Thursday, January 26, 2012

Tentang Dia.

"Come hell or high water, you'll be mine." Berbisik. Dan panahan mata Edd tepat pada wajah Asha. Edd serious. Asha tidak takut. Kosong. Asha tetap Asha. 2 saat. 3 saat. Mereka tetap statik. Tiada siapa yang menyerah kalah. 7 saat.

Sehitam langit di angkasa
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati

Asha terus jalan ke hadapan. Sempat dilanggarnya bahu Edd yang berdiri didepannya itu. Asha terus berjalan dengan muka serius tak boleh belah. Dalam hatinya, ada juga perasaan takut yang menyelinap perlahan. Dia tahu Edd bukan sembarangan. Dia cakap dia buat. But, being Asha yang memang keras kepala, hati batu, perasaan kayu, she will never gonna let his dream come true. 'Edd you've messed with the wrong person.' Bisik hati Asha.

"Dear, are you good?" Kedatangan Anas memang tepat pada waktunya.
"You wont let me down, wont you?" Pertanyaan Anas tadi dibalas dengan soalan juga. Asha mahukan kepastian.

"Thought Ive told you more than thousand times." Anas pelik dengan soalan Asha. Dia tahu dengan izin Allah, Asha akan dilamarnya nanti. Buat masa sekarang, hubungan dia dengan Papanya baru sahaja ingin pulih. Mana Edd yang baru sahaja putus tunang, dia tidak mahu menambah masalah lagi dalam keluarga. Dia takut Papa masuk hospital sekali lagi.

"Trust me. Have faith in me. Dengan izin Allah, we will unite one day. Please." Ingin sekali dia gengggam tangan Asha agar Asha dapat rasakan kejujurannya, keyakinannya. Only that, it needs to wait. Great things are worth waiting I guess.

Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu

* * * *


"Saya terima nikah, Iman Asha Binti Iman Zikri dengan mas kahwinnya, 80 ringgit tunai. " Edd masih tunduk. Hanya kedengaran tuan kadi bertanyakan kepada wali dan saksi. "Sah." Alhamdulillah, dia meraup mukanya. Dua kali lafaz dan kini dia bergelar suami kepada Iman Asha. Dia menoleh melihat Asha yang sedang melihatnya juga. Pandangan Asha kosong. Edd sempat senyum sinis dan mengangkat kening. Asha tetap begitu. Tiada reaksi.

Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut di hati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia


Hiasan bilik yang sememangnya teramatlah indah tidak sedikit pun mengubat hatinya yang hancur luluh, retak seribu. Kejam sungguh dunia ini. Hatinya menangis lagi. Bagi Asha, air matanya seolah-olah kering, walaupun dia masih belum lagi pernah menangis. Kuatkah dia, entahlah. Dia sendiri keliru. Dia sedih seribu kali sedih. Patah hati. Hancur jiwanya, tenggelam perasaannya.

Sarat dek perasaan, Asha tersandar di dinding. Dilihatnya sekeliling biliknya. Putih. Putih bunga Lily. Bunga Lily terhias indah diatas meja, di lilitan kain di tiang empat katil besar itu. Ini semua sememangnya impian, tetapi bukan disini. Bukan waktu ini. Ini sepatutnya menjadi milik dia dan Anas. Kejamnya dunia ini. Asha terduduk. Dia lihat sekeliling lagi. Namun kali ini, dia terpandang kalimah Allah yang tergantung kemas di dinding atas kepala katil. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Dia lupa. Dia alpa. Dia khilaf. Ini kan takdirNya. Ini kan qada' dan qadarNya. Asha terlupa itu. Astaghfirullah. Asha meraup mukanya.

Asha bangun menuju ke dalam bilik air. Pintu bilik air ditutup rapat. Dikunci dari dalam. Asha bersihkan solekan yang ada pada mukanya sedari petang tadi. Penat. Ya, dia penat, dia letih. Letih berpura-pura. Letih berlakon.

Pintu bilik dibuka dari luar. Syaikh Iskandar mencari-cari kelibat isteri yang baru sahaja dinikahinya tadi. Akhirnya. Syaikh Iskandar tersenyum kemenangan. 'Aku dah cakap the best man wins. ' Bisik hatinya. Syaikh Iskandar duduk dibirai katil sambil membuka satu persatu pakaian pengantinnya ini.

"Pa, I want her." Edd meletakkan sekeping gambar diatas meja Tan Sri Adam. Tan Sri Adam berkerut setelah melihat gadis yang didalam gambar itu. Dia mendongak melihat Edd yang didepannya.

"Iskandar, she's Anas' lover. Your brother."

"I knew. Still, I want her Pa." Edd masih tersenyum. Setelah dia terdengar perbualan Papa dengan seseorang bulan lepas, dia yakin dan dia pasti Tan Sri Adam akan tunaikan apa yang disuruhnya ini.

"No Iskandar, Papa minta maaf, Papa tak dapat nak tunaikannya. Papa tak mahu campur urusan kamu dua beradik dan gadis itu." Tan Sri Adam kembali menghadap laptopnya, sambung urusan kerjanya yang terhenti tadi. Senyuman Edd mati. Dia keluarkan sekeping lagi gambar. Diletakkan juga diatas meja Tan Sri Adam. Right beside the girl's picture.

"How about this girl, Papa?" Dia tanya lagi.

Tan Sri Adam terpempan apabila melihat gambar yang kedua. "Nadrah" Terpacul sepotong nama dari mulutnya. Edd bangun, kedua-dua tangannya diselitkan dalam kocek seluar.

"Ya, Nadrah Binti Ali Rafiq. Pemilik Bunga Adamaya. Meninggal ketika melahirkan anaknya. Ring a bell?" Edd berjalan menuju ke pintu. Sebelum keluar, Edd menoleh sekali lagi ke Tan Sri Adam, "What do you think will happen if Bonda dan Anas tahu? Dan bila Is minta hak Is semula? You wont let them suffer, kan?"


Pintu bilik air terbuka. Edd tersedar dari lamunan. Asha pandang Edd. Edd bangun dan berjalan menuju ke arah Asha. Dia melihat wajah isterinya itu.

Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidurku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu

Dipegang pipi Asha agar Asha mendongak melihat wajahnya. Mereka berbalas pandang. Asha masih lagi diam. Hanya menurut. Edd senyum, ikhlas. "Terima Kasih" Edd tunduk mengucup pipi sebelah kanan Asha. Asha sedikit pun tidak melawan. Dia hanya diam menurut. Bila perasan Asha begitu, Edd mula membuka rentaknya. Ciuman Edd kini meleret ke belakang leher Asha.

"Hanya milik Anas." Tanpa sedar Asha terluah hatinya dengan agak kuat. Cukup kuat untuk didengari oleh Edd. Edd berhenti, dan segera menuju ke dalam bilik air.

.......bersambung

No comments:

Post a Comment