Ting.
'Salam. Sofea kirim salam rindu.'
'Busy..?'
Lisa tersenyum kecil membaca teks Whatsapp dari Edan. iPhone dicapai. Laju jarinya menekan keypad membalas teks Edan.
'W'salam'
'Tell Sofea, I miss her too, and there's something from Singapore for her.'
'Nope. Tak busy pun.'
Lisa dan Edan. Mereka kenal pejam celik dah 6 bulan. Dan, sepanjang enam bulan itu, entah kenapa, berkawan dengan Edan, amat mudah. Tiada rahsia. Tiada paksaan. Lisa bebas menjadi siapa dirinya. Tak macam Lisa dengan Kimie dulu. Dengan Kimie, Lisa sibuk berdandan pagi petang siang malam. Semua nak kena tip top. Semua nak kena kemas. Nak kena jaga. Adab sopan, ucap kata. Dengan Edan, Lisa is Lisa. Sempoi je. Tak perlu ada apa-apa. Lisa relaks. Lisa ringkas menjadi dirinya. Muka serabut tahap kusut masai rambut tak kemas, hidung merah, suara serak, pun redah jer.
Dengan Edan juga, telah beberapa kali berjumpa dengan mama dan papa Lisa. Pertama kali Edan dan adik Sofea yang comel gila tu jumpa mama dan papa Lisa, masa jamuan hari raya rumah Lisa.
'Jom. Sofea ajak keluar. *senyum'
'Actually, Sofea punya abang yang suruh Sofea ajak Kak Lisa dia keluar.'
'Ke mana?' Lisa tersenyum lagi dengan Whatsapp teks dari Edan.
"Lisa, gila eh?" Dian, sepupu Lisa yang sedang turun tangga menegur. Tersengih-sengih dari tadi. Dian terus angkat bantal kecil yang berada di sebelah Lisa dan duduk. Bantal itu dipeluk.
Lisa dah malu. Dia hanya menggeleng kepala. iPhone diselitkan dalam kocek. Remote tv kat atas meja dicapai.
"Siapa? Tell me laaahh.." Dian mengusik.
"Sofea."
"Sofea yang cute itu hari itu ker?"
Lisa hanya mengangguk.
"Cheyy, Sofea ker Abang Sofea? Hahah.."
"Mana ada." Lisa cepat menidakkan.
Ting. Bunyi Whatsapp masuk lagi. Lisa baca sekilas dan masukkan semula ke dalam kocek seluarnya.
"Arcade jom! Lepas itu, singgah Ice Skating nak?" Lisa mengajak Dian.
"Kenapa? Abang Sofea yang handsome tu ajak ngedate ker?" Dian dah angkat-angkat kening. Lisa rolled her eyes.
"Teman kan Si Sofea tu lah. Jom lah. Lisa pun bosan ni, awak pun bukan ada apa pun kan?" Lisa dah bangun, switch off tv. Berdiri betul-betul depan Dian yang masih duduk malas di sofa.
"Give me one good reason, why I should go." Dian ligat mengusik. Lisa dah mula tarik-tarik tangan Dian - paksa bangun.
"Sebab, bila berdua yang ketiga itu nanti syaitan..?"
"Hahahaha.. So betul lah, its a date?" Dian dah berdiri.
"Not quite."
"Apasal pulak?"
"Sebab, tinggal berdua time Sofea kena pergi Ice Skating lesson jer." Mereka berdua dah mendaki tangga.
"Yer, dan dia bawak teman pula. Bila lah boleh date berdua jer...." Edan bersuara perlahan bila nampak Lisa datang bersama seseorang.
"Dian, cousin." Lisa memperkenalkan Dian kepada Edan. Dian hanya senyum. Edan pula tunduk sedikit.
"Lisa, free tak malam ni?" Malas dah nak Whatsapp. Telefon lagi mudah, cepat dan ringkas.
"Kenapa? Sofea bukan ada school excurssion to science centre ker hari ini?"
"Tak, bukan Sofea. This time Shah Edanique minta teman pulak."
"Shah Edanique??" Lisa yang sedang sedang mencari sesuatu dalam peti ais agak blurr sebab dia macam tak berapa fokus pada perbualannya dengan Edan. Lisa lapar, dari pagi tak makan.
"Edan lah. Abang Sofea. "
"Oooooohh... Hahah, ingat siapa tadi."
"Yeap Hanna Lisa. Shah Edanique tu nama penuh. " Lisa tersengih sebelah sana sambil menepuk dahi perlahan. Haizh, malu terserlah. Apa sikit punya slow tangkap.
"Free tak? Malam."
