Wednesday, November 7, 2012

Hulurkan tangan.

Dengarkan  Opick - Rapuh.

Hulurkan tangan
dan senyum.
Kau mendongak
mata merah
basah.
Tetap senyum.

Hadapilah dengan tabah.
Mudahnya kata-kata.
Kuatkan langkah jiwa.
Puas aku cuba.
Dia tahu semua.
Kerana itu aku masih ada.
Sabarlah, hikmahNya pasti ada.
Sampai bila.
Akan ada, pasti. Pandang jauh.
Keluhan berat.
Senyum hulur semangat.

Kiri kanan gelap
Depan, hanya ada satu jalan.
Tetap kelam.
Yang tak aku tahu
akan datang sesalan.
Aku berhenti.
Aku terkaku.
Buntu.

Pasti ada tukang pelita
Tak pun siang kan tiba
Mungkin pelangi ada hujung sana.
Engkau tak kan tahu
sebelum mencuba.

Toleh.
Angkat bahu. Mungkin.
Kalau terus mendung,
kelam, kelabu.

Usah risau.
Kan telah ku pesan
kau perlu yakin padaNya.
Hanya kerana Dia yang satu
yang tahu.

Maha berat.
Maha hebat.
Lelah
Penat
Terduduk diam.
Berikan aku ruang.

Bangun.
Ingat, kembali padaNya.
Masih sempat.
Ini hanya dugaan
kerana Dia tahu kau kan kuat.

Senyum.
Langkah jauh.

No comments:

Post a Comment