Tuesday, February 7, 2012

Tentang Dia 6

Asha termenung lama di sisi katil ward budak lelaki itu. Dia semacam tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang. Adakah ini hikmah atas semua yang berlaku kebelakangan ini. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia marah. Dia kecewa. Dia sedih. Tetapi kenapa? Sebab Anas rahsiakan perkara ini? Sebab Anas tidak jujur kepadanya akan rahsia ini? Tapi, dia bukan dengan Anas lagi, dia sudah berkahwin. Ini ker sebabnya Edd berkahwin dengannya? Edd dah tahu dahulu tentang perkara ini dan Edd berkahwin dengannya atas dasar simpati? Atas dasar ingin menolongnya? Tanpa Asha sedari, air matanya mengalir.

Asha masih lagi memerhatikan raut wajah budak lelaki itu. Adam Shah Putra namanya. Adam Shah Putra Bin Anas Shah Putra. Memang sah anak Anas.

Pintu ward terbuka, Asha toleh. Anas. Asha bangun dan ingin keluar.

"You must've been hating me now." Anas bersuara. Langkah Asha terhenti. 'I cant hate you. I loved you all this while' detik suara hatinya. Tapi tak kan itu yang dia nak cakap kat Anas kan? Asha berpaling menghadap Anas.
"I dont hate you. " Asha paksa diri untuk senyum. "Terima kasih sebab kenalkan saya dengan Edd" Asha buka pintu dan terus keluar dari ward itu. Sebaik sahaja dia keluar dari ward, air matanya yang ditahan dari tadi jatuh. Asha menangis. Dia duduk di kerusi menunggu yang disediakan. Jauh dari ward anak Anas.

Tiba-tiba ada tangan yang mengenggam jarinya. Asha toleh kanan. Edd. Edd tarik dia ke dalam pelukan. Asha tak menolak. She badly needs that now.

"Is this why you kahwin dengan I?" Asha bertanya dalam sedu sedan. Edd diam. "Edd.." Asha dongak dan tarik diri daripada pelukan Edd. Edd tak jawab apa-apa. Edd tengok dia lama. Kemudian Edd geleng kepala. Dahi Asha berkerut. "Cut it out. Cards on the table"
Asha kesat air matanya dengan belakang tangan. Edd keluarkan sapu tangan dari kocek seluar.
"Berapa kali I nak kena bilang. I.Love.You" sambil kesatkan air mata Asha. Asha terdiam. Dia tak tahu nak balas apa. Macam tak percaya.

"But you knew about this kan?" Edd geleng kepala lagi. "I dapat tahu pun dari bonda, semalam. "

Haizh. Asha mengeluh panjang.
"Sudah lah tu.."
Asha angkat bahu.
"At least Anas didnt look like a good guy anymore" Edd bersuara perlahan.
"Sorry?"
"No. Nothing. "
"So.. Your heart still belongs to him now?" Edd tanya sekadar mengusik siap ada tersengih kat hujung soalan dia. Asha tengok Edd dan tarik nafas panjang. "My heart belongs to Him forever." Asha tunjuk atas. Edd senyum.

"Iskandar, Asha." Mereka toleh. Bonda. Mereka bangun dan salam Pn Sri Laila. Di sebelah bonda ada seorang gadis. Manis berbaju kurung.

"Jannah, ini anak sulung bonda. Abang Anas, Iskandar. Dan ini isterinya, Asha."
Gadis itu bersalaman dengan Asha dan hanya senyum kepada Edd.

"Bonda masuk dulu nak tengok Anas dan Adam" Asha dan Edd hanya menganggukkan kepala.

"Is she?" Asha tak dapat nak habiskan soalannya. Edd hanya mengangkat bahu. "May be"
"Jealous ker?"
"Buat apa?"
"May my .. is yours, but my heart is Anas forever. " buk!
"Adoi! Ganasnya." Refleks. Asha tepuk abdomen Edd dengan belakang tangan.

No comments:

Post a Comment