Saturday, March 2, 2013

Cerita Uth dan Nada.


“Nada, sekarang lain. Nada dah jadi isteri Uth. Segala apa yang Nada nak buat, tanya dan minta izin Uth dahulu. Tak boleh aci redah jer macam dulu. Ingat itu. Okay lah Nada, Bonda nak bercakap dengan Edd ni. Asek balik malam jer dia ni cuti sem kali ini, lebih pulak. Risau Bonda.”

“Okay lah Bonda, nanti Nada call balik bila dah cakap dengan Uth. Assalamualaikum Bonda, good night. Send my hugs and kisses to Edd, Cakap dengan dia, nanti tolong datang sini, hantarkan my dvd collections ehh, yang important Vampire Diaries tau. Hehe, bosan-bosan boleh tengok nanti.”

“Okay, nanti bonda sampaikan. Good night Nada. Take care. Jaga laku dengan suami itu. Kirim salam kat Uthair sekali. Assalamualaikum.” Nada senyum. “Waalaikumsalam.” Talian dimatikan. Pusing belakang, Uth dah dok sandar kat pintu sambil berpeluk tubuh. Huish, dia nih, buat seram orang jer.

“Bonda kirim salam.” Nada melangkah nak keluar dari bilik. Rimas dengan dia ni 24jam. Nak kena kerja cepat-cepat nih. Sampai kat depan pintu, bila Nada nak keluar, Uth halang.

“Ada apa-apa nak cakap?” Yes! Uth dengar semua perbualan antara Nada dan Bondanya tadi termasuk yang part kutuk dia. Saja tak nak kacau, oleh itu, dia kat tepi dok jadi pendengar setia.
“Eavesdropping eh?” Nada kerut dahi. Kepo!

“Tak lah, kebetulan saya nak masuk bilik ini tadi, nak tegur, awak tengah berbual kat telefon. Lagipun, bukan awak berbisik kat telefon tadi. Kuat kot awak berbual dengan Bonda.” Uth masih lagi berdiri. Nada hanya menjeling.

“Ha, ada apa-apa nak cakap tak? Peluang datang hanya sekali. Lepas ini, tak ada sesi rayuan.” Uth senyum. Ego Si Nada ini pun bukan main tinggi juga. Kata dia, kata dia. Degil ya ampun.

“Ehm. Bonda suruh tanya, kalau masa awak fly saya balik rumah sana.” Nampak sangat tak nak kalah dia ni. Padahal sendiri yang nak tidur rumah Bonda.

“Kalau Bonda yang tanya, hurmmm, saya tak bagi. Cakap dengan Bonda, sorry.” Uth dah melangkah turun bawah.

“Eh, wait. Fine! Orang yang tanya.” Nada ada rasa macam nak sekeh jer Si Uth ni. Bukan dia tak tahu yang Uth faham sangat, sengaja jer cari hal. Nada masih lagi kat dalam bilik, dia hanya kuatkan suara. Tetapi, bila tiada respon dari Uth, Nada jengah ke luar. Uth dah tak ada dah kat tangga. Kurangasam! Nada terus turun tangga dan menuju ke dapur. Cari Uth. Nada pandang sekeliling, eh dia ni mana pulak dia menyelinap. Nada cuba jengah ke tandas, kosong. Pintu dapur macam terbuka, Nada keluar, la hai, selipar pula tak ada. Tengok kiri kanan, macam tak ada orang. 

“Uth!” Nada jerit. Tak kelakar ehh! Kalau yer pun nak pergi kedai ker apa ker, cakap lah. Namun, belum sempat Nada pusing ke belakang, ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dek kerana terkejut, Nada pusing dan tutup muka.

“Shh. Sorry. Sorry. Its me. Just me.” Uth yang baru perasan tak sepatutnya dia buat macam itu, makin eratkan pelukan. Rambut Nada diusap perlahan – dengan penuh kasih sayang. Nada masih lagi dalam keadaan terkejut. Satu kucupan singgah di ubun-ubun Nada. Belakang Nada diusap. “Sorry, sorry. Tak kan buat lagi.” Uth lupa one fact yang Nada ni memang kuat terperanjat. Sikit jer pun, dia boleh terperanjat macam apa. Tu belum masuk segmen gayat. Jangan cerita lah. Tingkat empat pun boleh gayat macam tingkat 25.

