Saturday, November 24, 2012

sekali lagi 1

satu peluang?

geleng kepala.

kenapa?

saya penat. ini bukan kali pertama, kan?

saya tahu saya salah. saya tahu saya silap. tapi percayalah, hanya awak. hanya awak dalam hati, yang pertama. yang teratas, yang utama. sentiasa.

mata sudah berkaca. tangan disusun memohon.

saya tahu itu. dari dulu.

dan..? tapi...?

dan kerana saya memang tamak. saya tak suka bila ada yang lain. tapi awak memang awak, tak pernah cukup satu, awak tak pernah hargai.

tapi itu kan tak penah ubah perasaan saya, walaupun sedikit. awak tetap utuh, sayang.

heh! simpan kata-kata itu, sudah berapa ratus perasaan awak buai dengan kata-kata manis awak?

saya memang saya. itu saya. dari dulu.

oleh itu, awak yang itu yang saya tak perlu. maaf.

langkah pergi. pergelangan tangan disambar. toleh sekali lagi. buat kali terakhir.

kalau saya pulang dengan yang lain, boleh awak terima?

diam. teruskan langkah.

disini terduduk kaku. tak tahu kata apa.

No comments:

Post a Comment