Wednesday, March 27, 2013

Taylor Swift

Dengarkan: Kehilangan - Firman


'Dia yang selalu ada. Dia yang kalau bercakap madu pun kalah manisnya. He's the prince charming. He's the perfect guy. He's the guardian angel. Kononnya. dia yang bawak pusing-pusing, habiskan masa dengar the best couple song, habis ikut gaya dream guy version fairytales. Takpun, yang macam Taylor Swift portrayed. The guy yang kat sebelah yang akan senyum dan hanya menggelengkan kepala tanpa komen apa-apa, even gila mana. Dia yang akan datang dan duduk depan rumah, dengan shirt & skinny jeans jalan tersusun, tangan diselitkan ke dalam kedua-dua poket seluar. Mata tak lepas pandang. Tunduk, sebab kan perempuan Melayu terakhir, tak adanya berani nak stop & stare bagai sebab masih ingat pesanan ustazah dulu - 'dari mata turun ke hati'. Dia cuit bahu kiri tapi bila toleh dia hulur bunga ros biru. Nak jatuh air mata, lutut longlai kononnya hati dah nak terbang tinggi langit. Dia senyum. I love you. Dia cakap tanpa suara. Ya, dia hanya luahkan tanpa suara. Dia taipkan tiga kata itu. Dia cari kat google madah keramat tu. Dia mesej berkali-kali. Hantar siang malam petang pagi. Tetapi, dia sememangnya tak pernah keluarkan sendiri, pandang tepat pada mata, ada suara. Tak pernah. Dan mungkin tak akan. Sampai bila-bila.'




"Dila, kau buat apa?' Delilah yang sedang menulis diari dengan pantas menutup buku tebal 1001 cerita itu. Tak kan ada siapa pun yang akan dan perlu tahu. Biar dia simpan rasa malu berkilo tu dalam diri.

"Biasalah, aku revise to do list. Bila kau sampai?" Delilah bangun dari meja belajar, kemas stationery dan masukkan dalam pencil case. Dia bergerak ke katil bila Hajar dah pun duduk bersila, bantal eiffel tower dia peluk.

"Aku touchdown semalam malam."

"Kau tak bilang-bilang pun nak balik eh?" Dush! Satu tumbukan kena bahu kiri Hajar yang tak sempat elak.

"Weyh, sakitlah! Tak berubah perangai." Dila hanya senyum dan angkat bahu.

"Hajar... " Dila diam. Lama. Air mata turun dengan perlahan.

"Aku tahu. Mak long ada sampaikan tadi sebab itu aku naik. Aku ingatkan kau ada class hari ni." Hajar toleh menghadap sepupunya di sebelah kiri.
Bahu Dila dipeluk. Hajar turut sebak.

"Kenapa kau setuju?" Jeda. Tiada jawapan.

"Sebab, aku pun kalau boleh dah malas nak duduk sini. Aku nak pindah. Tapi, bila fikir balik, macam mana dengan kau, diana, jehan, fida. Macam mana dengan hafiz, darr, jhett. Macam mana dengan Gang bawah pokok? Aku tak ready lagi nak lepaskan korang. Jauh tu Hajar. German sana."

"Dah tu kenapa nak ikut juga? Kenapa sanggup buat transfer? Bukan kau kecil lagi. Apa yg buat kau nak pindah?" Hajar pelik. Dila hanya bisa diam. Terkunci mulutnya yang selalu petah berbicara 1001 alasan dan jawapan.

Dia nak lari dari lelaki itu. Tapi sanggup dia tinggalkan yang lain? Yang lain itu kawan-kawan. Rakan susah-senang. Yang buat jahat itu, yang buat baik pun kawan-kawan itu. Ini baru betul, kes kerana kasih hamba turutkan. Kerana sayang, kawan hamba sisihkan. (Okay, rangkap kedua itu melalut sendiri).

"Hajar." Jeda. Hajar menoleh. Masih diam menanti kata-kata dari Dila.
"Kau ingat tak aku pernah cerita pasal Seth?" Hajar berkerut kening dahinya. Selang berapa saat, Hajar mengangguk perlahan.
"Dia tunang orang." Jaw dropped. Hajar terkedu.
"Dia tunang kawan aku. Coursemate aku, Yann. " Dila membuang pandang ke dinding di hadapannya. Kosong.




1 comment: