Thursday, May 7, 2009

Bukan Milikku - 3

Hujan lebat diluar, dan Nia hanya duduk termenung di jendela biliknya melihat rintik-rintik hujan yang kini sedang membasahi bumi. Entah kenapa dia suka melihat hujan. Dia suka menikmati angin hujan yang basah meniup rambutnya, seolah-olah terasa dibelai, seperti angin juga mengerti bahawa hatinya kini sedang kekosongan.

“Hai,.” Tiba-tiba ada seorang lelaki yang muncul entah dari mana menyapa Nia. Nia yang terkejut, terjerit kecil, pantas mukanya ditutup dengan kedua-dua tapak tangan. Apabila terdengar suara orang tergelak kecil, Nia memberanikan diri membuka mata. Lelaki yang menegurnya itu masih lagi tergelak kecil, terserlah lesung pipit di pipi kanan lelaki itu.

Dengan perasaan geram bercampur dengan sakit hati, dia menyepak perlahan pipi lelaki yang tidak dikenali yang kini entah dari mana dan macam mana boleh berada didepannya.Pelik, tapi benar! “Aduh, sakitlah. Gurau pun tak boleh ker per, girl!” Lelaki itu mengenyitkan mata sambil tersengih macam kerang busuk akibat ditampar gadis manis. Haha (:

“Btw, Im Almy. Salam perkenalan” Senyum lagi.

‘Hish, mamat ni dah kenape, asyik tersenyum aje. Memang lah awak sweet bila senyum, tapi siapa seh awak’? Bisik hati Nia. Dia hanya merenung tangan yang dihulurkan Almy tanpa berniat untuk menyambutnya.

“Girl, janganlah kerek macam ni, I just want us to be friends.” Sambil mulutnya petah berbicara, tangannya panjang menarik tangan Nia agar gadis itu menyambut salam perkenalan yang ikhlas dihulurkan. Sekali lagi senyuman manis terukir dibibirnya.
“Hah, macam ni lah.”

‘Aduh, senyum lagi. Boleh gugur jantung aku kalau guy ni asyik senyum cam ni aje.’ Nia yang masih lagi diam seribu bahasa, melirik jejaka yang bernama Almy didepannya itu yang seiras Chris Evans watak nakal di dalm filem popular Fantastic Four.

“Ehem, dah puas dah belek muka yang handsome ni?” Setelah menyedari dirinya tertangkap kerana memerhatikan Almy, darah merah menyerbu muka. Sekali lagi dia diusik.

“Haha, awak sweet lah bila malu cam tadi. Kalau macam ni, hari-hari saya buat awak malu-malu kucing macam tadi.”

“Kelakar lah panggil berawak2, panggil Nia sudah lah.”
“Ooh, Nia. Ingat girl depan saya ni dah tak de nama. As you wish, Nia, buat apa kat sini malam-malam macam ni? Tunggu vampire masuk tingkap ker? Haha..”

“Tak kelakar langsung pun.. Jangan mempermainkan my most favourite story okay.” Nia menjeling marah Almy yang duduk disebelahnya itu

“Eleh, Janganlah marah girl, I usik je lah. Tapi kan, you look sweet lah. How old?”
“Ehm, this year gonna be 21. Almy?”
“Ehm, I up sikit. 22” Senyum lagi.

“Eh, Nia, I think I should go. Good Night,dream of me tonight. Bye, see you when I see you.” Setelah mengebas-ngebas punggungnya, Almy terus berlalu pergi.

“Bye, sweet dream to you too.” Segaris senyuman dihadiahkan ikhlas buat Almy, rakan barunya itu.

“Ha, kan bagus tu smile macam ni selalu, tak lah urat2 kat muka tu cramp aje.” Senyum lagi si mamat ni tau.

“Oops, sorry, lain kali please cari tempat lah yang selesa sikit boleh tak? Crampped punggung saya duduk kat sini.”

“Haha, siapa suruh awak kacau saya kat sini. Yelah- yelah.”
Setelah Almy hilang daripada pandangan, Nia mengorak langkah untuk masuk ke kamarnya.

No comments:

Post a Comment