Tuesday, November 22, 2011

Twisties 13

"Aku nikahkan dikau, Syed Edzairel bin Syed Mustafa dengan Jannathul Maia Binte Ahmad Dani dengan mas kahwinnya sebanyak 80ringgit tunai."

"Aku terima nikah, Jannathul Maia Binte Ahmad Dani dengan mas kahwin sebanyak 80ringgit tunai." Encik Dani menoleh kepada barisan saksi, pak cik-pakcik Maia dan bertanya, "Sah?" Mereka mengangguk dan menjawab "Sah".

"Alhamdulillah" Semua hadirin mengucap syukur dan memanjatkan doa. Tetapi buat Maia, laju air matanya mengalir ke pipi. Sesal. Kesal. Maia merasakan mulutnya terlalu lancang kelmarin. Kata-kata itu kan merupakan baris-baris doa. Kata orang Melayu, mulut masin. Terngiang-ngiang kata-kata sendiri di mindanya.

"Nanti, wedding day your bestfriend jugak ke yang kena ganti your place depan tok kadi?"

Ah, masa bukan boleh diputarkan. Nak lari, dia buntu memikirkan akibatnya nanti. Dengan separuh rela, dia menerima kehendak keadaan. Hanya dengan satu anggukan dia bersetuju dengan harapan ibu bapanya. Apabila isu maruah dan nama keluarga jadi taruhan, tak dapat dia berbuat apa-apa.

"Maia, tangannya.." Suara Pn.Ayu menyedarkan Maia yang tenggelam dalam dunianya sendiri. Lupa dia seketika yang dia kini dalam majlis pernikahan antara dirinya dan bukan Irhaz. Bukan tunangnya. Bukan.

Maia tidak mendongak. Hanya tangannya yang hendak disarungkan cincin yang diangkat lemah. Jari-jari Edz terasa sejuk ketika menyentuh tangannya semasa menyarungkan cincin. Haizh, cincin itu pun dipilih ketika Edz yang menemani. Karma.

Sebagai balasan, giliran dia pula untuk menyarungkan cincin ke jari Edz. Kemudian, dia disuruh untuk tunduk menyalam tangan Edz yang kini adalah suaminya. Ya, suaminya. Her husband. Not Irhaz, but his bestfriend, Edzairel.

Edz tunduk memberi kucupan pertama di ubun-ubun Maia. Kucupan pertama seorang suami kepada isteri. Lama. Cukup syahdu. Makin berlinang air mata Maia jadinya. Pn Ayu yang mengerti gelodak perasaan anak bonsunya itu, turut sama sebak. Apa nak dikata. Nasi sudah menjadi bubur. Kita hanya merancang, tetapi segala ketentuan itu hanya terletak pada Allah SWT. Dikesat air matanya yang mengalir. Namun begitu, dgn naluri keibuan yg ada, dia tahu, dia yakin Syed Edzairel ini dapat membahagiakan Maia. InsyAllah. Hanya satu doanya, mereka kekal hingga akhir hayat hendaknya. Amin. Pn Ayu berdoa dalam hati.

Semasa sesi bergambar, Edz sempat berbisik kepada Maia "InsyAllah, I wont let u down."
Maia hanya terdiam. Dapat dia rasakan genggaman erat dari Edz seolah-olah mengalirkan kekuatan kepada dirinya yang dari pagi diasak dengan kejutan demi kejutan. Dugaan demi dugaan. 'Allah, tabahkan lah diriku ini' Doanya dalam hati.

Bila malam membuka tirai, yang tinggal hanyalah kaum kerabat Maia dan keluarga terdekat Edz yang datang kelam kabut tadi petang setelah berita disampaikan. Belum sempat pun mereka berbincang dengan lebih lanjut. Oleh itu, En.Dani memanggil semuanya sekali termasuk Edz dan Maia untuk duduk bersama berbincang.

"Assalamualaikum. First, ayah nak ucapkan thousands of thanks to menantu baru ayah. Pengorbanan yang Airel buat sangat-sangatlah dihargai. Tapi betulkan Airel belum ada siapa-siapa?" Edz senyum dan menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu, satu jer ayah pohon, tolong bahagiakan puteri bongsu ayah ini. " En.Dani mengusap kepala Maia. Mengalir lagi air mata Maia tanpa dipinta.Edz menoleh kearah Maia. Dia bawa tangan Maia dalam genggamannya.

