Addin Nawal.
"Hoit!" Dia kena sergah dari belakang.
"Hish kau nih. Berilah salam kalau yer pun." Dia pantas menyelitkan kertas tadi di bawah fullscap paper.
"Assalamualaikum Ya Akhi." Sengih. Naufal tarik kerusi, beg selimpang dia buka dan diletak atas meja. Dia duduk.
Ayyad senyum sinis. Cover malu jugak. Kot kot si mat kepoh ni nampak apa dia tulis tadi. "Waalaikumsalam."
"Nawal. Siapa?"
"Siapa..?" Ayyad aksyen tak tahu. Dia sibukkan diri sambung balik tugasannya tadi. Buku tebal didepannya diselak-selak.
"Helleh. Aku tahu bukan adik beradik kau. Adik kau Sophee. Kau tkde kakak." Naufal biasalah, selagi tak tahu selagi tu dia cuba korek rahsia. Bestfriend forever kau, mesti nk tahu semua.
"Addin Nawal. Student exchange. Dari Singapura aku rasa." Cerita je lah. Pada siapa lagi dia nk luah masalah.
"Whaaa. Dah tu kenapa? Oh. Btw, mana tahu nama? Bila jumpa? Kenapa aku tk tahu?"
"Ah kau. Kepoh lah."
"Nawal, kalau diizinkan Allah kita jumpa lagi." Nawal senyum dan angguk perlahan.
"Ayyad. Terima kasih atas semua bimbingan, jadi teman, kenangan, pengalaman, sepanjang Nawal kat sini. Appreciate it a lot." Nawal senyum lagi.
For a while we pretended
That we never had to end it
But we knew we had to say goodbye
"Jaga diri bila dah kat sana. Ayyad jauh. Tapi insha Allah Ayyad akan selalu ada. Makan banyak. Solat awal waktu. Jaga aurat. Jaga batas."
Nawal senyum sambil menganggukkan kepala. Mengenali Riayyad Iskandar sepanjang lebih kurang lima bulan di sini, telah banyak merubah dirinya. Ayyad banyak membimbing. Banyak beri kesedaran yang dia telah lama tahu tapi hanya buat diam dari dulu.
You were crying at the airport
When they finally closed the plane door
I could barely hold it all inside
Berat rasa hati nak lepaskan Nawal pergi. Singapura-Kuala Lumpur jauh tu. Dia ada lagi satu semester baru boleh berdikari sepenuhnya. Nawal pula tinggal tiga semester yang bakal dia sambung balik di NIE,NTU.
Kalau ikutkan hati, mahu dia suruh umi dan papa merisik terus. Tapi kerja pun belum, lagu mana nak kasi nafkah kat anak dara orang. Haizh. Ayyad meraup wajahnya sambil mengangkat tangan menghantar pemergian Nawal.
Addin Nawal.
Dia gembira nak pulang semula ke Singapura jumpa ahli keluarga.
Dia sedih nak tinggalkan Kuala Lumpur, nak tinggalkan Ayyad.
Ayyad - Nawal.
Mereka bukan kawan.
Mereka bukan sekadar teman biasa.
Tapi masing-masing diam jer.
Cuma kata rindu yang bertukar bicara.
9 bulan kemudian.
"Addin, mama dah kata pergi UM utk belajar kan..?" Addin Nawal terdiam. Dah kenapa mama ni. Selama ni apa Addin buat? Addin belajar kan. Bagai nak gila Addin struggle kat sana nak faham dengan cara mass lecture dorang. Sampai hati mama kata Addin tak belajar.
"Apa salah Addin, ma? Ma nak tengok result Addin ke?" Mama. Dia tk berapa kesah bila dah masuk universiti. Bagi dia pandai-pandai bawak diri bila dah besar ni. Mama pun masih bekerja since mama complain boring kat rumah semua dah besar. Tak ada orang, dia bosan.
"Explain to me then. In the morning, around 10am, I recieved a call from I dont know who, tt claimed she is Datin Najiha. Nak datang merisik Nawal for her son Riayyad Iskandar."
