Saturday, October 6, 2012

Satu hari nanti (1/2)


“Tapi awak janji macam-macam.”
“Itu dulu. Sorry.”
“Dulu. Sekarang. Apa beza?”
“Dulu saya kat sini. Tak ke mana.”
“Sekarang, awak kat sana. Dan ada dia.” Lisa angguk faham.
“Lisa, sorry.” Lisa tarik nafas panjang. Dia senyum. Dia pusing menghadap.
“Tak pe.”
“Saya tahu awak kuat, Lisa. Take care. Bila-bila, kita jumpa lagi.”
Lisa senyum lagi. Matanya memerhatikan langkah yang menjauh itu. Ada air mata yang turun mengalir. Satu persatu kenangan bersama dia bermain difikiran. Kisah mereka. Cerita lama. Sebelum ada yang ketiga. Lisa mengeluh. Dia kesat air mata dan turun dari buaian yang didudukinya sejak sejam yang lalu. Tanpa dia sedar, dah sejam dah dia di situ keseorangan.

Lisa keluarkan cenderehati yang dia beli dari Paris dari poketnya. Ya, itu untuk si dia. Tapi sekarang, buat apa lagi. Dah tak ada guna. Lisa letak cenderahati itu tepi buaian. Dan, dia mengorak langkah.



“Abang Edan, tengok apa Sofea jumpa.” Sofea menunjukkan satu botol kaca kecil yang ada reben di penutupnya. Dalam botol itu, banyak bintang-bintang kertas. Dan ada keychain Eiffel Tower.

“Sofea, letak balik. Itu kan bukan Sofea punya.” Edan jalan perlahan kearah Sofea.
“Tapi, abang, ada Eiffel Tower. Sofea suka Eiffel Tower.” Sofea dah buat muka comel, matanya yang besar itu dikelip-kelipkan sambil tersenyum.

Edan dah berkerut. “Pandai jer dia step cute eh?” Pipi Sofea dicubit perlahan.
“Pleeeeeease…” Sofea dah peluk erat botol itu sambil mendongak kearah abangnya. Edan duduk cangkung.

“Kalau apa-apa ikut balik nanti, I don’t want to help you.”
“InsyAllah abang. Kalau kita solat 5 waktu, hantu takut.” Edan dah geleng kepala. Budak-budak sekarang makin cerdik menyusun kata.
“Dah, cepat! Kata nak main swing.” Edan angkat Sofea dan dudukkannya di atas buaian tadi. Tangannya menghayun buaian itu perlahan.


Lisa dah lambat. Hari ini hari pertama untuk semester ketiga. Kalau boleh dia nak jadi antara yang terawal, tapi ada jer selalu benda yang tak kena yang buat dia lewat ke kelas. Sigh.

Dalam tergopoh-gopoh, Lisa terlanggar seseorang, habis iPhone yang dipegangnya itu terjatuh kerana terkait dengan earpiece yang dipakai.
“Sorry, my bad. Im so sorry.”
“Its fine. It happens all the time.”
“iPhone awak? Okay tak?”
“Tak pe, ada cover.” Lisa tak dongak pun. Lepas dia kutip earpiece dan iPhone dengan pantas dia beredar dari situ.
Lepas Lisa pergi, Edan perasan ada sesuatu yang tertinggal di lantai. Mungkin kepunyaan gadis tadi. Dia kutip. Eiffel Tower keychain. Macam pernah nampak. Hmm. Edan berfikir sejenak. Dia masukkan keychain tadi dalam poket dan turut melangkah pergi.

Lisa tengok iPhonenya, haizh hilang sudah keychain kesayangan. Memang kalau dah tak ada jodoh itu, tak boleh nak kata apa lah kan. Semua nak hilang. Sigh. Lisa melepaskan nafas berat. Tak pelah, mungkin this is a start of something new. For her, at least. Allah knows best. Lisa kuatkan volume iPod dan terus pandang ke luar bas.

Tuk. Tuk. Tuk.
“Sofea, dah tidur?” Edan bersuara dari luar.
“Belum, masuklah its not locked. Sofea tengah buat homework.” Sofea jerit dari dalam bilik.
Edan masuk mengusap kepala Sofea yang sedang duduk di kerusi meja belajar dan terus berbaring di atas katil Sofea.

“Yeapp. Spill it!” Sofea dah letak pensel dan pusing duduk menghadap Edan.
Hahaha. Edan menggeleng kepala. Macam mak nenek adik dia yang seorang ini. Edan duduk kembali dan keluarkan keychain yang dia jumpa tadi.

“Ni macam adik punya kan?” Dia tunjuk keychain itu kepada Sofea.
Sofea tenung dan mengangguk laju. Dia lompat turun dari kerusi dan bergerak ke arah meja soleknya. Laci pertama dibuka dan keluarkan botol kaca yang dijumpa  di taman permainan beberapa bulan lepas.