Bagi Nada, buat pertama kalinya, dia rasa selamat. Selamat bila berada dalam pelukan Uth, yang kini suaminya. Sedikit sebanyak hilang rasa tak pasti. Kerana, bagi Nada, berkahwin dengan Uth sama seperti mencaturkan masa depan dan kehidupannya. Dia tak tahu apa yang Uth janjikan semua itu ditepati. Atau mungkin lebih kepada tak nak tinggi berharap, takut nanti, bila jatuh, sakitnya pasti perit, lukanya pasti dalam.

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Tiada arti semua bila kau pergi
Genggamlah tanganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini



“Nada, awak buat apa?” Uth yang datang entah dari mana, menegur. Nada toleh ke belakang sekejap, tengok Uth sekilas lalu pandang semula ke hadapan. Uth tunduk dan duduk sebelah Nada yang sedang termenung. Suka sangat duduk kat veranda seorang diri, menghadap langit ni ha. Rasanya memang dari dulu lagi Nada suka buat macam ini. Kalau dulu, pernah dia ingat, Nada kata kalau dia sedih, kalau dia rasa nak tenangkan hati, dia akan duduk kat sini. Aman damai perasaan bila tengok langit biru gelap yang terbentang luas, lebih-lebih lagi bila ada bintang. Tetapi, bagi Nada yang paling best bila ada kapal terbang lalu. Nada sememangnya minat kapal terbang dari dulu lagi. Lampu yang berkelap-kelip pada kapal terbang itu buat dia tenang dan gembira. Sepatah kata Cik Bulanhijau, lampu-lampu tu buat dia senyum sampai langit.

Nada hanya diam membisu dari tadi. Haih. Makin susah sekarang kalau nak duduk seorang diri layan perasaan. Ada sahaja Uth nak menyibuk dan mengacau. Nada paling menghadap Uth, tapi masih diam.  Uth dah pelik sambil kerut kening. Nada pandang ke hadapan semula. 

“Diam. Jangan bising.” Uth hanya bisa senyum bile kena tegur macam itu. Mula-mula Uth tak tahu hendak buat apa, terkulat-kulat juga lah dia kat tepi. Ini kerana, bagi dia, macam tak ada point nak duduk termenung macam ni. Kalau dahulu, dia lebih suka, start engine, gerak luar, berkumpul dan duduk lepak dengan kawan-kawan. Malam balik baru study. Esok, bangun pagi, kena bebel dengan mama, tetapi, jadi Uth, mana pernah serik, malam itu dia buat lagi. Bila Uth tengok Nada masih lagi diam, dia baringkan kepalanya ke atas riba Nada. Nada dah pelik. Rasa canggung. Tetapi nak buat apa kan, tak kan nak main tolak jer. Suami itu. Oleh itu, Nada hanya biarkan.

Kalau dahulu, Nada seorang diri, menangis, ketawa, diam, sedih – semua sendiri. Tetapi, sekarang Uth selalu ada. Boleh jadi dimana-mana, walaupun Uth jarang ada bila dia kena kerja. Orang kata, sayang isteri, tinggal-tinggalkan. Kan? Dan, bila Nada rasa Uth macam tak berceloteh lagi, Nada tunduk. Jelas raut wajah Uth, hidung macungnya, mata Uth, diperhatikan. Uth, mungkin kalau awak tak buat macam tu dulu, mungkin sekarang tak macam ni, mungkin sekarang lebih senang. Nada mengeluh dalam hati. Entah kenapa susah dia nak menaruh harapan, menperjudikan nasib, hati dan perasaan.

“Uth. Bangun lah, lenguh dah ni.” Nada merungut. Bahu Uth digoyangkan perlahan. Uth buka mata perlahan. Nada ditenung lama sampai berkerut kening kawan tu. Pelik. Uth bangun bila Nada tak sudah tolak badannya.

“Awak mengeluh tadi, kenapa?” Uth duduk dan menggeliat.
“Huh?” Perasan pulak Si Uth ni. Haizh. Tetapi, kalau nak dikatakan pelik, tak lah, sebab Nada memang tahu Uth memang pemerhati yang paling peka. Cakap sekali imbas pun dia boleh ingat sampai bila-bila. Tak perlu lah nak ulang dua tiga kali, siap sindir bagai. Tak perlu, sekali cakap, Uth tahu, Uth faham dan Uth ingat.

“Awak menyesal ker nikah dengan saya?” Tanya Uth menduga. Dalam hati, janganlah jawapan Nada nanti menghampakan. Sempat juga dia berdoa.