"Sekarang tak boleh ker, alang-alang Lisa pun nak keluar kejap nih, nak cari makanan. Malam nanti, I have some online discussion with my friends." Edan yang tadi baring kat sofa terus duduk. Err :x
"I'll pick you up" Edan letak telefon.
"Nah. " Edan serahkan satu paper bag masa teman Lisa makan. Edan tengok jer.
"Apa nih.." Lisa letak sudu dan garpu, beg dicapai. Dijenguk apa yang ada di dalam. Kemudian dia mendongak semula - pandang Edan dengan dahi berkerut gaya you-need-to-explain. Edan hanya senyum hambar.
"Makan dulu." Lisa yang masih pelik dengan perangai Edan hanya menurut since dia pun memang lapar tahap perut dah buat lagu Untuk Dia - Sleeq.
"Lepas ni Arcade eh..?" Edan minum sedikit chocolate milk shake. Bagi Lisa,itu soalan ker kenyataan. Takpelah layan jer lah mat emo ni hari ni, dan Lisa hanya mengangguk sebab mulut tengah kunyah :D
Setelah keluar dari tengahari sampai dah hampir maghrib ni, bila sampai depan rumah Lisa, Edan tekan brek perlahan. Brek tangan ditarik tapi enjin tak dimatikan.
"Lisa, I will be flying to Germany, tommorrow. " Satu persatu Edan sampaikan. Lisa yang tadi baru nak ucap terima kasih dan bye-bye, terdiam. Terkejut dengan apa yang baru dia dengar. Edan. Germany. Relax Lisa. Kau dengan dia bukan ada apa-apa pun. Kawan jer per.
"Study. 3 years." Edan sambung. Tapi masih pandang hadapan. Tak sanggup kot nak tengok Lisa knowing the fact, he's going to miss her like crazy kat sana nanti. Edan sit back.
Ehem. Lisa berdehem. Tak tahu nak kata apa. Cool Lisa. Tarik nafas.
"Whoa. Emm, good luck. Study hard."
"Thanks. " Nak cakap ker tak. Lisa macam tak ada apa-apa pun. Dia jer terlebih emo. Jeda. Silence between them. Masing-masing kelu. Atau ego? Atau dilemma. Atau entahlah.
"Err, Edan the lock. Lisa ada discussion kejap lagi nih. Thanks for the lunch tadi. And arcade and bowling. I had fun. " Lisa cuba untuk senyum. Yelah, kawan nak further study kan bukan nak pergi perang nak kena sedih.
Edan pandang Lisa - lama. Tapi tak kata apa. Lisa, I wish you know.
"Edan, the lock. Im late."
Edan baru tersedar, "Oh, sorry." Edan buka lock kereta.
Lisa buka pintu. "Thanks again and bye." Lisa terus masuk rumah.
'Lisa, sampai hati tak toleh.' Mungkin ada bagus jugak. Baik untuk dia. Dan baik juga untuk Lisa.
Lisa yang dah sampai bilik, jenguk keluar tingkap. Kereta Edan sedang buat pusingan u.
Ting. Satu Whatsapp teks masuk.
'Thanks, knowing you is great'
Ting. Lagi satu.
'Dont miss me while Im gone.'
Lisa tahan air mata. Tahan perasan. No Lisa jangan sedih. He's just a friend. Tapi salah ker menangis kerana kawan? Lisa taip sesuatu - balas whatsapp teks Edan. Kemudian, handphone diletak bawah bantal. Lisa pasang iPod. Cari lagu. Full blast volume. Dia capai tuala, masuk bilik air.
'Dont text while driving.'
Edan baca whatsapp dari Lisa. Jaw-dropped. Hopeless lah dia nih. Tapi, kemudian Edan senyum. She cares.
"Kak Lisa!!! Assalamualaikummm. Kak Lisa, open the door please.." Lisa macam terdengar suara Sofea. Sayup-sayup. Apa kes mimpi Sofea nihh?!
"Kak Lisa..!!" Dengar lagi, siap ada ketukan pintu lagi. Real ker mimpi nih? Lisa buka mata dengan perlahan. Volume iPod speaker yang memang dibiar on play sepanjang malam sampai ke pagi dikecilkan.
"Lisa, Lisa. Sofea datang ni. Buka pintu." Ohh no! It wasnt a dream. Hahaha!! Lisa melangkah ke pintunya dan tombol dipulas. Tak sempat apa-apa Sofea dah meluru memeluknya.
"Kak Lisa, Sofea kena pidah Germany..." Sofea dah menangis teresak-esak. Lisa yang masih mamai dan agak blurr dan terperanjat, hanya membalas pelukan Sofea.
"Sofea, I thought you love it? Ada snow. Boleh pakai macam Suri."
