Thursday, May 3, 2012

Twisties 24

Sampainya Fati ke Malaysia semula setelah dia tamat dengan pengajian bukan 1 sijil yang dibawa pulang, tetapi dua; sarjana dan sijil penceraian. Kedua ibu dan bapanya tak pernah tahu akan perkara ini. Mungkin sukar untuk diceritakan, payah untuk dijelaskan. Biarlah hanya mereka berdua yang mengetahuinya. Dia sendiri malu untuk menghebohkan perkara sebenar. Takut nanti ada yang tidak percaya, dia pula akan dipersalahkan.

Bup.
"Maaf. " Fati tunduk mengutip passport dan boarding passnya yang berterabur.
"Sorry, my bad" Fati mendongak.
"Irhaz..? Is that you?" tanya Fati.
"Errr.. Yeah. And you are?"
"Fatiha? Ring a bell?"

Mereka secara kebetulan menaiki kapal terbang yang sama. Irhaz dan Fati kawan lama. Kawan sejak dari foundation masa sama-sama nak amek Ijazah Perundangan. Walaubagaimanapun, harapan Fati retak seribu, apabila sesampainya mereka di KLIA, Irhaz dijemput oleh Maia. Perlakuan mereka berdua diperhatikan dari jauh. Entah kenapa, sejak hari itu, Fati sengaja memporak perandakan hubungan Irhaz dan Maia - secara halus. Lebih-lebih lagi, bila dia tahu, Edz, rakan baik Irhaz ada simpan perasaan kepada Maia. Ini memudahkan perancangannya.

Fati meraup wajahnya. Bila terkenangkan semula perbuatannya dahulu dan kebaikan Maia, dia menyesal. Menyesal sangat-sangat. Dia malu sangat dengan Irhaz. Nak perbetulkan semula keadaan, kisah mereka kini sudah terlampau jauh. Bila dia lihat Maia hari itu, Maia dan Edz nampak bahagia. Kisah dia dan Irhaz juga sudah agak jauh. Tangan Fati jatuh ke perutnya. Dia pula kini, bakal menjadi ibu.

Fati perasan akan perubahan Irhaz setelah mendapat tahu bahawa dia mengandung. Tetapi, jelas sekali Irhaz seperti memaksa dirinya untuk menerima segala kenyataan. Irhaz masih lagi kaku, masih lagi 'cold'. Mereka berdua masih lagi membuat hal masing-masing. Belum ada kata-kata sayang dari Irhaz. Yang ada hanya, rasa tanggungjawab dan ambil berat. But, isnt she supposed to expect all these? She isnt supposed to hope that life will be as beautiful after what has she done to Irhaz? Irhaz pun manusia, ada hati dan perasaan.

            *                *            *       *               *            *       *                *            *       *                *


"Kenapa awak tak tegur dulu and things wont get so complicated to me?" Tanya Maia yang sedang duduk menonton tv. Mata dia tak pandang pun Edz kat sebelah. Edz senyum. 
"Do you know that it takes quite a courage for a guy, to stand up and say hi?" jawab Edz.
"Naah, yer jer. I thought guys would be guys. Main aci tegur jer." Maia toleh sekilas pandang. Edz gelak.
"Hai Maia, boleh kenal. Mintak number? Please lah ehk, I bet you tak kan pandang." Edz dah rolled eyes.
"But, I think, if you tegur with your uniform on, the case would be different." Maia tersenyum sedikit. Lil secret is, Edz tak pernah tahu Maia memang ada something for uniform guy. 
"Naah, I dont think I need that. Well, as you can see now. Without saying hi pun, I dah dapat dah my dream girl." Edz senyum lebar. Turn Maia pula rolled the eyes.
BIla lihat Maia diam seribu bahasa, Edz bersuara. "But, I have to admit, my heart had broken to pieces once I know your name is Maia and you're with Iyaz." Edz tenung Maia di sebelahnya. Maia yang perasan Edz merenungnya, menoleh kearah Edz. Padangan mereka bersatu. Masing-masing terdiam. Lama. 


Perlahan-lahan Edz cuba mendekati wajah Maia. Akhirnya, satu kucupan singgah ke bibir Maia. Dan Maia, dia seakan tidak menolak. Hanya membiarkan. Maia tutup matanya rapat. Edz, mengorak langkahnya perlahan demi perlahan. Satu demi satu. "I love you, Maia." Edz sempat bisikkan itu di telinga Maia. And the rest is history. . . .

















1 comment: