekali itu dia tersungkur.

Namun, saat dia cuba menarik diri,
Hati wanitanya memberontak,
Perasaan perempuannya tak setuju,
Isteri mana tak mahu disayang?
Isteri mana tak mahu dimanja?
Isteri mana tak mahu dibelai?
Wanita mana tak mahu dicinta?
Belaian sayang Danel dari hari ke hari mencairkan hati kerasnya sekali lagi.

‘Ah Danel, memang pandai bermain kata,
Memang pandai bermadah sayang
Memang bijak menawan’
Kiss CONFUSED….

Danel Buntu – Kiss Confused.
Apa cerita ni?
Apa nak jadi?
Kalau masing-masing holidng back,
Bila nak sampai ‘That’s the end of the fairytale’
Bila nak ada ‘and they lived happily ever after’
Susah jugak kan problem macam ni.
Payah jugak kan bila dipikir-pikirkan.
Tapi, sampai bila nak diabaikan,
Sampai bila nak dibuat boldoh,
Sampai bila nak kata ‘to hell with it’
Sampai bila drama Kiss, lakonan Danel nak tamat,
Sampai bila kepura-puraan ni akan bertahan.

Hanya ada satu cara.
Hanya ada satu jalan.
Hanya ada satu penyelesaian.
Jujur tentang perasaan masing-masing.
Jujur tentang hati masing-masing.
Jujur tentang rasa hati yang terpendam.
Tapi, itulah -
Ego masing-masing membuatkan satu jalan itu sukar dicapai.
Ego masing-masing menjadikan kejujuran itu amat payah untuk diberi

No comments:

Post a Comment