Thursday, April 17, 2014

Jangan pernah putus asa.

"Im sorry. We're not a perfect two"
"Kenapa?"
Angkat bahu. "Sikap awak buat saya risau tiap masa."
"Awak give up? Macam tu jer?"
"Tak. Tak mcm tu jer. Saya penat. Dah lama saya perhati. Tak ada perubahan." Jeda. 
"Kaifa, semoga nanti awak akan bertemu pembimbing awak yg lebih baik drp saya. Assalamualaikum."
Kaifa melihat Addin bergerak perlahan-lahan meninggalkannya seorang diri. Dia tak tahu dia patut buat apa sekarang. Menangis ke? Sebab kena tinggal. Marah ke? Sebab ditinggalkan terkapai. Benci ke? Sebab rasa macam kena tipu dengan segala harapan yg ditabur.

Alasan Addin: Tak ada perubahan? Jelaskan. Tolong jelaskan dengan lebih lanjut. Buat esei tidak lebih daripada 2500 patah kata. Sebab, sungguh dia tak faham. Dia tak mengerti. Apakah mmg tidak cukup jelas, ataupun Addin yang buta dalam menilai.  Segala usaha ini apa jadi? Untuk siapa? Buat apa?

Kaifa bergerak menuju ke tandas awam yang paling dekat. Tetapi belum sempat dia masuk ke tandas, dia ternampak musolla. Dia masuk. Buka kasut. Letak beg. Ambil wuduk. Keluarkan telekung, capai sejadah. Dia solat. 2 rakaat. Solat sunat. Solat untuk tenangkan hati. Tenangkan perasaan. Tenangkan minda agar boleh menerima kenyataan ini dengan ikhlas dan redha. Addin sujud lama pada sujud terakhir. Dia bangun, ada air mata yang turut mengalir. Dia istighfar, berzikir. 

"Allah tarik apa yang ada mungkin akan dtg Allah anugerahkan yang lebih baik. Mungkin benar kata Addin, semoga nanti dia akan bertemu pembimbing yg lebih baik drp Addin. Mungkin. Insha Allah."

Telefon bimbitnya berbunyi:
'Balik rumah. Your parents tahu awak keluar dgn saya td. So tlg blk rmh, jgn nk risaukan dorg plk'
Whatsapp teks dari Addin. 

Entah kenapa Kaifa berasa kecil hati. Sungguh dia kecil hati. 
'Am I that bad?' 
'Teruk sgt ke aku ni?'
'Jahanam sgt ke perangai ni?'
 Kaifa bangun, simpan telekung, lipat sejadah. Capai beg, digantung kat bahu. Dia menapak keluar, menuju ke tempat letak kereta. 
VW Golf GTI-nya dipandang sayu. Hurm. Tukar kereta lah. Tukar warna kegemaran, tukar bag, tukar baju, tukar semua. 
Dulu kalau patah hati, sedih ke apa, guntunh rambut, tukar style, tukar colour. Sekarang pakai tudung, kalau buat macam tu tak ada perbezaan pun. Kereta ini, hurmm. Jari dimain-mainkan atas kereta. Kereta jadi saksi dari permulaan cerita, sampai lah ke hari ini. Segala-galanya. 

Dia masuk dalam kereta.
"Tuah, saya sayang awak. Tapi, saya tk blh nak lalui hari-hari baru saya dengan awak. Harap awak faham. Jangan berdendam tau, Tuah."
Tuah: nama yang diberi kepada Golf merahnya itu. 
Enjin dihidupkan. Segala kenangan, memori, tragedi, pengalaman, turun naik cerita mereka, kisah berdua terbayang di kotak pemikiran. Air mata turun mengalir. Tidak putus. Hanya dibiarkan. 

"Awak terima kasih atas cetusan bimbingan selama ini. Terima kasih kepada permulaan peralihan ini. Terima kasih atas pengalaman dan memori. Terima kasih." Kaifa berkata sendirian. Sekadar mahu melepaskan. 


Balik rumah, kunci kereta digantung pada tempat letak kunci sebelah pintu. 
"Kaifa, awal balik?"
Kaifa mendongak. Mama sedang menghias kek di atas meja. Tempahan kek kahwin mungkin, putih semacam. Huh. Dia sedih melihat kek itu.
"Kaifa Aischa?"
"Ye ma? Mama tanya apa tadi?"
"Hurm laa. Mama tanya, awal kamu balik..?" Mama dah berhenti menghias kek tadi dan menghadapnya tapi masih lagi memegang alat perkakasnya itu. 
"Ohhh.." Kaifa letak beg tepi sofa, dia duduk pandang tv. Cerita apa lah mama tonton ni. 'Anugerah Terindah' hurmmm..
Jawapan kepada soalan mamanya tadi masih belum disuarakan. Macam mana nak cakap, 
1. Balik cepat sebab dh kena tinggal. 
(Cakap dgn tone yg kaku?) 
Takpun,
2. Ma, kaifa dengan Addin dh tkde apa-apa dah. 
(Kemudian menangis?)

"Dah tak buat apa-apa, baliklah."
Akhirnya itu yang terkeluar dari mulutnya.
Puan Dian pelik. Berkerut sedikit dahinya. 

"Laa, kenapa? Bukan korang selalu ada jer nak buat ke? Lagipun bukan Addin baru sampai JB ke?"

Haah. Addin baru sampai. Baru touchdown jugaklah kira. Addin balik cuti semester. Dia belajar di Germany, bidang kejuruteraan kapal terbang. 

"Yeap. Kejap je. Dia penat. Jet lag"
"Oohhh. Kaifa dah makan? Kalau belum tolong telefon kan pizza hut delivery boleh? Mama lapar, breakfast tak sempat. Ni kena siapkan before 4"

Dia tak rasa lapar. Hurmm.
Kaifa capai telefon rumah di atas meja di sebelah sofa. 
"Ma, Nandos lah. Muak lah pizza."
"Hurm, sure. Order kan mama Espetada lah." 
"Okay."

Lepas makan tadi, Kaifa naik bilik. Dia gantungkan bagnya di tempat pergantungan sebelah cermin. Keluarkan iphone dan hempaskan diri atas katil empuk bercadar yang warnanya nude. 

Hurmm. Whatsapp dalam iPhone ni banyak sgt memori. Twitter pun sama. Skype pun tk kurang kenangannya. Line, lagilah dengan emoticons yg segala macam tu. So macam mana ni? Photo library, dia buka. Scroll atas bawah. Banyak sangatlah. Macam mana ini?  Macam mana? Apa dia nk buat? Takkan nk bakar phone ni. Dia dongak. Terpandang pula pada macbookpro-nya tepi katil sebelah kiri. Tu lagi lah berlambak-lambak kenangan. 

"Addin, macam mana ni?" Matanya mula merah lagi. 
"Awak tinggalkan saya terkapai macam ini." Air mata mula bergenang.
"Bangun pagi macam mana? Nak tidur macam mana?" Menangis. 
"Subuh. Zuhur. Asar. Maghrib. Isyak. Macam mana?"
"Puasa nanti macam mana?"
"Nak study macam mana?"
"Sekarang ni macam mana?"
Kaifa bercakap seorang diri. Dia buntu. 

No comments:

Post a Comment