"Buat family Airel, saya minta maaf atas kekecohan yg berlaku. Amat-amat rasa bersalah. Tak sangka pula saya, Airel datang saat memerlukan macam ini. Walaupun tak berapa rapat, melalui pertemuan-pertemuan saya dengan Airel sebelum ini, saya yakin, Airel dapat bahagiakan anak saya,Maia. Saya harap sangat pihak keluarga Airel merestui perkahwinan mereka. " Ada air mata yang terbit tatkala En.Dani bersuara panjang lebar.

"Ehem, saya sebagai abang Airel, bagi pihak keluarga kami, memanglah tiada masalah. Malah kami amat bersyukur akhirnya Airel kahwin jugak. Dah berpuluh kali jugak tny, alih-alih jadi jugak. Alhamdulillah. Tapi, kenduri belah kami akan diadakan only when our parents are back from Japan.Tu jer pesanan dari bonda. Dan Airel, Maia, bonda dengan Papa suruh ke sana jumpa mereka kalau ada kesempatan. Bonda nak jumpa menantu dia. "

Edz mengangguk lagi, "Sure. May be, next week. Im on schedule this week. "
"Besok kerja?" tanya Abang Edz, Syed Fahmi.
"Yeap. London. " Dia memandang Maia sekilas. Maia seperti tadi jugak, tak berbunyi langsung. She's still in her own world.
"Ma, Ayah, Maia stay sini dulu ehh, nanti, bila Airel balik, baru Airel bawa dia pergi rumah Airel. Kalau ikut Airel nnt dia tggl seorang pulak kat sana. "

"Sure"

Kat dalam bilik.

"Edz, Maia ikut" Ed yang terkejut, toleh kat Maia. Ikut to London or ikut balik rumah? Keningnya berkerut.
"Ur house" jawab Maia mcm tahu- tahu jer.
"No. Nanti, u seorang kat sana. " Maia rolled eyes.
"Ur house kat london ker jauhnya? "
"Taklah mcm tu, but, kan nnt boring. " Edz dah siap-siap nak balik ke rumahnya.
"Maia ikut jugak" Ed tengok Maia, lama. Jangan lah buat perangai Maia.
" Fine, pack your stuffs. I'll call Nana teman you kat sana. Im off for 4days. "
Maia mengangguk sambil tangannya pantas mengambil barang-barang yang hendak dibawa.

Sampai kat rumah Edz, yang tak berapa jauh tu, alaa, adalah selang few taman perumahan dengan kawasan perumahan Keluarga Maia.

'Bintang Height'
Rumah boleh tahan besar. Ni yang leceh ni, nak kena kemas penat ni. Maia dah berkira-kira memikirkan hal itu. Maia ni stock mim alif lam sin sikit.
Dia tengok kawasan dalam rumah Edz.
"You're living alone?" tanya Maia.
Edz angguk. "Boring aint it?" Maia tak kata ape, setakat angkt bahu.
"How did u manage? Its impossible to be this clean aite?"
"Hahaha. Uve got tht part right darling. Call maid. Every tuesday and friday. " Edz dah angkat beg Maia ke tingkat atas.
"Ahhh... I see" Maia mengikut langkah Edz.
"So.. Which room do u prefer, Mrs.Edzairel?" sengaja dia tekankan disitu.
"I think, I prefer to be your housemate dulu, if u dont mind" jawab Maia perlahan.
"Ofcourse dear." Edz pun membuka pintu bilik sebelahnya dan meletakkan beg Maia di dalam. Langsir dibuka luas. Jelas kelihatan cahaya bulan dari luar.
"I bid you good night first, see ya tml. Besok, Im off to the airport in the afternoon. Transport dtg pick up. So, morning tu, kita breakfast dulu, kays. " Maia tgk Edz.
Edz terlampau baik buat dia, detik hati Maia. Melihat Maia yg mcm tu, Edz menghampiri. Edz pusing badan Maia untuk menghadapnya.

"What is done, is done. Let bygones, be bygones. Ive no regrets of marrying you. We'll start a new chapter, with a new beginning. InsyAllah, with Allah's bless, I promise to guide you to Jannah."
"Thanks. " sepatah Maia reply.



No comments:

Post a Comment