"Noo! Germany dengan Malaysia jauh. Kat sana nanti tak ada Kak Lisa. Tak kan Lisa nak main playground sorang2. " Sofea makin kuat menangis. Lisa turut sebak. Sejak dia kenal Sofea, memang mereka agak rapat. Sofea cerita hampir kesemuanya pada dia.
"Lisa, parents Sofea tunggu dia kat bawah." Dian yang melihat turut sebak, walaupun dia tak berapa nak kenal Sofea - seingat Dian, hanya 2,3 kali jer dia spent time dengan Sofea. Lisa pujuk Sofea untuk turun ke bawah dengan Dian. Lisa mandi kejap.
"Auntie, Uncle. " Lisa tegur dan bersalaman. Lisa tengok luar. Edan tak ada. Hmm.
Sofea masih lagi merah matanya.
"Auntie dah lama nak explain kat dia, tapi tak tahu macam mana. Then bila kena cepatkan transfer, itu yang agak mengejut. Saing pulak dengan Edan yang dah nak mula semester. " Puan Hani, ibu Sofea. Ibu Edan.
"Ni Edan dah pergi dulu. Dia nak kena settle something important. Auntie singgah sini sebab melalak-melalak Sofea kat rumah nk jumpa Lisa before fly. "
"Lisa kirim salam mama dan papa eh. Tak sempat auntie jumpa diaorang. " Lisa hanya mengangguk dan tersenyum. Tumpuannya sebenarnya bukan pada Auntie Hani. Lebih kepada dia yang tak datang atau tak nak datang. Urus luggage - alasan sikit punya baik.
Selepas Sofea tenang sedikit, Pn. Hana dan En. Ghani meminta diri untuk pulang.
"Study pandai-pandai. Behave. Jangan lupa cakap Melayu. Jaga diri, okay?" Lisa cubit perlahan pipi tembam Sofea. Sofea hanya mengangguk laju. Tak tahu nak kata apa lagi agaknya. Sedih amat kot.
Lisa, lagi sedih. Dia lambai perlahan apabila kereta mereka membelok keluar dari kawasan rumahnya.
Ting.
'Lisa'
Ting.
'Edan dah kat airport. '
Ting.
'Well, i wanna say, take care.'
Ting.
'Nnt Sofea & Edan tk ada org teman lagi'
Ting.
'Lisa, bye. '
Ting.
'Lisa.'
'I'll miss you'
Lisa masuk rumah setelah menyiram pokok-pokok bunga mama kat luar rumah. Dia tutup pintu dan terus ke dapur. Dian sedang sarapan.
"Lisa, ur hp bunyi - few times. Text messages, I think. " Lisa mengangguk. Dia masuk ke ruang tamu dan ambil iPhone nya yang di atas meja kopi. Whatsapp texts dari Edan. Banyak. Lisa diam kejap. Tak tahu nak baca ker tak. Dah lah pergi macam tu jer. Lisa tarik nafas berat. Dia bangun dan melangkah ke tingkat atas. Lisa masuk bilik, duduk atas katil. Dia baru teringat akan paper bag yang Edan bagi semalam yang diletakkan di atas meja belajarnya. Lisa bangun dan capai paper bag itu.
Pandora.
Bracelets.
Hmm. Lisa dah kelu lidah.
Lisa buka kotak Pandora tu.
HOMG! "EDDAAAAANNN!!!"
Dian yang kat bawah dah tergopoh-gapah naik ke atas, ke bilik Lisa.
"Lisa, kenapa?" Lisa pandang Dian. Matanya dah merah. Kejap lagi empangan pecah lah tu.
"Dian, kau tengok lah apa Edan bagi.." Lisa tunjukkan Pandora bracelets with 3 cute lil Eiffel tower charms. And with some other charms hanging.
"Pandora?! Seriously, Edan!" Dian pun dah teruja. Siapa tak, cakap sikit. Pandora kot! Dian belek bracelets sambil duduk kat atas katil Lisa. Lisa capai iPhone. Dia ingat nak call Edan ucap terima kasih. Dan, bila dia ternampak Whatsapp notifications dia teringat balik kepada texts tadi.
"Lisa, ada card." Lisa yang tengah fokus pada teks Whatsapp dari Edan toleh ke arah Dian. Dian hulurkan kad yang dia terjumpa dalam kotak bracelet itu.
'Dear gorgeous, knowing that I'll be missing you -
Im sure, it will cost me everything to be tough.
And I know it is a lot to ask,
but, wait for me?
My flight is at 1630pm - terminal 3, Gate 2.
Meet me at the airport, if its a yes.'
"Dian...??!!" Lisa dah menangis. Lisa tengok jam. Sekarang pukul 2.30pm. JB to Changi Airport eh?
go and grab him lisa
ReplyDelete