“Aah lah. Sama. And..” Sofea ambil keychain dari Edan,
“boleh sambung lah abang. Hmm.” Sofea dah berkerut dahi tengok Edan.
“Mana abang dapat ni?” Edan angkat bahu.
“Abang terlanggar orang then phone dia jatuh. Dia punya kot.” Edan angkat bahu sekali lagi.

“Haa. Assalamualaikum awak.” Edan menegur. Dia kenal gadis itu. Dia kenal beg besar belang-belang. Dia kenal gaya anggek dengan earpiece kat telinga itu. Gadis kelam kabut yang dilanggarnya tempoh hari. Tapi, macam sombong jer lagaknya. Tak toleh pun seh.

Edan jalan laju sedikit dan berdiri tepat di hadapan gadis itu menghalang Lisa daripada terus melangkah. Lisa dah pelik. Siapa pulak yang mengacau petang-petang macam nih. Aku dah lah penat. Sorry dude, its not a good time. Move aside!

Edan menyusun sepuluh jari macam nak minta maaf. “Chop. Chop. Wait a minute. Please.”

Lisa mengerling jam di tangan dan cabut earpiece dari telinga. “Yer, nak apa?” Bahasa jiwa bangsa lah bro!

“Awak ada keychain Eiffel Tower kan? Yang sangkut kat phone awak dulu.” Edan pun dah tak tahu macam mana nak mulakan bicara. Entah kenapa dengan dirinya, dia pun tak berapa nak mengerti. Yang dia tahu, dia nak sangat berkenalan dan pulangkan keychain gadis ini.

“Err. Keychain Eiffel Tower tu ada satu jer ker dalam dunia? Salah orang. “ Lisa dah nak mengelak ke tepi. Malas nak layan. Mamat tu dah tergaru-garu belakang kepala yang tak gatal.

“Tapi rasanya tak banyak yang ada pasangan. Dan cuma ada seorang jer yang saya langgar yang buat benda tu jatuh that day.” Langkah Lisa terhenti. Dia tarik nafas berat dan berpusing semula.

“Kalau nak pulangkan, pulangkan. Kalau tak nak, its okay, I don’t mind” Lisa senyum.

“Saya akan pulangkan, tapi, the problem is, its not with me now. Its at home.” Edan berjalan untuk menyaingi Lisa yang sedang menuju ke kedai Cool Blog.

“Chocolate Milk Tea satu with pearl.” Order Lisa.
“Make it two.” Edan bersuara dari tepi. Lisa dah seram. Macam kena stalk pulak dia hari ini.

Setelah mamat tadi dengan rela hati membayarkan sekali milk tea tu,
“Thanks. Tapi  errr…?”
“Edan.”
“Okay, Edan, I really don’t mind if you wanna keep it. I don’t need that anymore. Kalau boleh, I memang nak buang jer. So, do you get it now?” Lisa dah goncang-goncang milk tea dan cucuk straw.

“Tapi, Cik err…”
“Lisa.”
“Cik Lisa, okay. Tapi, entah macam mana nak jadikan cerita, saya pun ada pasangannya. Surprised?” Langkah Lisa terhenti.
“So, you have the wish bottle then?” Edan mengangguk. Lisa dah jaw-dropped. How on Earth. Hmm. Sigh.

“Its fate. Its jodoh..?” Edan tersengih. Menyeringai lebih tepat.
“Nak balik tak semua itu? I think it must be quite expensive and its not local kan? And Im pretty sure it means something. Kan?” Edan sempat kenyit mata.

Dan kerana janji yang termeterai hari itu, Lisa terpaksa memandu seorang diri hari ini ke Starbucks Setia Tropika, semata-mata nak ambil keychain set yang dibelinya dari Paris dahulu. Dia tak nak ambil kalau boleh, biarlah benda itu semua hilang dari pandangan, tetapi, entah kenapa dia masih juga menepati janji itu.

Setelah memakirkan kereta, dia melangkah perlahan, masuk ke dalam Starbucks. Pandang kiri kanan, agak kosong. Belum lagi nih, tunggulah petang sikit nanti, confirm banyak orang punya.

“Javachip venti satu.” Lisa buat order dan keluarkan kad Starbucks.
“Top up dulu eh. RM30.”
“Assalamualaikum,Kak Lisa eh?” Tegur satu suara. Lisa pandang kanan. Lisa angguk perlahan kepada budak perempuan yang menegurnya tadi.

“Saya, Sofea. Anna Sofea. Adik Abang Edan.” Sofea hulurkan tangan nak bersalaman. Lisa yang tergamam dengan kepetahan Sofea hanya menurut. Sempat dia tersengih.