Addin terdiam. Dia gigit jari telunjuknya. Hurmm. Macam mana nk explain nih.
"Addin!" Addin salam Mama dan kemudian menghulurkan tangan kepada adiknya, Dafi.
"Sis, since when sampai seru?"
"Haah, Addin bila terbuka hati nih?" Tanya mama pulak.
"Jumpa Imam Muda ke apa kat sana?" Dafi menyoal lagi.
"Ah diam lah awak. Bising. Bukan orang jadi makin tak baik. Nah, tolong tolak ni instead dari membebel je." Addin menolak troli bagasi menghala ke Dafi. Dafi dengan cap-nya hanya menurut.
"By the way, mama how do I look?" Addin Nawal senyum lebar.
"You look beautiful, my dear." Mama dan Addin ketawa. Addin peluk sebelah tangan Mamanya dan pusing belakang, pandang Dafi, jelirkan lidah.
Dafi hanya rolled eyes.
"Yeah. I need explanation right now. Like now." Mama dah besarkan mata. Ok. Mama tengah marah.
"Yeah. Hurmmm. I can explain." Addin tarik Puan Gayah ke meja makan. Dia tarik kerusi suruh mamanya duduk. Dan dia duduk di sebelah kanan. Pandangan Puan Gayah masih tak lepas dari Addin.
"Hurmm. I dont know where to start or how to start." Addin garu kepala. Mati aku. Ni baru Mama, nak ke Daddy pulak mcm mana. Hadusss. Ayyad, kenapa cepat sangat.
"Siapa dia Riayyad Iskandar?"
"Someone that I know while I was studying there."
"Macam mana kenal?"
"I was in a big problem on the first day of the semester. So, he assisted me."
"Then?"
"...and then the fairytales began." Addin kena cubit. Ouch!
"Ok ok sorry. Betullah apa Addin cakap. Tapi Ayyad budak baik lah Ma. He's the reason why, you are no longer needed to jerit dua tiga kali kat Addin to perform my prayers."
"Kan dah cakap, sure stock Imam Muda pnya." Dafi yang baru bangun, eavesdropped dari tadi, menyampuk.
"Ma.. Marah Addin ke?"
"Hurmmm.. Mama nak jawab apa dengan Daddy nanti? Daddy kan dah warning awal-awal..?"
"Jodoh pertemuan Allah yang tentukan." Ouch! Kena lagi cubit. Okok. Addin Nawal serious sikit.
"Mama lah explain to Daddy. Please. Kalau nak Nawal explain, I think I have to prepare a proper speech. Ma kan buah hati Daddy, apa Ma cakap sure Daddy cair punya."
Puan Gayah memang faham benar loyar buruk anak dia yang sorang nih. Hurmm.
"Tengoklah nanti."
"Ala maa janganlah mcm tu. Nanti kalau tk approve, your princess ni nanti makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena tau."
"Addin Nawal. You're still studying. Remember? Lagi satu, dia kat KL sana, you kat sini, how?"
Addin diam. Sedih pun ada nih.
"Oh. Hurmm. We'll figure out the way." Terus dia masuk bilik. Baring. iPhone dicapai. Bukak Whatsapp.
Nawal
- Kenapa tak bilang dulu yr mom nk call my mother?
Ayyad
- Oh. Tk sempat. Umi tanya semalam malam siapa yang buat anak dia tak selera makan, asek termenung je 😁✌️
Nawal
- Nanti, awak kerja kat Singapore ke?
Ayyad
- Since when?
Nawal
- Oh. Tak eh?
Ayyad
- Kenapa nih? Tell me.
Nawal diam. Dia tak tahu nak reply apa.
Ayyad
- Sayang..
- You there?
Nawal
Online
Nawal
Last seen today at 11:47am
Torn in two
And I know I shouldn't tell you
But I just can't stop thinking of you
Wherever you are
Wherever you are
Everynight I almost call you
Just to say it always will be you
Wherever You are
No comments:
Post a Comment