“Apa yang buat awak fikir macam itu?” Tenang Nada menjawab soalan Uth tadi dengan soalan juga. Uth hanya boleh angkat bahu. “Entah. Sebab, Nada, apa yang saya tahu, awak sekarang, makin pendiam. Terlampau pendiam. Awak lebih suka duduk sendiri, dari cerita dengan saya sampaikan saya susah sangat nak tahu apa yang awak fikirkan, rasakan. Awak sedih awak diam, awak suka pun awak diam. Please, don’t do this to me.” Uth kat sebelah seakan merayu. Hanya dengan isteri. This is indeed a limited edition of Eidul Uthair.

Nada terkaku dan masih diam. Nada tak tahu nak kata apa. Patut ker dia luahkan rasa insecure, perasaan tak pasti sebab perkara lepas? Nada paling menghadap Uth. Mata Uth direnung dalam.

“Saya ingat saya tak perlu lagi fikir pasal awak yang akan tinggalkan saya. Saya ingat bila kita dah tak sehaluan dulu, itulah masanya yang saya akan jumpa ketenangan. Tapi, bila awak datang balik, dan pada masa itu, saya fikir cuma satu, saya nak buat awak rasa apa yang saya rasa. Adil? Kejam? Mungkin, entah apa yang saya rasa masa itu saya sendiri pun tak faham.” 

Kan dah terluah. Tapi, yang terluah tak sama dengan apa yang sebenarnya Nada rasa. Yang terluah lebih kepada perasaan dendam sama tinggi dengan rasa ego. Nada gigit bibir. Kenapa dia cakap macam itu? Nada meraup muka. Uth tergamam. Uth terdiam. Masing-masing membisu.  Uth terkelip-kelip matanya. Sumpah, macam nak menitis air mata lelakinya dengar tadi. Uth bangun masuk ke dalam rumah. Tak lama kemudian, Nada dengar bunyi enjin kereta Uth dihidupkan. Dari atas dia nampak Uth keluar pecut kereta. Hilang dalam sekelip mata.


Uth bawak diri ke Nusajaya. Jauh dia memandu malam ini sekadar untuk cari ketenangan. Tadi ada jugak lah rasa nak jer drive ke The Zon. Walaupun dia tahu dia tak akan minum, tapi cukup sekadar dengar lagu, dan cuci mata tengok gadis-gadis Johor Bahru. Dari yang konon-konon jual mahal sampai ke yang memang menyerah. Yelah dah masuk club, tak kan nak keras kaku, duduk relaks one corner tak layan siapa-siapa yang menegur. Tak banyak sikit mesti nak senyum, main mata, meliuk lintuk gerak badan.
I'm gonna pick up the pieces,
And build a Lego house
If things go wrong we can knock it down

Namun, hari ini, Uth tak rasa nak duduk dalam keadaan bingit lagi membisingkan, dia hanya mahukan ketenangan dan fikirkan apa yang perlu dia lakukan. Nak lepaskan Nada begitu sahaja, it is a hell no. Pantang anak Melayu menyerah sebelum berjuang. Come hell or high water, Nada will always be his wife. Bukan kerana ego lelaki yang tinggi sebagai suami, tidak. Hanya kerana dia terlalu sayangkan Nada, dan dia tahu, dia yakin deep down, bahawa Nada juga sayangkan dia.
My three words have two meanings,
There's one thing on my mind
It's all for you

Cuma, mungkin Nada belum pulih perasaannya dek kesilapan yang lepas. Dan, dia perlu baiki itu semua. Untuk dia, untuk Nada, untuk mereka berdua. Uth tarik nafas dalam. Keluhan berat dilepaskan. Sempat Uth berdoa dalam hati. Enjin kereta dihidupkan semula. Pedal clutch ditekan, masuk gear satu, pedal minyak ditekan. Destinasinya hanya satu iaitu pulang ke rumah. Uth memecut laju.


And it's dark in a cold December, but I've got you to keep me warm
If you're broken I will mend you and I'll keep you sheltered from the storm that's raging on now

I'm out of touch, I'm out of love
I'll pick you up when you're getting down
And out of all these things I've done I think I love you better now
I'm out of sight, I'm out of mind
I'll do it all for you in time
And out of all these things I've done I think I love you better now.

2 comments:

  1. Apa yg berlaku dulu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah, memang tak pernah terfikirkan pun apa sebenarnya yg berlaku.
      But, hope these help: http://schyeluvpurple.blogspot.com/2012/11/sekali-lagi-1.html
      dan ini: http://schyeluvpurple.blogspot.com/2012/11/sekali-lagi-2.html

      Delete