“Abang Edan kata, dia duduk kat sana. Lepas order, jom join us.” Lisa memandang ke arah kerusi yang ditunjukkan Sofea. Kat bahagian luar. Lisa nampak Edan yang sedang duduk. Edan angkat tangan sambil tersenyum.

“Adik dah order belum?”  tanya Lisa.
“Dah. Kitorang memang dah lama kat sini.”
“Oh. Kat Lisa lambat sangat ker?” Lisa beralih ke kounter menunggu dan ambil Javachip yang sudah siap. Seperti biasa, dia ambil tisu, lipat cantik-cantik dan balut javachip cup dengan tisu tadi.

“Tak ada lah. Sofea ada tuition tadi. Sekarang dah habis.” Tuition kat Starbucks?! Kencang kau dik! Bukan main demand gila! Haizh, budak-budak sekarang.

“Dah jom..” Lisa dan Sofea melangkah ke meja yang ada Edan.

“Nah.” Edan serahkan beg Juicy Couture. Dahi Lisa dah berkerut. Tetapi, bila dia tengok isi kandungannya, baru dia faham. Aiseh! Ingat baru nak step terharu bila dapat barang Juicy Couture dari mamat baru kenal ini. Sekali beg jer, Haila.. Betul-betul punya mimpi sampai ke bintang nih.
           

‘Assalamualaikum. Thanks for the Juicy Couture iPhone casing. It was so unncessary. Anyway, thanks again.’

Lisa rasa serba salah bila balik jer tadi bila dia nak keluarkan wish bottle tu, dia nampak ada Juicy Couture iPhone Casing. Terperanjat okaayyh. Andd egggsaaaiitedd okaayyy.. Happy kid tau nih. Macam tahu-tahu jer. Dan bila dia nampak phone number yang diselitkan pada kotak iPhone tu, Lisa rasa dia perlu ucapkan terima kasih. Haizh, ini Edan manyak naughty. Sengaja tau nak suruh orang contact. Hmmph.

Ting. Whatsapp text masuk.
‘Oh, tak apa. J’
‘Saya tengok, awak punya iPhone casing tu pun macam cracked jer tepi dia. Confirm sebab jatuh that day.’
‘Anyway, how’s the casing. Saya main pilih click-click jer.’ Online memudahkan segalanya. Tak payah nak drop by any kedai. Click –click here and there, tadaaa. Siap delivery lagi. Ngeh. Ngeh. Ngeh.

‘Love it, thanks. Next time tak payah susah2.’ Aiseh, next time ehh Lisa? Macam confident jer.
‘Takpe *peace ‘
‘Okay, Salam goodnight untuk Sofea. She’s adorable gila btw. Assalamualaikum.’
‘Untuk abang Sofea tak ada goodnight wish ker? L’
‘Waalaikumsalam. Bye.’

Lisa geleng kepala bila baca Whatsapp Edan. Nak wish ker tak nak. Hmmm.
‘G’night’ Wish jer lahh! Lisa blushing sendiri. Okay, tinggalkan phone sebentar. Malu dah tahap tera giga dah nih.

Hahaha! Edan dah gelak sorang-sorang kat ruang tamu. Padahal tengah tengok bola. Bupp! Tak pasal-pasal, satu bantal kecil dibaling tepat kena muka.

“Weyh, Edan, dah kenapa? Angau?” Tanya Laila, adik kembar perempuan Edan yang sama-sama hantu bola. Tapi, dah baik lah tu. Seorang Manchester United die hard, seorang peminat Oscar dan Torres. Haila. Memang bom meletup gunung berapi punya style malam nih.

Tetapi, yang Laila pelik, Si Edan ni biasanya kalau match macam ni, memang handphone kemana. Tumpuan memang tak lari dari tv. Ni kalau dah siap tersengih-sengih mesti ada apa-apa nih.

“Abang Edan jumpa his other half.” Sofea yang sudah pakai pyjamas yang sedang turun tangga menyampuk.

“Eh, hello. Budak kecil, tak payah nak macam faham ehh.” Edan dah pandang Sofea dan membelakangi Laila. Siap buat isyarat senyap-jangan-bagitahu-orang-lain. Tetapi, Sofea, is Sofea. Mana makan saman, siap dijelingnya Edan lalu duduk sebelah Laila.

“Spill it Sofea. What’d I miss?” Laila dah berdiri sambil cekak pinggang. Nasib baik tengah half-time.

“Nothing! It. Was. Nothing!” Edan pula tukang jawab. Dia dah bangun nak pergi dapur. Have a break. Have a Kit Kat. Lari!


**to be continued. 

No comments:

Post a Comment