Friday, March 16, 2012

Twisties 23

"Irhaz. Tak ada ker ruang in your heart for me?" Berkerut pelipis Irhaz mendengar soalan daripada Fati yang sedang duduk kat bar dapur. Irhaz baru keluar toilet, basuh kaki. Irhaz tenung wajah sendu Fati. Dia tarik nafas panjang. Irhaz ikut sama duduk, berhadapan dengan Fatiha.

"She was something for me." Air mata Fatiha mengalir perlahan, tapi dia senyum. Fatiha tahu dia ada peluang.

"Thanks." Fati bangun dan beredar naik ke atas, ke biliknya. 'I will make him love me' detik hatinya.

Dia tak pernah jatuh cinta pada sesiapa. Oleh itu, bila Mama dan Papanya suruh dia berkahwin dengan lelaki pilihan mereka, dia terus setuju. Masa itu, Fati baru habis pengajian ijazah di UM dalam undang-undang.

Lepas kahwin dia ikut suaminya ke Australia. Mereka ke Australia atas dasar urusan syarikat Naufal, suaminya. Kat sana, Fati sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Namun, Fati tahu sejak hari pertama perkahwinan lagi, Naufal seakan tidak sukakannya. Atas alasan apa Naufal setuju untuk menikahinya, dia sendiri tidak mengerti. Tiga tahun dia sabar dengan perangai dan sikap Naufal. Kat rumah, mereka jarang sekali bercakap, spend time macam pasangan yang lain. Nak kata tak kenal, orang lain pun ada jugak yang kahwin atur macam ni, tapi kebanyakannya Alhamdulillah, bahagia jer. Mereka?? Cakap pun tak, apa lagi nak date, kongsi masalah ker, ramah mesra ker. Harapanlah.

Satu hari Fati balik rumah, dia terperanjat dengan keadaan rumah yang agak bersepah, tv tak off, lampu still on, bersepah paket-paket titbits kat atas meja. Dia angkat
bantal-bantal kecil yang berterabur kat lantai.

"Haila, orang dah lah tengah penat. Siap overnight kat campus lagi nak siapkan tesis pny pasal, balik bersepah. " Fati melangkah ke dapur, dia lihat macam ada orang baru lepas masak semalam. Dahinya berkerut.

"Naufal." Fati mencari Naufal. Dia panjat tangga menuju ke tingkat atas. Dia lihat pintu bilik Naufal tak tutup rapat. Fikiran Fati masa itu dah melayang, fikir perkara-pekara yang bukan-bukan. Dia jadi takut. Takut nak terima kemungkinan kalau apa yang dia fikirkan itu adalah satu kenyataan. Dengan perlahan, dan teragak-agak, Fati tolak pintu bilik Naufal.

Bila pintu terbuka luas, Fati tergamam depan pintu. Dia menutup mulutnya. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Dia terpaku kat depan pintu melihat kenyataan yang didepannya kini. Air mata mengalir deras, tetapi tiada satu suara pun yang keluar.

3 comments:

  1. to be continue..........when??huhu, hope ASAP cuz i luv readin this twisties

    ReplyDelete
  2. InsyAllah, actually dah ready the next episode, tapi bila review macam pendek sangat. So, I need to write more. Terima kasih sebab sudi membaca.

    ReplyDelete