Saturday, November 24, 2012

sekali lagi 2

3 tahun kemudian.

Nadaratul Fea.

dongak. tergamam. pandangan mata tak beralih. terdiam.

telah saya kata, saya akan datang satu kali lagi.

senyum sinis.

dengan yang lain, ya, saya masih ingat.

kembali tunduk menghadap kertas-kertas bacaannya. esok peperiksaan akhir bagi semester kali ini. killer subject - morfologi & sintaksis bahasa Melayu. aduh. dan kenapa perlu awak datang saat ini Uth.

mengangguk sambil tersenyum. dia masih ingat. alhamdulillah. bahagia.

ya, saya datang kali ini, ingin betul-betul bertanya soalan yang sama. boleh awak maafkan saya.

Uth, jalan hidup saya masih panjang. masih banyak yang perlu saya capai -

jalan hidup awak mencapai segala cita-cita adalah di sisi saya. saya pimpin tangan awak, jalan sedikit terkebelakang, kerana bila awak hampir jatuh, saya ada untuk kuatkan langkah. Uth memotong. senyum.

awak kan datang dengan yang lain.

ya, saya datang dengan Uth yang ini. Uth yang dahulu telah lama saya campak jauh kerana saya tahu, awak tak kan pernah menerima. depan awak kini Eidul Uthair. yang benar-benar, percayalah.

awak tak penah berhenti kan. mengapa.

buku bacaan ditutup. memang sudah hilang fokus. heh. memang tak pernah fokus. sejak maya nampak kelibat Uth di tempat letak kereta.

hanya satu. hanya satu alasan yang memang dari dulu. tak berubah. tak pernah goyah.

Uth pandang dalam mata Nada. Nada tunduk.

...dan awak tahu alasan itu.


- bersambung.












No comments:

Post a Comment