"Hey, kelam kabut nih, nak pergi mana?"
"Oh. Im gg to the airport. Fetching Iman. Dia kan balik dr umrah hari ni." Lana meletakkan organiser dalam laci. Jam kat iPhone dilihat, Michael Kors orange-nya dicapai. Senyum.
"Oh la. Buah hati balik hari ni rupanya. Patutlah." Nadya masih lagi duduk menghadap MacBook. Dia tak boleh balik, kerja masih menimbun. Esok pagi ada sesi tuition dengan Akil pula. Belum sedia apa2 pun untuk lesson esok. Hmm.
"Oklah. Aku balik dulu. Assalamualaikum. Tak payah stay lama-lama lah. Its Friday night Nadya."
"Yolarh, yolarh. Sat lagi aku angkat kaki lah. Aku tk kuasa nk bawak balik kerja lah. Nnt dh kat rumah, dah penat. Satu pun tk jalan." Mereka bersalaman.
"Lana, kirim salam kat Iman lah. Sure dh mcm pak Arab mana, rambut pn dh botak kan. Berjubah."
"Hahaha. Okok." Lana gerak keluar dari pejabatnya dan tekan butang lift.
"Umi, delay ke flight dia?"
"Eh tak lah."
Sejurus lepas itu, mereka ternampak susuk tubuh yg amat mereka kenali berjalan jeluar dari arrival gate. Lana senyum. Ahli keluarga Iman yang lain dh pun bergerak untuk menyambut Iman. Dia masih berdiri di situ.
Dan Iman masih tk perasan dia pun turut di situ. Mungkin penampilan barunya yang bertudung ini buat Iman terlepas pandang.
"Umi, Abah, Iman nk kenalkan ni, Sophea Salam. Isteri Iman."
Semua terpempan. Umi terus memandang Lana dibelakang. Lana, dia mcm dengar, tapi mcm tk berapa jelas. Tk berapa faham.
Perempuan yang bertudung labuh berwarna hitam, dan juga berjubah warna yang sama, hanya tunduk memandang lantai.
Suasana menjadi agak tk selesa.
Lana memandang Iman, "Alhamdulillah you dh selamat pulang ke Malaysia. I gotta leave now. Thank you." Lana bersalaman dengan keluarga Iman yang lain dah terus melangkah pergi.
"Iman, apa semua ni?" Umi bersuara.
"Buat sesuatu, tak fikir orang kiri kanan ker?" Kakak Iman pula menyampuk.
"Dah, kita balik rumah dulu. Settle kat rumah nnt. Jgn buat kecoh kat arrival hall ni."
"Nak ckp nih, Ayu rasa abang dgn org tu kena naik teksi. Sebab kitorang bwk honda je. Abah tk drive Alphard boleh sumbat ramai2. Tadi ingat boleh tumpang Kak Lana."
Ayu terus malas nk campur. Dia keluarkan iphone dr Prada totenya dan mendail nombor Lana. Dia risau.
Lana.
Apa salah aku?
Mana kurangnya aku?
Astaghfirullah, Lana. Itu mungkin dah jodoh Iman. Allah dah tetapkan.
Jangan mcm ni, Lana.
Be strong.
You are strong.
Sampainya hati you Iman.
Patut, you bilang awal-awal, tak lah saya menanti dan menunggu.
Pelbagai perkara bermain di minda. Segala memori, kenangan, janji-janji, harapan, impian, rancangan.
Inikah namanya dugaan?
Inikah namanya jodoh bukan kita yang tetapkan.
Kita hanya boleh merancang, DIA yang menentukan segala-galanya.
Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu
iPhone nya berbunyi.
Lana kesat air mata yang mengalir.
Ayu.
Slide. Panggilan dijawab.
"Kak Lana, where are you? Im worried. We're worried."
"I will be fine Ayu. Takpe jangan risau lah."
"Hish akak nih. Betul-betul lah."
"Ayu, listen. I will be fine. Got to go. Akak tgh drive nih. Assalamualaikum."
"I'll be here, if you need anything. Ayu mintak maaf bagi pihak Abang Iman. Take care. Waalaikumsalam. "
"Lana terpaksa pergi, ayah. I cant just stay here and pretend everything is alright. Maafkan Lana, ayah."
"Lana, jaga diri. Betul-betul. Ayah tak ada kat sana nk tengok Lana. Makan jangan lupa. Solat, jangan tinggal." Lana dah menangis dalam pelukan ayahnya.
Rasanya, itu je lelaki yang boleh Lana percaya setiap kata. Walaupun ayah bukan seorang yang jelas dari segi kata-katanya. Hanya perbuatan melambangkan segala rasa sayang buat Lana.
"Kak, tolong tengok-tengokkan Ayah masa Lana tak ada."
"Yelah. Dont worry, I'll take a good care of him."
"Auntie Lana, balik tahu jangan lupa. Aisha tunggu." Aisha, anak sedaranya yang paling banyak keletah. Pipi Aisha dicubit.
"Ya sayang. Kalau Auntie Lana tk balik, I'll post you flight ticket and I wait you there, okay ?"
"Ohhh. Youve got to be kidding me!" Hahaha Aisha - the drama queen.
Dan, paling akhir,
"Lana, maafkan anak Umi." Lana dan Puan Zareth berpelukan. Lama. Tak tahu nk kata apa dah. Masing-masing faham.
"Umi, kak Lana dah nak kena check in. Dah last call dah pun." Ayu tetap ada.
"Bye, sis! Till we meet again." Lana senyum.
Iman.
Dia sayangkan Lana. Dia cintakan Lana. Teramat sangat. Dia tk nak bagi Lana pergi jauh. Dia nk minta maaf. Dia nak bercakap dengan Lana - terangkan semua yang terjadi. Dia rindukan Lana
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu
Sophea.
Dia risau lihat suaminya. Tak bercakap sepatah pun dari semalam. Sejak Ayu sampaikan berita Lana nk berhijrah ke Germany.
Apa yang telah dia lakukan?
Kenapa Iman tak beritahu dia ada seseorang?
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka
Lana ke Germany. Nak pergi London, its just too much memories created. Dia tak sanggup. Iman nak datang pun dia tak bagi. Dia tak kuat lagi.
"Hello, Germany. Insha Allah, everything will be fine over there."
Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama